Pages

Thursday, November 27, 2025

Dinner Berempat

Hari ni Wafi pulang bermalam hingga Sabtu. Abang Imi ambil di KTM Sungai Buloh. Tren sampai 6.18 pm. 7.45 pm baru sampai sebab otw balik tu hujan sepanjang jalan. Abang Imi terus ke gerai makan di area rumah. Ibu dan kakak baru menyusul. Plan asal nak makan kat satu gerai lain tapi depan jalan tu naik air. 

Memang dah plan nak makan kat luar cuma tak cukup quorum. Ayah pagi tadi dah gerak ke Kulim sebab nak bawa tokwan appoinment hospital.

Hari ni je lah dapat mereka berkumpul 3 beradik. Esok Bami akan ke JB rumah Cik Fatin. Ahad nak bercuti ke Singapore dengan abang² sepupu.

Isnin gerak ke KT. Selasa bertolak dari Unisza ke KLIA2 untuk ke Kuching pula. Ada program U di Serian, 3 hari. Kemudian menginap 2 malam di Kuching. Adalah tu program jalan².

Bami dan Kawi dah seminggu cuti mid-sem. Kak Widad patut balik Sabtu ni tapi dapat notis dari Jabatan Informatik dan Perkomputeran yang pelajar akan kuliah secara online dari 30 Nov hingga 6 Dis. Pihak fakulti mengambil kira keadaan fenomena angin monsun serta hujan lebat yang meningkatkan risiko banjir.

Wafi dah kelaparan. Dalam tren tidur je padahal ibu beli seat coach C paling dekat dengan cafe. Malas nak makan katanya.

Itu yang macam² dia order. Nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan sotong celup tepung.

Bami makan Nasi Goreng USA dan sotong goreng tepung. Kelaparan juga sebab siang tak makan. Kak Widad masih setia dengan koayteow kungfu. Ibu add on kailan goreng biasa.

Ibu order sup ekor sebab nak hirup kuah panas². Seharian kesejukan dapat makan sup barulah sedap perut. Masa kami makan pun hujan masih lebat lagi.

Taknak nasi jadi ibu ambil kerabu campur.

Sekarang ibu lebih suka sup ekor sebab dagingnya lebih lembut berbanding kalau ambil sup daging.

Dulu ngeri nak makan sebab bentuk ekor tu 😆
 

20 comments:

  1. Sup ekor pun fav SA dan PZ..suami x makan...dia kalau dia rasa pelik memang x makan la...yeay Wafi ada....sekejap aje cutinya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. 2 hari je.. petang tadi balik dah.. jap lagi sampailah ETS nya ke SP.

      Delete
  2. Nikmat betul dapat hirup sup panas² time hujan ni ... Sy pun suka sup ekor 😋
    Busy betul Bami hehe...
    Bagus U Kawi buat kelas online, memudahkan semua In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bami bila balik cuti dan abang² sepupu available.. memang ambil peluang berjalan sama².

      Delete
  3. Hari ni pun bakal sejuk je...memang sedap lah hirup sup panas² tu...alhamdulillah, cukup 3 orang anak nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu kesejukan... hari ni baru nampak matahari.. panas pulak🫢

      Delete
  4. saya sampai sekarang takut nak makan sup ekor sebab rupa paras dia tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... faham perasaan itu🤭
      Dulu akak dok bayangkan ekor lembu tu dah lah panjang bergoyang² pulak tu.

      Delete
  5. akak suka sgt sup ekor. bestnyaa.. waktu anak2 membesar, masa dgn kita pun akan berkurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kak... mereka ada aktiviti sendiri walau balik rumah.

      Delete
  6. Alhamdulillah sapat berkumpul makan bersmaa walau tak cukup korum..
    Semoga semuanya dimudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raikan mana yang ada.. nak cukup semua memang payah sekarang.

      Delete
  7. Sedapnya semua ni....kerabu campur tu nampak menarik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... cukup rasa tapi kalau ada kerabu kaki ayam memang dah ambik tu.

      Delete
  8. Dapatlah makan together gether. Hirup kuah sup panas-panas tu yang best tu. Kerabu campur tu macam sedap lah pulak. Banyak betul dia bagi cili potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili potongnya banyak tapi pedasnya ok² je.. takde berapi.

      Delete
  9. lama tk mkn sup ekor...kedia fav yg kt area umh lama dh tutup since PKP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tu.. mungkin buka kat tempat lain.

      Delete
  10. Padat jadwal bami ya kak 😁.

    Memang sedaaaap kan sup ekor. Kami sebut sup buntut. Saya kalau almarhum mama mertua dah masak sup buntut, bisa bertambah lah 🤣. Pakai buntut sapi yg besar pula.

    Dulu asisten saya pandai buat, tp dia dah resign. Saya pula tak pandai kalau bikin sendiri. Jadi tiap teringin, beli saja 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Fanny, dah final yeay macam² aktiviti.
      Ooo... panggil sup buntut.. tau lah nanti kalau nampak dalam menu.
      Senang dapat ekor mentah ok lah boleh buat sendiri, akak tak pernah jumpa lagi. Tapi kalau nak makan semangkuk beli je lah yang dah siap masak😁. Takyah rusuh nak prep dan masak sendiri.

      Delete