Acara tahunan ni.
Dari semalam hujan on & off.
Beberapa jalan sekitar Meru dan Bukit Kapar sudah naik air.
Keluar rumah 6.50 am tengok meter tank tinggal 3 bar. Dok fikir hujan-hujan ni biasa Meru jammed jadi teruslah hala ke Petronas Puncak Alam. Tak jauh pun, tak sampai 10 minit boleh sampai. 1/2 way tu dah nampak air naik, kereta banyak tapi moving lah sebab air naik tu boleh redah lagi.
Lepas isi minyak patah balik Meru memang takleh nak buat apa nengok trafiknya. Sampai persimpangan Bukit Cherakah tu memang semua bawa slow. Redah air kat beberapa bahagian.
Tak lama lagi naiklah air longkang besar tu.
Penduduk yang terjejas akibat banjir sebelum ini, tak menjangkakan yang hujan berpanjangan lebih awal pada tahun ini.




Betul. Tahun ini macam banjir datang awal. Harap semuanya baik-baik sahaja.
ReplyDeleteHarapnya begitu kak.. tiap hari dok perhati awan kat luar. Ni pun baru lepas hujan.
DeleteSemoga yang terkesan baik² saja...kat Setiawan(Perak) pun tiba² naik air..risau betul
ReplyDeleteKadang kawasan yang kita tak sangka boleh naik air. Harap tempat Linda tak terjejas.
DeleteSemoga urusan dipermudahkan. 🤲
ReplyDeleteAamiin YRA 🤲
DeleteSemoga baik2 je semuanya. Lipis pun mendung & hujan on off. Belum banjir lagi.
ReplyDeleteHarapnya gitu Cie... cie pernah bagitau area taman tinggi tapi jalan nak masuk pula kena banjir.
DeleteHujan tak berhenti dari petang semalam, sampai skrg pun masih hujan. Nampak banyak tempat dah banjir dah. Stay safe Kak
ReplyDeleteSemalam balik nampak longkang dah penuh. Pagi tadi surut sikit. Ini hujan semula. Harapnya air lalu je lah gi masuk Sungai Binjai.
DeleteSentiasa hati² ye kak.. banjir kembali lagi. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari terperangkap dalam banjir ye.. amin
ReplyDeleteAamiin YRA... terperangkap dalam banjir dalam kenderaan paling seram Ako huhu
Deletehati-hati kak..risaunya musim hujan ni
ReplyDeleteIa Afzan.. sama-sama kita berjaga-jaga.
DeleteTeringat kat banjir besar Kuantan dulu, kawasan rumah mak adik ipar naik air. Kena jalan kaki harung banjir gi jalan besar. Harap kat sana baik-baik semua.
Banyak tempat dah naik air ni....hujan berhenti sekejap kemudian dia sambung hujan. Berhati2 di jalan raya ya...
ReplyDeleteok Ezna.. memang kena alert je ni tiap-tiap hari. Tak berani balik lewat dari ofis.
DeleteHati² kak.. kena selalu alert tu
ReplyDeleteBaik KM... bersambung lagi hujan tadi... dia lebat sekejap pastu berhenti. Tapi langit masih gelap.
Deletesmoga dipermudahkan utk smua mangsa banjir...
ReplyDeleteAamiin.. harapnya begitu lah MT. Kasihan kawan-kawan ofis.. 1-2 hari tak boleh buat apa sebab air termenung. Kena tunggu air surut baru boleh bersih rumah.
DeleteRisau hujan berterusan ni. Tulah, tengok tempat banyak naik air. Semoga cepatlah air surut. Harap tak banjir teruklah.
ReplyDeleteHarap camtu lah Fizah... nanti dah surut mana yang terjejas nak kena bersihkan rumah pulak.
DeleteSedih sangaaaaaat tiap baca musibah banjir ðŸ˜. Saya doakan orang2 yg terkena musibah ini di Malaysia dan sekitar bisa selamat dan mampu melalui semuanya dengan baik. Semoga pertolongan selalu ada, baik dari pemerintah dan warga sekitar.
ReplyDeleteDoakan juga adik saya di Sibolga, yg saat ini pun terputus komunikasi 😞. Belum bisa kami hubungi sampai sekarang. Sibolga banjir parah, ditambah putus jembatan penghubung dan ada longsor juga. Belum tahu kabar adik saya, sebab listrik semua diputus, sehingga sinyalpun mati.
Allahu... adik Fanny juga kat sana rupanya. Malam tadi baru tengok kat medsos. Banjir berserta tanah runtuh kat beberapa daerah di Sumatera. Semoga adik Fanny serta keluarga tidak terlibat. Yang mana terjejas moga dapat bantuan segera.
DeleteRisau bab banjir ni ya....moga baik2 ajer ya.
ReplyDeleteHujan lagi sekarang... kawan yang baru lepas bersihkan rumah dah tak tau nak cakap apa.. penat tak hilang lagi dah mikir air yang akan naik.
DeletePD ribut...Seremban kena tempias...harap jangan la kena banjir kat Seremban walau area rumah SA x pernah naik air..
ReplyDeleteBiasa kawasan berdekatan sungai yang banjir.. mujur tempat SA baik² semua. Area rumah akak tinggi tapi biasa yang air naik jalan² nak masuk rumah terutama berdekatan parit besar.
DeleteSemoga yang terlibat dengan banjir dimudahkan urusan & Allah lindungi kita semua
ReplyDeleteAamiinn YRA🥰
DeleteMudah²an.