Pages

Saturday, September 26, 2026

Jogja 2026 - Perjalanan Ke Yokyakarta


Alhamdulillah trip ke Jogja dah selesai selama 4 hari 3 malam dari 16 - 19 September 2026.

Sebelum decide Jogja antara tempat yang ibu consider adalah Batam atau Jakarta/Bandung bagi memanfaatkan cuti yang diberi.
Cik Fatin kata Batam 1-2 hari boleh cover manakala Jakarta/Bandung nenek dah pernah sampai Bandung dulu masa ada direct flight ke sana. 

Sebelum pergi ibu hanya sempat baca 2 blog je iaitu mohdhadishafawi dan Kak Yan Travel untuk dapatkan sedikit gambaran tempat yang akan dilawati juga tempat yang ibu boleh add-on atau eliminate bersesuaian dengan keadaan dan cuaca.

Ibu ambil private package untuk 3 orang melalui agen Faridah 3 minggu sebelum bertolak bila confirm company shut down untuk semua department.

Boarding jam 9.00 pagi makanya dari rumah jam 5 pagi, minta Kak Widad hantar. Malam tu ibu dah siap-siap ambil nenek untuk tidur di rumah. Sampai KLIA2 ngam-ngam masuk waktu Subuh. Lepas solat cari makan dulu, perut ibu pun dah berkeroncong. Cadang nak makan kat Oriental Kopi tapi kemain panjang barisannya. Nampak meja kosong kat Grandmama's jadi kita masuk situ.

Abang Imi order koayteow goreng, nenek pilih roti paratha dan ibu ambil set butter toast + telur setengah masak + kopi-o.

Nenek kata sedap roti paratha dan kari ayam. Ibu dan Bami pun ada cuit sana sini.

Rukun ke-2πŸ˜…

Beg semua masuk kabin... jenuhlah cukupkan 7kg.

Kena jalan jauh ke gate P15 tapi jalan santai je sebab masih ada masa lagi.

Tunggu boarding jam 9 pagi.
Masa nak masuk ruangan menunggu, krew Air Asia menawarkan free checked-in luggage kerana flight penuh. Kalau masuk kabin pun ok je sebab beg takde berat sangat dan nanti sampai YIA tak perlulah claim luggage di carousel. Mungkin ruangan kabin terhad jadi kita akur ke lah.

Ibu order juga inflight meal sebab perjalanan memakan masa 2 jam setengah. Ambil Nasi Lemak Pak Nasser untuk ibu dan Bami, manakala nenek ibu ambilkan Grilled Chicken Peri with Jollaf Rice. Nenek kenyang lagi jadi nasi tu bawa ke hotel.

Seat pun random je takde beli nombor namun duduk berhampiran. Nenek duduk belakang ibu manakala Bami duduk diseberang seat.

Cantik Yokyakarta International Airport (YIA) ni. Dalam dan luar nampak moden. Airport baru 6 tahun beroperasi berhampiran pesisir pantai. 

Supir yang disediakan oleh Gerbang Travel & Tours bernama Mas Donz menanti dengan kad.. tu nak report kat office lah yang kami telah tibaπŸ˜†. Beberapa hari sebelum fly, agency dah bagi contact number supir dalam grup. Lupa pulak nak call Mas Donz yang kami lambat sikit keluar sebab Bami nak masuk tandas dulu. Bila lambat keluar Mas Donz ingatkan beratur panjang kat kastam.
 
Di hadapan Patung Hamemayu Hayuningrat.

Mas Donz beritahu ia juga dipanggil Ibu Panen dan ia menggambarkan wanita Jawa yang berpakaian tradisional Janggan Putri Ngayogyakarta. Ia merupakan simbol penyambutan tetamu yang datang ke Yogyakarta

Kenderaan yang disediakan Toyota Veloz.. selesalah buat kami bertiga. Nampak gaya macam kereta baru sebab senyap betul dok dalam tu.. ataupun kereta yang betul² dijaga.

Masuk² kereta dah tersedia air mineral, gula² dan Kuih Bika Ambon.

Akhirnya dapatlah merasa Bika Ambon. Pertama kali makan. 
Sedap. Rasa berlemak, kenyal, manis sederhana, sedikit masam dan wangi.

Kedudukan Yokyakarta di Pulau Jawa.

Yokyakarta merupakan ejaan rasmi yang digunakan sekarang namun Jogjakarta (ejaan lama) masih banyak digunakan dalam percakapan, nama tempat, papan tanda atau oleh orang yang sudah terbiasa dengan ejaan lama.

Sebutan/nama pendek Jogja lazimnya masih sering digunakan kerana ia lebih santai.

8 comments:

  1. Sesuailah bawa nenek sarapan di situ, namanya pun Grandma hehe ...
    Bika Ambon tu nampak sedap. Selalu dengar orang cerita tapi belum pernah rasa.

    ReplyDelete
  2. Wah ada nmpk kat ig aritu.. caya la nenek pun ikut trip ni ye haha... best²

    ReplyDelete
  3. Wah air port baru nampak ya. Pernah pergi jogja tapi dah lama. Seronok pergi dengan geng ulat buku Di ketuai novelist Noor Suraya. Kita orang nginap homestay kakak kawan Indonesia bunga.

    ReplyDelete
  4. Bika Ambon kesukaan Sislin. Saya bawakan pas kemarin ke JB. Nanti pun nak bawakan lagi πŸ˜„.

    Uwaaah tak sabar baca cerita lengkap kemana saja di sana kak.

    Bandara baru Jogja ini saya bahkan blm pernah DTG. Karena jarang sangaaaaaat ke Jogja naik pesawat πŸ˜‚. Selalu naik mobil atau kereta api.

    Pernah 1x saja naik pesawat, itupun Krn acara outing kantor HSBC.

    Daan saat itu bandara masih yg lama, yg di pusat kota dan bentuknya macam terminal bus 🀣🀣🀣. Yg baru ini memang lebih modern.

    ReplyDelete
  5. cantik juga airport nya..oh ejaan rasmi yokyakarta...biasa mmg dgr jogja je..seronok nenek jln2 overseas

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Bika Ambon....Yogjakarta merupakan wishlist SA..ntah bila nak pi...tunggu Dania habis belajar la kot kan...hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Seronoknya 4H3M di Jogja 😍 Ambil private package untuk bertiga memang lebih fleksibel, senang nak sesuaikan itinerary dengan nenek, cuaca dan tempat yang betul-betul nak dilawati.

    ReplyDelete