Pages

Wednesday, June 27, 2012

Atuk admitted di wad HTAR

Semalam jam 1.30 pm, Kawi call dengan perasaan yang cemas.
Katanya atuk sakit, mintak bawak ke hospital.
Kat rumah takde orang, nenek ikut nenek Ina.
Dengar atuk mengah-mengah.
Ibu cepat2 apply EL and pesan kat collegue mtk bagitau boss.
Sampai kat rumah, atuk tengah siap2 isi barang masuk dalam beg (cam tau2 jer kena tahan).
Sempat lagi tu makan lepas ibu masakkan sket lauk, (dah nenek belum masak lagi!)
Jam 2 lebih baru bawak atuk ke HTAR.
Ibu just relax jer lahhh (kalau dulu gelabah jer bila bwk atuk gi sepital) and after 1/2 jam sampai lah ker HTAR. Byk kenderaan gak kat jalanraya.
Sampai2, lepas turunkan atuk kat Emergency bay, alhamdulillah banyak pulak parkir kat depan unit emergency tu. Kalau tak jgnlah mengharap nak dpt parking kat HTAR kalau tak pusing 3-4 kali.
Atuk masuk ker zone kuning (separa kritikal) dan walaupun emergency kena gak tunggu check sana sinun.
Sempat lagi ibu layan kopi ais kat kantin sebelah tu dan jalan2 window shopping.
Jam 5.20 tu ibu balik dulu sebab nak tengok anak2 dan atuk pun boleh ditinggalkan.
Katanya kalau dah masuk wad baru tepon rumah balik.
Jam 9.00 cik wada cakap atuk baru dapat naik wad.. cepat pulak.. kalau tahun lepas jam 11.00 mlm baru leh naik.
Atuk demam dan katanya dada rasa sakit.
Semalam waktu ibu nak balik tu, atuk kata kena wat x-ray.
Pagi tadi atuk tepon, doktor tanyakan salur dialis tu wat kat mana.. aduhh... 8 tahun lepas.. nasib baik ingat2 lupa.
Suara atuk pun macam dah sehat sket and harap2 leh discharge cepat.
Tapikan yang peliknya.. semalam atuk cakap biarlah atuk lama sket kat hostpital (cakap dalam keadaan menangis).
Apa ni... ibu tak suka lahh atuk cakap camtu.. ibu just diamkan aje.

Ya Allah, Kau berilah kesihatan yang baik pada abah..
Jauhilah dari kesakitan dunia dan akhirat.
Peliharalah abah.. sesungguhnya kami masih memerlukan kasih sayangnya..
Amin...

Tuesday, June 26, 2012

ABC..... Z

Lepas solat maghrib semalam, Wafi dok sibuk ajak main wooden toys dia.
Dah seminggu tak melepak kat dia punya 'territory'.
Lepas main kiub2, letak sendiri (cehhhh.... bagus2.. dah main letak balik tau!)
Wafi ambik papan alphabet & numbers pulak.
Duduk meriba dia punya papan. Ibu dok tunggu kat sebelah, yang si kakak sibuk soh bukak dia punya plastik. Biarlah dulu.. karang berterabur nak kena kemas lagi.. lagipun bentuk2 dia kecik2.
Tetiba dengar Wafi nyanyikan lagu ABC sampai Z.
Terkedu ibu sekejap.
Pastu ibu soh Wafi pegi bilik mintak dia nyanyikan untuk kakak ngan ayah.
2 kali round.
Alhamdulillah... ok sebutan dia cuma ada beberapa yang agak bunyi tapi pelik sket hahaha...
Sebenarnya kalau boleh, ibu tak nak kenalkan Wafi dengan huruf tapi nak dia bunyikan huruf (phonic) tu dulu macam dalam buku 'Bacalah Anakku'.
Tapi mungkin kat sekolah ummi nyanyikan bersama kanak2 lain, tu yang dia turut serta.
Takkan nak halang ummi kan yang kita nak pendekatan berbeza.
Kalau ikut banner yang kat sekolah tu, pendekatan yang diajar, ada phonic, ada sukukata... dah bercampur2 pulak.
Ibu cuba buat yang terbaiklah kat rumah.. pelan2.. nak laju2 tak terbuat pulak.





Friday, June 22, 2012

Kebosanan dan cepatlah sembuh intan payung..

Malam tadi Bami cakap dia bosan. Bosan sebab tak dapat kacau2 Wafi. Bosan sebab takleh usik2 Wafi sampai nanges.
Dah beberapa hari ni asal balik dari school, main sket kat luar pastu mintak masuk buai.
Since Wafi batuk dekat seminggu ni, nampak macam tak ceria.
Petang semalam jer gelak2 sket.. Kalau tak muka stone jer.
Malam tidur plak nak berbuai. Cuma malam sebelum ni jer tidur sebelah ibu.

Kalau Wafi sehat memang dia akan bergayut jer. Tapi ibu takde lah kisah sangat cuma letih ler sebab tidur tak boleh melasak :-)
Alhamdulillah, beberapa hari ni makan ubat mudah... mungkin perasa sedap kot.
Kalau sebelum ni, ubat dari klinik lain tu, meronta2 dia nak makan.

Ya Allah, jauhkanlah anak2ku dari segala musibah.
Berilah kesejahteraan pada mereka..Amin..

Tak sabar nak dengar Wafi menyanyi!!!!!!!

Thursday, June 21, 2012

Imi, lenkali takyah bohong... diorang tau punya!

Imi : Imi taktau ler macamana nurse tu tau imi suka minum air teh.

Ibu : Nape plak.

Imi : Iyerlah... tadi kat sekolah nurse tu tanya camtu. Imi cakap taklah. Pastu nurse tu pesan
kurangkan minum teh sejuk.

Ibu : Alaa Bami, nurse tu dah beribu2 check murid sekolah.. taulah dia apa murid tu suka minum atau tak. Lenkali takyah lah bohong2.. Mengaku jelah.. Lagi pun nurse tu tak paksa Bami cakap yer kan sebab dia tau haha.. kan dah kantoi.

Imi : Pastu nurse tu suruh Imi makan daging sebab muka imi pucat. Imi cakaplah tak suka. Nurse tu tanya nape. Imi jawab sebab daging liat. err.. ibu tengok muka imi pucat ker?

Ibu : alamakkks... tak perasan lah plak sebab imi kan gelap jadi ibu tak boleh lah nak bezakan hehe..

Imi : Agaknya muka imi pucat sebab takut kena cucuk.. hari tu nurse cakap kalau takde parut kat lengan ken cucuk tapi tak jadi sebab imi takde penyakit lain.

Ibu : ermmmm... mungkin jugak.

Imi... imi.. selalu cuak.


Wednesday, June 20, 2012

Pelbagai makanan citarasa Malaysia.

Kalau sebelum ni, Kawi & Bami akan order nasi pataya.. takpun maggi goreng takmo bawang takmo sayur.
Kemudian up sket nasi paprik tapi takmo sayur.
Bila ayah order mee kungfu, diorang dah suka.
Sekarang ni more variety la makanan diorang.
Haritu masa kat Kelantan, order laksam.. Kawi cakap sedap.
Maka malam tadi beli kat pasar malam, beli dua, satu untuk Wafi.
Kawi makan tak cukup sebungkus... alamak.. lenkali ibu beli lebih la Kawi.
Bami dengan khusyuknya makan nasi dagang lauk ayam kari.
Campuran pulut dan warna dia menarik.
Tu pun ala2 tak cukup katanya padahal banyak ibu tengok.. pulut pulak tu.
Lapar pun yer kot.
Sebelum ni asyik beli nasi kerabu.
Kalau kat pasar pagi Shah Alam, memang tu ler bekfes yg ibu ambik.
Ibu memang suka kalau anak2 makan pelbagai jenis makanan.
Dan everytime pegi mana2 negeri kat Malaysia ni, memang ibu galakkan anak2 cuba masakan famous mereka.
Kat Melaka dulu, ada nasi ayam bebola. Menarik selain dari asam pedas mereka yang pekat.
Ke Johor, mee bandung Muar takpun nasi beriyani.
Ke Penang pasembor la jawabnya takpun nasi kandar.
Aaaaarrr kalau balik kampung ayah diorang suka laksa takpun mee kuah..
Tu tak lagi juadah halal kaum lain yang sekarang ni merata tempat boleh kita jumpa.
Chinese style, indian style, western style, timur tengah dsb.
Seronok kan dok kat Malaysia ni.. pelbagai juadah boleh kita rasa.
Sambil2 makan tu ingatkan kat anak2 bertuahnya kita dapat makan macam sedangkan ada anak2 diluar sana kebuluran dek ancaman semulajadi, pergolakan, dsb.
Wallahua'lam.

Tuesday, June 19, 2012

Pertama kalinya Wafi nangis bila ke taska.

Wafi ni dah dok taska hampir 22 bulan.
Since sebulan 3 minggu dah dihantar ke sana sebab ibu nak keje, 1 week trial.
Selama tu lah bila ke school (instead we panggil taska) sangat behave and sangat mengerti kenapa perlu dihantar ke school.
Pag tadi bawak Wafi untuk nebulizer since malam tadi asyik batuk tak berenti.
Berkahak sampai batuk nak muntah tapi cam ditahan2.
Tu yang asyik batuk jer.
Time neb tu, Wafi sangat behave.. tak sempat ibu habis nyanyikan lagi AOTA, mintak ibu baca Alhamdulillah... (zikir).
Terasa sekejap neb pagi tadi and after Dr. Ghandi check, sudah ada kurang kahak dan bunyi whistling tu.
Dalam kereta dah mula merengek... sian anak ibu.
Tu yang tak berapa gemar kalau ayah tak dapat hantar.
Sampai school, menangis2 sampai terbatuk2.
Sian anak ibu... sorry yang... hari ni ibu kena work sebab ada presentation ngan dato'.
Seems takleh excuse.
Ummi Anis pun ada cakap, semalam Wafi duduk jer takmo join kawan2 main.
Selalu dia lah antara yang ligat.
Cepat sembuh ye sayang... pasni boleh main ngan frens.
Makan ubat tau.. takmo susahkan Ummi Linda bila makan ubat.
nanak... pedas..
takpun
Wafi penat... alasan baik punya.
@ Wafi kenyang... cam-cam la Wafi ni.
Pandai nau bagi alasan.

Saturday, June 16, 2012

Bila Wafi mula tak sihat

Dah 2 malam Wafi tidur mengerang2.
Waktu mengerang tu badan takde panas.
Jumaat malam tu.. dah pagi dlm jam 5, masa menyusu baru terasa badan panas.
Gegas ibu bagi paracetamol.
Malam tadi bila ibu nak tidur dlm kul 12 pun bunyi mengerang.
Jam 2 pagi demam.
Bagi ubat, alhamdulillah pagi dah kebah.
Tapi pagi ni hantar ke school ada batuk2 pulak.
Hurmmmm... ibu ni paling takut kalau Wafi batuk & selsema.
Sebabnya mesti ada bunyi cam doktor kata saluran pernafasan jadi sempit.
Nebulizer ler jawabnya.
Tengok petang ni kalau bunyi gak ke kliniklah jawabnya.
Leceh bila ayah takde sebab nak kena drive sendiri dengan anak yang tak sihat.

Friday, June 15, 2012

Hari Interaksi

Hari ni lah plak ayah dok sibuk gi outstation.
Hari Menandatangani Kad Laporan @ Hari Interaksi.
Kawi dah pesan, cikgu cakap bukan pukul 7.00 @ 8.00 tapi jam 9.00 baru datang.
Ahhhh... lambat sangat.
Jam 8.30 ibu dah terpacak depan kelas Bami.
Ibu orang ke-2. Cikgu Nurlizah Banun ok jer.. katanya lagi bagus sebab takyah tunggu sampai tengahari.
Best arrrr cikgu mcm ni, memahami ibu bapa yang akan bergegas ke tempat kerja.
Dah cot cet cot cet pasal Bami, singgah beli buku latihan Kawi dulu.
Sampai kelas Kawi ada 2 ibu di depan. Ok lah tak ramai.
Tup2 .. ehhhh Cikgu Johari Ahmad lah... dulu mengajar kat SMK Meru.
Baru thn 2010 join SKBK.
Katanya Kawi becok mulut kat kelas.
Ayat yg cikgu cakap ttg Kawi katanya..
"Ayah saya pensyarah kat IIC, ibu saya akauntan.... terror kan"
Alamak Kawi, tapikan apesal Kawi cuma kelas Cekal.
Harap2 Kawi dan Bami teruskan usaha hingga jaya.
Ibu ayah sentiasa doakan yang terbaik.

Cuma ibu yang masih tak paham tentang pesanan Kawi.
Pada ayah.... ayah nanti kalau datang sekolah adik jangan masukkan baju tau... adik malu.
Dik, ayah tak datang pun :(
Pada ibu plak masa ibu tunggu duduk kat kerusi luar tu kan ibu silangkan kaki.. bolehnya Kawi tak bagi.. soh sorokkan kasut.
Ibu.. adik malulah.. kenapa ibu pakai kasut ni.
Siap tutup2 lagi duduk atas riba takut ibu julurkan kaki. hurmmm
Alololo... dik oiii... itu kasut sarung Scholl tau bukannya seliper jamban.
Tak paham lah... Kawi ni... banyak nau menda yang boleh memalukan dia.
Kawan2 adik tak tengok pun kasut ibu.

Jam 9.15 dah settle semua.
Bami & Kawi balik rumah atuk.

Sesi pagi dah settle.
Petang ni plak.. tapi dah pesan kat anak2.. petang ibu datang paling lewat.
4.30 baru keluar ofis.
Time off 1 jam sebab tak nak ambik leave.
Tunggu sampai ibu datang..
Bami lahh.. senget2 muka mintak ibu datang cepat.. jadi boleh balik cepat.
no no.. Bami.

ehhhh... pagi tadi ibu dah kembali ke rutin biasa... exercise pakai kasut sukan baru!!!
20 minit cam sekejap jerrr...
camni tiap2 bulan ayah belikan kasut baru yerr hehehe....peace.


Thursday, June 14, 2012

Alasan dan kemalasan

Hanya kerana sepasang kasut sukan... ibu dah rasa malas.
Ya.. malas untuk melakukan rutin senaman.
Minggu ni jer hanya sekali menjejakkan kaki atas threadmill.
Ini gara2 kasut sukan yang dah terkoyak kat tapak kasut.
Sakit hooooo kaki bila tapak kasut tu bergesel ngan TM.
Panas semacam je kat tumit kaki.
Jadi ada alasan untuk tak wat senaman.

Tapi tulah... bila tiada aktiviti mengeluarkan peluh, mulalah toksin2 dalam badan menjadi aktif.
Ehhh.. aktif yang tak baguslah... berkumpul dalam badan jer..
Badan pun rasa letih, malam jam 8 kalau boleh nak tidur.
Kat ofis jam 12 tghari boleh terlelap kejap.
Ishhhhh..... syaitan dok melekat kat mata.
Pagi jam 6 pun masih bermalas-malasan.
Sambung balik kunci jam sampai 6.15 am.
Sib baik Bami & Kawi sekolah, kalau idak memang menyambung lagi ler tidur tu.

Ayah dah bagitau nak gantikan kasut sukan tu... hoyayyyyyy....
Alamak... kalau dah beli kena pakai lah plak.
Tak bolehlah nak bermalas2 lagi.
Sebenarnya tu semua kemahuan sendiri lah kan..
Kalau sedar diri buat.. kalau tak sedar... malas lah jadinya.

Ok... Incik Jalan Rebung, insyallah, start dari esok saya buatlah....
Badan pun dah rasa berat jer... (ehhh memang berat pun), rasa tak fit pulak..
Nanti Incik Jalan Rebung balik dari outstation mesti tengok bini incik ini dah kelihatan sihat.
Tapikan kalau still nampak lesu tu... maksudnya saya sibuk menguruskan 3 orang permata tu lah yerr hehehe...

Wednesday, June 13, 2012

Doa Tidur & perihal tidur

Bismikallah humaahya waamuth

tido..tido..
sambil baring atas mana2 yang dia sempat
Itulah... wafi...

Jangan under estimate si kecil ini..
seperti yang ibu rasakan..

Memanglah kenkadang bacakan doa tidur untuknya..
kenkadang terus tidur
Tapikan.. bila satu hari tu dia baca tidur masa ibu nak tidurkan..
Terus ibu panggil kakak widad sebab teruja sangat
Mintak dia baca doa lagi..
Success....
Alhamdulillah...
Yang tak menahan bila habis Wafi baca lantas buat gaya tepuk2 tilam soh tido..
Ibu rasa itulah yang dipraktikkan kat school
Yelahhh kalau dah tiap2 hari buat benda yang sama, mestilah cepat je budak2 ni tangkap.

Ibu sangat salute pada ummi di sekolah Wafi yang mendisplinkan kanak2 tidur..
Sebabnya kan kalau hari sabtu separuh hari ibu keje tu.. bila time balik nak ambik Wafi, budak2 ni tengah tidur..
bersusun elok jer... atas toto yang girls 2-3 orang
Di toto lain boys pun bersusun tido..
Dah tu cara tidur pun bolehnya sama... masing2 meniarap pandang arah yang sama
Subhanallah... disiplinnya...
Cuba kalau kat rumah.. ermmmm... tunggang langgang hehehe..
Tapi Wafi kalau siang tidur kat bawah.. memang elok meniarap jerr.. (tu pun kalau tak ngempeng)..

Oh ya.. pasal doa tidur tu ayah siap cakap... baru beberapa hari ayah tinggal dah pandai baca doa..
Alahaiii ayahhh.... dah 2 tahun Wafi belajar doa tidur kat school tau....
Cuma sekarang Wafi kan dah pandai cakap tu yang keluar satu2 dia punya kebolehan..kan....


Tuesday, June 12, 2012

Anak kecik ni dah pandai mengadu bila sakit.

Pagi tadi jam 4 Wafi terjaga..
Kat sebelah ibu dia cakap....
cakit eyuttttt.....
sambil tepuk2 perut dia.
Bila ibu tepuk2 perut dia... alahaiiii... kembung pulak.
Ibu ambik vicks dan sapu kat perut dia.
Minyak angin ntah ke mana... nak mencari memalam.
Mata pun ngantuk.
Dah sapu tu dia mintak.... nak uwala..
Tuala plak... ibu bagi pastu dia lapkan kat perut.. tak selesa kot panas hehe...
Pastu.. nak uwaiiii..
ermmmm.... masuk dalam buai, terus tido sampai pagi.
Alhamdulillah... takut dia ngamuk kembung perut.
Kesian... tu lahhh ibu, malam tadi kasi kuah lemak pucuk ubi kat Wafi.
Dah tu ibu plak sedap jer makan bersayurkan lemak pucuk ubi.
Yang kesiannya kat Wafi lah...
Ok, ibu kena beringat sebab masih breastfeedkan Wafi jadi kenalah berpantang yerk...

Monday, June 11, 2012

Sudah 2 tahun

Genap 2 tahun Wafi Hanani hari ni.
Alhamdulillah.
Semoga anak ibu ini menjadi anak yang solehah yang menjaga keperibadian diri, keluarga, agama dan bangsa.
ni gambar masa kat Cameron Highland

Ibu sediakan kek, nugget, sandwich serta goodies bag untuk dibawa ke sekolah.
Biar Wafi celebrate sama2 kawan.
Masa setahun Wafi kecik lagi jadi kat school ibu bawakkan goodies bag jer.
Kali ni biarlah kawan2 nyanyi lagu untuk Wafi yek.
Nanti ibu upload gambar2 Wafi kat school.

Kami sayang kamu! mmmuaahhhhhh....

Friday, June 8, 2012

try dari hp

isyu=susu=tetek

aammaaa nak isyu...
ibu nak isyu...
heeee... tak menyempat2..

Nyanyi lagi..

Are you sleeping
Are you sleeping
Brother John
Brother John
Morning bells are ringing
Morning bells are ringing
Ding dong bells
Ding dong bells

Bila versi Wafi

Are you sleeping
Are you sleeping
Ajijahhh...
Ajijahhh...

Mebi lagu ni dia belajar kat school
Sebab ibu belum ajar lagu ni kat rumah..
Biasa twinkle2 little star..

Sekali nyanyi tu bila ibu dengar dah perasan dah melodi dia..
Masa tu kat dalam kereta..
Bila Wafi buat tangan seolah2 nak tidor
Confirm lagu tu..
Cuma yang tak tahan tu brother john jadi ajijahhh..
Tak pastilah kat school diorang tukar lirik kot hehehe...

Yang pasti kami enjoy!!!!

Main olok-olok

Wafi ni keletah sangat.
Ada jer game yang dia nak main.

1. Main masak-masak.
Haritu kan masa hantar ke school waktu cuti sekolah tak berapa ramai studuent.
Sampai2 jer nampak kawan2 main terus dia duduk. Padahal belum mandi pun lagi sebab waktu angkat dari rumah tu dia tak bangun lagi.
Toys yang dia pegang tu set dapur. Adalah stove, pinggan mangkuk, cawan.
Masa kat Rantau Panjang, dia nangis sebab abang Aqil tak bagi toy. Ibu pun pujuk beli dan dia pilih set masak2 tu.
Bila kat rumah, cepat jer nak main. Sibuk tanya kat ibu, Kawi dan Bami.
Nak mathan (makan).. sambil angguk2
Jadi kitorang ler yang kena bagitau menu apa.. nasi pataya ker.. nasi goreng ker..
Nanti dia buat2lah masak..
Bila dah siap kunun letak pinggan/mangkuk...
Yang tak tahan dia suap kat kitorang plak..
Kiut sangat.

2. Main mak2..
Kitorang kan suka panggil dia mak... mak oooo mak...
Kita cakap...Nak syusyu
Nak isyu.. sambil angguk2 dak Wafi ni.
Pastu dia angkatler baju soh hisap tetek dia tu..
Pastu gelak2 geli..
Seronok sangat melayan budak kecik nih.

3. Main sorok2.
Dia jer dok membilang sambil tutup muka ngan tangan kat dinding.
Bila time dia kena menyorok pun dok membilang.
Alahaiiii... orang tau ler Wafi kat mana..
Macam2 lah..

Thursday, June 7, 2012

Klang-Kulim-KB-Rantau Panjang-KB-Klang... fengsannnn...

Majlis bertandang Cik Baya dan Pakcik Man berlangsung pada Isnin 4/6/12.
8 kereta dari Klang.
Tapi satu kereta dari Kulim.. kamilah lah tu!!!
Jumaat lepas ibu ambik half day.. Kol 3 bertolak dari Klang.
Sampai lambatttttt.... tak pernah selambat nih.
Jalan jammed dari tol Juru sampai exit ke Kulim.
Rupanya ada perhimpunana belia kat Alor Setar.
Perghhhh.... penatnya melayan anak2 dalam kereta.

Sabtu pagi.. taklerr pagi sangat.. kol 10 bertolak pulak ke Kota Bharu.
Ayah nak rasa jalan ikut Grik sebab nanti bulan 9 pun akan ulang balik sempena majlis bertandang mak ngah.
Jalan memang berliku2... lalu kawasan gajah melintas, Tasik Banding, juga pit stop kat Titiwangsa..
Keluar dari kereta terasa nyaman.. macam kat Cameraon Highland walaupun cuaca panas terik.
Sampai ke KB lebih kurang jam 4 petang.
Tu pun sebab banyak trafik light yang melambatkan perjalanan.
Masa kat trafik light tu boleh nya terpandang kereta yang sebelah haluan. Pemandunya rupa sama macam Auntie Fauzan.
Bila sms, rupanya betul.. adik auntie Fauzan.
Auntie Fauzan plak kat KB, Peringat. Ajak singgah ke sana tapi tak sempat.
Sementara tunggu kereta2 lain yg dari Klang kami makan dulu kat sebelah Billion.
Perghhhh lapar sangat.. semua habis.
Nak ke homestay tu kena tunggu pakcik Man jemput sebab dah banyak sangat pusing kat situ.. ayah pun dah pusing hehe..
Diorang sampai dekat kol 8 lebih..
Malam tu makan2 kat umah pengantin.. sedapp...

google image

Pagi Ahad, semua bersiap2 nak ke Rantau Panjang.
Sampai sana ambik 2 bilik so senang kalau dah penat shopping leh rest sekejap.
Sempat ibu borong pinggan mangkuk corelle, narita & bantal angry bird.
Baju tidur wafi & kawi.
Corelle 'plum' (sbb nak samakan corningware yg beli kat Langkawi dulu) tu ibu beli pinggan 10 biji (RM32/pc) , mangkuk besar 2 biji (RM37/pc)  dan mangkuk leper sket 2 biji (RM29/pc). Lebur RM452.00 tapi puas hati bak kata auntie Fauzan... just reward yourself.
Ibu beli satu2 sebab kalau beli yang set tu, ibu tak berapa berkenan kat cawan/mug dia.
google image
errrr... rasa nak ulang lagi lah ekekeke... ada bran incik jalan rebung????
Bami shopping jersi sendiri.. ikutlahhh duit bami kan... 4 helai semua perghhhh....pandai anak bujang nih pilih corak yg berkenan dihati.
Kol 4 lebih semua bertolak balik.. rehat2 dulu.
Kol 8 mlm shopping lagi kat Wakaf Che Yeh.
Orang punyalahhh ramai.
Compared to uptown kat Klang Sentral, kat WCY lagi best.
10.30 dah balik.. tak larat nak berjalan.. Wafi pun dah restless..

Pagi Isnin bekfes kat kedai depan homestay.
Nasi kerabu... aghhhhhh nikmat!!!!
Serunding ikan dia mabeles!
Jam 11.00 am dah berada kat rumah pengantin.
Kami jer campur sedara mara. Tak ramai sangat.
Jemputan maybe jam 12 lebih.
Kami bersiap dari homestay dulu.
Dalam 2.30 gerak balik ke Klang.
Aduhhhh.... 10 jam perjalanan.
Sib baik bertembung 4-5 buah lori balak jer..
Ada plak lori terbalik jatuh muatan kayu lapis.
Tu yang lambat..
Singgah solat & makan kat Benta, Pahang.
Jam 12.30 sampai rumah.
Adehhhhhh...fengsann..
Paling jauh ayah drive.. memang marathon.. syabas Encik Jalan Rebung!!!
Alhamdulillah sepanjang perjalanan anak2 tak meragam (sangat)..
Boleh lah jalan lagi yerrr hihihi....