Ibu simpan sini gambar² Abang Imi jalan² ke JB dan Singapore.
Jumaat tengahari gerak ke Melaka naik bas bersama Abang Izzat. Kak Widad hantar ke Terminal Bas Klang Sentral.
Bermalam di Melaka sebab nak ke JB sekali dengan Abang Muhammad naik kereta. Abang Muhammad ada kursus tenaga pengajar sekolah memandu.

Pandai dah si bongsu ni memasak.
Tidur dan berehat di JB. Malam tu adalah aktiviti luar anak² buah dan mak sedara. Tengok dalam status Cik Fatin mereka main go-kart.
Gitu lerr bila mak buah dan anak² buah umur tak berapa jauh 😁
Abang Imran juga sampai dari Singapore. Datang rumah Cik Fatin sebab nak ambil parcel.
Abang² besar.
Sebelum sampai rumah Cik Fatin mereka melawat Stadium JDT dulu.
Bertiga je sebab belum jumpa Abang Imran.
Bertiga je sebab belum jumpa Abang Imran.
Ni Sabtu malam masa jalan² kat JB.
Lepas dari lawat Pakcik Azmi baru mereka masuk Singapore. Naik public transport je sepanjang seharian di Singapore.
Ramai juga pengunjung waktu siang.
Dari kecil rapat sampai ke dewasa.






















Untung pandai cakap Arab dapat diskaun & free kunafa. Seronok berjalan dengan sepupu sepapat macam kengkawan dah.
ReplyDeleteMasa ni lah nak cakap Arab.. kalau tak bahasa tu tinggal kat Mesir... nak cakap dengan adik beradik atau sepupu bape patah perkataan je lah yang faham😆
DeleteAlaaah, besok saya ke Singapore, tapi transit 7 jam saja. Jadi tak bisa lah kluar. Nak eksplor Changi jadinya 😅. Teringin padahal jalan2 lagi ke SG. Dah lama sangat dari trakhir kesana
ReplyDeleteLama juga ya tu 7 jam.. sempatlah explore Changi tu.. rasa Fanny ke Maldives kan.. ada baca komen kat blog mana tak ingat. Have a great holiday Fanny🥰
DeleteSingapore makin cantik
ReplyDeleteKena gi sana lagi ni😆
DeleteSeronok la Abang Imi...bagus rapat dari kecil dengan abang2 sepupu sampai dewasa...semoga tetap kekal rapat macam ni...best tu masuk Spore
ReplyDeleteUmur diorang selang 1-2 tahun je itu yang rapat.
DeleteCuma diorang tak sempat makan kat Lau Pa Sat.