Post gambar kat grup jam 7.26 pagi.
Bukit Bubus terletak di daerah Besut, Terengganu. Sebuah bukit dengan panorama Laut China Selatan dan Pulau Perhentian dan Pulau Rhu di hadapan.
Aktiviti paragliding adalah tarikan utama, di mana pengunjung boleh terbang dari puncak bukit yang tingginya 85 meter dari paras laut.
Bukit Bubus terletak di daerah Besut, Terengganu. Sebuah bukit dengan panorama Laut China Selatan dan Pulau Perhentian dan Pulau Rhu di hadapan.
Widad kata laluannya mudah dan pendek. Boleh mendaki ke puncak dalam masa kira-kira 45 minit sahaja.
Tengok sunrise lah tu.
Cantik... ada biasan cahaya.
Haritu Kak Widad ada tanya fee untuk naik paragliding ni RM200. Lainkali boleh try kalau berminat. Katanya instructor glider tu lelaki. Seganlah. Laaaa... biasalah lelaki handle sukan extreme begini.
Aihhh.. nak duduk Ganu juga boleh tak😆
Sempat lagi mereka prep.
Aktiviti Kak Widad nampak menarik bila duduk kat Besut. Petang biasanya akan briskwalk dengan kawan². Kadang² main badminton depan rumah sewa. Memang terisi masa mereka.






Jom Kak pindah Ganu ahaha...
ReplyDeleteBagus Kak Widad, explore & enjoy your life as a student as much as you can. Kalau diberi peluang, nak jadi student semula haha
Takpun kita bawa Ganu datang sini hahaha
DeleteNak jadi student tapi taknak EXAM😁😁
Nampak sedap pula sandwich tu ya lepas penat hiking tu boleh ngap. Permandangan kat atas tu cantik....
ReplyDeleteBila dah penat pasti sedap je walau makan sandwich. Kan... cantik view dari atas tu.
DeleteCantik pemandangan sunrise tu. Lembut warnanya, damai!
ReplyDeleteKan kak.... damai je. Syiok ni kalau dapat melayan perasaan hehe
Deletecantik viewnya. ni dekat dgn bukit keluang jugak ke? saya selalu tgok orang ke bukit keluang je. taktau lak ada nama bukit bubus
ReplyDeleteBetullah Maz.. akak pun baru baca. Sebenarnya sebelum ni tak pernah tau pun pasal bukit² kat Terengganu nuuun.
Deletebestnyaaaa,,,nak pindah ganu gak laaaa...sana semua murah...
ReplyDeletebetul.. betul... tempat makan pun banyak.
Delete