Pages

Thursday, December 4, 2025

Dinner Sempena Aqil SPM Di 99 Founder Cafe

Makan malam ni pada Sabtu, 22/11/2025
Ayah suggest bawa Aqil sempena nak ambil SPM pada next weeknya. Pagi tu Abang Imi dan Abang Izzat bawa Aqil study kat library Shah Alam. Dapatlah Abang Izzat bagi tuisyen Maths.

Butterfly lychee, ibu punya.

Roti canai coklat & custard.

Matcha untuk calon SPM dan strawberry matcha untuk Kak Widad. Yang lain ambil air kosong je.

Ini kelakar sampai Kak Widad taknak ambil gambar. Sebenarnya order lai chi kang.. tapi kenapa ais kepal nya gitu. Rupanya kena kacau baru lah jumpa accessories di bahagian bawah. Itu yang pelik sebab sebelum ni beli biasa je terus nampak bahan² lai chi kang.

Hari yang sama, birthday Abang Aqil juga.
Happiest birthday Aqil.
Semoga sihat² dan dapat menghabiskan kertas SPM sebaik mungkin.

  • Nasi Khaomok
  • Chicken grilled
  • Nasi goreng chicken chop
  • Nasi goreng sotong
Ibu punya special😁
Set somtam.. atas dulang tu ada ulam kobis, kangkung, pulut dan ayam goreng (kalau beli asing dipanggil pulut ayam).

Nak meriahkan suasana, bawalah anak² buah sekali makan. 

22 comments:

  1. Hensemlah abang aqil... happy belated birthday & all the best for spm... yang laici kang tu mmg mengelirukan... rupanya kena hancurkan dulu ek ais tu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Good luck Aqil! Sikit lagi nak habis dah SPM ni 💪🏻
    Lai chi kang sekarang macam2 versi dah muncul. Sy makan hari tu merah warnanya disiram sirap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq PH.. subjek teras selesai.. tinggal course subject.

      Kihkih.. ada sirap pulak.. tu macam ABC plak😁

      Delete
  3. Menariknya air butterfly laici tu. Iain dari yang lain. Pandai ibu pilih. Terkejut kita tengok roti canaia manis-manis. hihi...
    Sedap tu matcha strawberry, saya suka!
    Lahh awatlah ais kepal dia gitu. hihi..nak tergelak tengok.
    Happy birthday Abg Aqil. Semoga mendapat keputusan cemerlang SPM nanti. Nasi khaomok sedap tu, set somtam pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terimah kasih Fizah.
      Tertarik dengan Butterfly laici sebab kaler dia tu.. rasa bunga telang tu.
      Roti canai manis tu ala² dessert.

      Delete
  4. Wahhh cantiknya air butterfly laici tu Rawiwa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak Ana... sebab tone colour tu lah saya pilih.

      Delete
  5. happy bday abg aqil! waaahh menariklah air butterfly laici ibu!

    ReplyDelete
  6. Meriah tu penuh meja. Semua sedap2 belaka tu. Happy birthday Aqil! Semoga berjaya dalam SPM.

    ReplyDelete
  7. cantiknya air ibu...ibu punya sentiasa special

    ReplyDelete
  8. Rezeki diorang. Air laici tu unik. Warna ungu.

    ReplyDelete
  9. Sedap tu somtam. Dulu opis lama ada matron keturunan siam. Sekali boss bawak buah betik muda banyak sebab pokoknya tumbang. Apa lagi lah matron buat somtam kat pejabat. Seronok dapat makan ramai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap matron tu buat.. keturunan Siam ni memang pandai masaklah.

      Delete
  10. lawa pulak warna air ibu tu...

    ReplyDelete
  11. Uwaaah yg punya kakak langsung buat drooling lah 😍😍😍😍🤤. Sedaaap pasti somtam 😄. Dah lama tak makan ini

    ReplyDelete