Pages

Monday, November 24, 2025

Musim Banjir Datang Lagi

Acara tahunan ni.
Dari semalam hujan on & off.
Beberapa jalan sekitar Meru dan Bukit Kapar sudah naik air.

Notis pun dah ada.

Cerita ibu pagi tadi pula stuck dalam jammed.
Keluar rumah 6.50 am tengok meter tank tinggal 3 bar. Dok fikir hujan-hujan ni biasa Meru jammed jadi teruslah hala ke Petronas Puncak Alam. Tak jauh pun, tak sampai 10 minit boleh sampai. 1/2 way tu dah nampak air naik, kereta banyak tapi moving lah sebab air naik tu boleh redah lagi.

Lepas isi minyak patah balik Meru memang takleh nak buat apa nengok trafiknya. Sampai persimpangan Bukit Cherakah tu memang semua bawa slow. Redah air kat beberapa bahagian. 
8.45 am baru sampai ofis. 

Ni hujan masih turun, kejap lebat, kejap renyai.
Tak lama lagi naiklah air longkang besar tu.

Penduduk yang terjejas akibat banjir sebelum ini, tak menjangkakan yang hujan berpanjangan lebih awal pada tahun ini.

30 comments:

  1. Betul. Tahun ini macam banjir datang awal. Harap semuanya baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitu kak.. tiap hari dok perhati awan kat luar. Ni pun baru lepas hujan.

      Delete
  2. Semoga yang terkesan baik² saja...kat Setiawan(Perak) pun tiba² naik air..risau betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kawasan yang kita tak sangka boleh naik air. Harap tempat Linda tak terjejas.

      Delete
  3. Semoga urusan dipermudahkan. 🤲

    ReplyDelete
  4. Semoga baik2 je semuanya. Lipis pun mendung & hujan on off. Belum banjir lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya gitu Cie... cie pernah bagitau area taman tinggi tapi jalan nak masuk pula kena banjir.

      Delete
  5. Hujan tak berhenti dari petang semalam, sampai skrg pun masih hujan. Nampak banyak tempat dah banjir dah. Stay safe Kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam balik nampak longkang dah penuh. Pagi tadi surut sikit. Ini hujan semula. Harapnya air lalu je lah gi masuk Sungai Binjai.

      Delete
  6. Sentiasa hati² ye kak.. banjir kembali lagi. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari terperangkap dalam banjir ye.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA... terperangkap dalam banjir dalam kenderaan paling seram Ako huhu

      Delete
  7. hati-hati kak..risaunya musim hujan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Afzan.. sama-sama kita berjaga-jaga.
      Teringat kat banjir besar Kuantan dulu, kawasan rumah mak adik ipar naik air. Kena jalan kaki harung banjir gi jalan besar. Harap kat sana baik-baik semua.

      Delete
  8. Banyak tempat dah naik air ni....hujan berhenti sekejap kemudian dia sambung hujan. Berhati2 di jalan raya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Ezna.. memang kena alert je ni tiap-tiap hari. Tak berani balik lewat dari ofis.

      Delete
  9. Hati² kak.. kena selalu alert tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik KM... bersambung lagi hujan tadi... dia lebat sekejap pastu berhenti. Tapi langit masih gelap.

      Delete
  10. smoga dipermudahkan utk smua mangsa banjir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. harapnya begitu lah MT. Kasihan kawan-kawan ofis.. 1-2 hari tak boleh buat apa sebab air termenung. Kena tunggu air surut baru boleh bersih rumah.

      Delete
  11. Risau hujan berterusan ni. Tulah, tengok tempat banyak naik air. Semoga cepatlah air surut. Harap tak banjir teruklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap camtu lah Fizah... nanti dah surut mana yang terjejas nak kena bersihkan rumah pulak.

      Delete
  12. Sedih sangaaaaaat tiap baca musibah banjir 😭. Saya doakan orang2 yg terkena musibah ini di Malaysia dan sekitar bisa selamat dan mampu melalui semuanya dengan baik. Semoga pertolongan selalu ada, baik dari pemerintah dan warga sekitar.

    Doakan juga adik saya di Sibolga, yg saat ini pun terputus komunikasi 😞. Belum bisa kami hubungi sampai sekarang. Sibolga banjir parah, ditambah putus jembatan penghubung dan ada longsor juga. Belum tahu kabar adik saya, sebab listrik semua diputus, sehingga sinyalpun mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu... adik Fanny juga kat sana rupanya. Malam tadi baru tengok kat medsos. Banjir berserta tanah runtuh kat beberapa daerah di Sumatera. Semoga adik Fanny serta keluarga tidak terlibat. Yang mana terjejas moga dapat bantuan segera.

      Delete
  13. Risau bab banjir ni ya....moga baik2 ajer ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan lagi sekarang... kawan yang baru lepas bersihkan rumah dah tak tau nak cakap apa.. penat tak hilang lagi dah mikir air yang akan naik.

      Delete
  14. PD ribut...Seremban kena tempias...harap jangan la kena banjir kat Seremban walau area rumah SA x pernah naik air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kawasan berdekatan sungai yang banjir.. mujur tempat SA baik² semua. Area rumah akak tinggi tapi biasa yang air naik jalan² nak masuk rumah terutama berdekatan parit besar.

      Delete
  15. Semoga yang terlibat dengan banjir dimudahkan urusan & Allah lindungi kita semua

    ReplyDelete