Pages

Tuesday, March 21, 2017

Langkawi 2016, Day 1 - part 1

Percutian ni dah lama, 22-24 Ogos tahun lepas.
Anak2 terpaksa dicutikan sebab masa ni lah yang paling sesuai.
Kita naik Firefly dari Subang.
Minta Cik Man tolong hantarkan.
Keluar awal sket dalam jam 8.00 am.
 

Breakfast dulu di Subway atas rekues anak2.

Masa menunggu sebelum gate dibuka.. sebelum tu kita ada jalan2 kat dalam tu. Beli majalah dan jajan untuk kudapan.
 
 Wafi yang behave.

Flight jam 11 kalau tak silap.

Pintu kat belakang hehe... kalau tak silap naik Air Asia dan MAS ada 2 pintu di depan dan belakang.. Kapal terbang kecik je kan...


Bosan katanya.. bukan boleh jalan2.. tengok luar pun tak apa2.. huhu.. atas awan nak oii.. apa yang nak ditengoknya pun.

Complimentary.. ada muffin dan karipap juga air soya dan jus epal.. pilih lah mana2 ikut suka.
 
 
Yeayyy... hampir sampai.

Friday, March 3, 2017

Abah : Malam terakhir bersama

Ada sedikit sendu ehh.. banyak sebenarnya.
Tadi cik cha khabarkan yang duit khairat kematian abah dah dapat.. huhu.. RM1,800.00
Ni sebab abah pencen kalau tak silap.
Tunggu yang RM2,500 dari kerajaan negeri Selangor.
Duit tu mak lah yang akan guna..
 
Teringat abah.. bila 21hb jer.. cepat2 gi bank.. ambik duit pencen.. bayar itu ini..
Abah akan pastikan bil2 dibayar semua..
Barang dapur beli juga.
Pergi bank naik bas.. naik motor sampai ke Batu 8.. pastu ambik bas.
Adoii.. dah dilarang buat juga.
Padahal anak2 boleh hantar..
Alasan... lambat.. hahaha..
 
Lepas tu bila dapat duit bonus.. muka ada sinyummmm
Apatah lagi anak2 pun hulur sama..
Abah very generous..
Beli gula, tepung bukan pakai paket..
Kotak kauuuu...
Anak2 disuruh ambik.. hehe... ambik je lah.. karang kecik hati..
Kadang2 cakap... abah.. rumah kita tepung dah habis lah
Barang kering tak pernah putus.. sampai mak pun tegur,, asyik beli jer.
Itu lah abah... keperluan keluarga diutamakan.
 
Kalau balik rumah.. mak abah pelawa makan... jamahler walau perut dah kenyang.. gembirakan hati meraka.
Mana tau.. itu pelawaan terakhir.. sob sob...
 
ehhh.. sebenarnya nak tunjuk pic masa malam terakhir jaga abah di wad 8A
Masa ni kan CNY eve... bunga api di sana sini. meriah hospital. Abah tanya ada apa kat luar tu.. kalau abah boleh jalan masa ni.. nak juga tunjuk abah bunga api yang kalerful tu.
 

Nyenyak masa ni.. tapi sekejap2 bangun.. lenguh tangan dan kaki.. massage2

Tak tau apa perasaan abah masa ni.. tapi air mata abah kerap keluar.. abah minta lapkan huhuhu...
 
Duduk ditengah2 lorong.. nasib lerrr.. sebelah sana ada pakcik nak turun naik katil.
Lorong ni selesa sket cuma nun jauh nampak orang keluar masuk.. tu yang hala ke belakang.. kalau tak takut juga ler walaupun penuh dengan patient lain.

Ya Allah.... Ya Allah
Allahu Akhbar.
Lapangkan lah kubur abah.
Masukkan abah ke syurgaMu tanpa hisab.

Thursday, March 2, 2017

Abah : Penghargaan buat mereka

Bismillahirrohmanirrohim.
Hari ni dah 2.3.2017

Lagi 2 hari genap abah meninggalkan kami.
Hari ni terasa nak menulis... beberapa hari dah sibuk dengan year end closing.
Lepas ni sibuk pula dengan auditor.
Elehhh... macam tak biasa hihi...
 
Hari terakhir majlis tahlil abah, kami adik beradik decide untuk pergi ke klinik dan wad abah duduk sebelum ni.
Kira lawatan muhibbah ler gitu. Jadi sebelum pergi, eloklah bawa buah tangan sedikit untuk doctor dan staf.
Sepantas kilat whatsapp Shida Hilmi, homebaker kegemaran.
 
Ni haaa.. rombongan Cik Kiah... bersama Cik Biela, mak, ummi, Izzatun dan Isyraf.
 
 
Kad ni pun on the spot buat. Minta ustazah ummi buatkan since tulisan cikgu-cikgi ni kan cantik memolek. Mula2 memang nak cari Thank You card  di kedai stationery sebelah SMK Meru, tapi takdelah pulak. Pagi2 mana nak cari.. malas plak nak ke mall. Beli je lah kertas tebal bercorak yang biasa student buat folio tu. Tambah sket dengan rama2.. haha.. padahal banyak lagi patern.. tapi sesuai ler dengan tema munge2. Tulis pun dalam kereta je... belakang badan Izzatun jadi mangsa.. nasib lerrr.. nak cepat.

Kepada tu... kami tambah juga doctor juga kakitangan semua..
Ikhlas ucapan daripada kami.
Nampak tak... ikhlas daripada kami sekeluarga..
Tandatangan wakil sahaja... nombor telefon dan alamat jangan lupa hihi..

 
Yang mudah dan sedap... cream puff dan redvelvet cupcake.


Bersama buah tangan dan kad kami hantar ke :-
1. Pusat Dialisis MAIS
2. Wad 8A, HTAR
3. Wad CAPD, HTAR

Kami juga pack kan dalam bekas untuk kakak dan abang guard di 8A & CAPD.

Ni di pintu masuk G2 & G3 yang menempatkan Wad CAPD. Kakak guard ni dah jadi kawan mak.
Yang shift malam pun baik juga, Indian lady.. sebab kami pun sentiasa berbaik2 dengan mereka, kerap juga mereka benarkan kami masuk walaupun bukan waktu lawatan. Tapi tertakluk juga dengan keadaan.. syukur..

 
Ini di Pusat Dialisis MAIS... Walau pun abah dah 2 tahun tidak datang ke sini, misi2 dan pesakit semua kenal abah lagi.. yelahh...10 tahun abah jadi penghuni di sini.
Kebetulan kami sampai dalam jam11 dan memang waktu ni dulu shift abah.. kebanyakan pesakit adalah yang naik van sama dengan abah.
Mereka pun dah tau pemergian abah, sebab pemandu van yang maklumkan.

Tak sempat ambil gambar dengan misi2 dan doctor di 8A dan CAPD sebab mereka pun sedang menjalankan tugas..
Dapat berbual seketika untuk berterima kasih sebab menjaga dan merawat abah sebelum ni pun dah syukur sangat.

Ya Allah, kau berikanlah kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada seluruh warga HTAR agar dapat meneruskan bakti kepada mereka yang memerlukan.