Tengahari ada jemputan makan kat umah jiran maktok.
Ada kari bawal yang sangattttt sedap.
12.30 bertolak ke Titi Hayun.
Jumpak tok lang diorang.
Mandi2 sampai kecut.
3.30 ke Tanjung Dawai nak cari bilis fresh.
Minum lai chi kang dulu.
Tak tau la murah ke tak bilis kat situ..
Beli dari tok sedara.
Bilis rangup yang belah2 tu sekilo RM28.
Ummi tapah pesan. Ibu beli 2 kilo.
Ikan masin talang, gelama dan selar.
Asam2 dan sedikit jajan.
Sampi rumah 7 mlm. Budak2 sudah fengsan.
Mak ngah goreng cekodok jagung..
Fuhhh mantap... kenyang!!!!!
Pages
▼
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 24, 2011
Cuti2 akhir tahun
yeayyyyyy... cuti yang panjang
tahun depan baru mula keje balik
pagi tadi tolak kol 6.30 pagi ke Kulim
Banyak kenderaan tapi smooth
cuaca redup je... sejuk
lepas 2 kali stop, sampai dalam pukul 12.45 tgh
Ayah dah rancang cuti
sabtu-jalan2 sekitar kulim
ahad-balik kg Merbuk, berkelah ke Titi Hayun, makan2 kat Tg Dawai
isnin-visit kawan2
selasa-penang(?)
rabu-lepak kot
khamis-zoo Taiping, rumah ummi kat Tapah
jumaat-balik Klang
sabtu, ahad, isnin - school preparation dan xtvt yg belum plan lagi hehe
nampak byk hari tapi byk menda kena buat
yg penting masa yang berkualiti dengan family.
tahun depan baru mula keje balik
pagi tadi tolak kol 6.30 pagi ke Kulim
Banyak kenderaan tapi smooth
cuaca redup je... sejuk
lepas 2 kali stop, sampai dalam pukul 12.45 tgh
Ayah dah rancang cuti
sabtu-jalan2 sekitar kulim
ahad-balik kg Merbuk, berkelah ke Titi Hayun, makan2 kat Tg Dawai
isnin-visit kawan2
selasa-penang(?)
rabu-lepak kot
khamis-zoo Taiping, rumah ummi kat Tapah
jumaat-balik Klang
sabtu, ahad, isnin - school preparation dan xtvt yg belum plan lagi hehe
nampak byk hari tapi byk menda kena buat
yg penting masa yang berkualiti dengan family.
Friday, December 23, 2011
Rindu pada abang dan kakak
Wafi jaga pukul 4 pagi tadi.
Bangun2 duduk atas kepala katil.
Panggil aaabanngg.... aaakak
Rindu la tu sebab malam tadi abang ngan kakak tido rumah nenek.
nak main2 pulak.
Dekat 5.30 baru tido balik adehhhh...
Thursday, December 22, 2011
Sudah ada maid (?)
Wahhhh gembiranyer....
balik keje:-.
kain sudah berlipat...
tong sampah kosong...
rumah berkemas(?)
Cuti sekolah ni ada helper
balik keje ibu tinggal masak (kunun...)
Abang imi la punya keje.
Nasib baik rajin menolong.
Yang penting ada puji-pujian dulu.
Sebenarnya ibu baru mula last week bila nampak kain menimbun seminggu.
Abang imi ok jerr...
Bila ibu sampai rumah, terus ke ruang tengah tempat ibu selalu lipat kain... kosong.. ehhhh..
Abang imi cakap "imi kenalah ada strategi, kalau letak kat situ je nanti ibu nampak imi lipat tak elok, kena lipat balik, lagi bagus imi simpan terus dalam almari"
haha... bijak2
Ayah pun tumpang sekaki.
Sebelum ni tiap2 pagi keje ayah jemur kain, sekarang abang imi dah take over.
Upah tu sekali je haritu bagi sebab first time abang imi buat keje sendiri.
Lepas dari tu abang mi tak mintak apa2 pun.
So ibu ngan ayah diam jer lahh ... selamat duit.
Mudah2-an keje ikhlas yang abang mi buat tu, akan diberkati Allah dan dapat ganjaran di sana. Amin.
Wednesday, December 21, 2011
Betul @ lakonan semata2?
Bila tengok balik gambar2 kat bawah ni macam tak berapa nak percaya.
Rahimi & Widad bergambar berdua. Ala2 serasi bersama gitu.
Chehhhhh... kelakau pun ada.
Dua orang ni kan pantang dok sama, ada je benda tak puas hati.
Kalau tengah baik tu maksudnyerr sudah kena sound ibu ngan ayah hahaha...
Chubby nyer budak dua nih. Apesal rambut kak widad cam tobek2.. ni mesti potong sendiri wakaka...
Ni kat Bukit Merah Lake Town. Main2 air dulu sebelum balik kampung tahun 2008.
Entah apa yang dibisikkan tu. Nampak masih geng masa kecik2 dulu.
Tahun 2008, kat Menara Condong, Teluk Intan.
Tahun 2009, ni kat sungai kat Kedah. Banyak sangat lata kat sana sampai tak ingat.
2009, perkarangan Hotel Puri, Melaka. Superb!!!
2009, kat kedah gak tak ingat kat mana. tempat tok lang diorang rasanya.
Ni kat Cameron Highland, kak widad nak paksa abang dia la tu.
Macam2 perangai anak2 yang kadangkala buat ibu nak marah, naik angin, gelak, ketawa... tapi ibu sayang sangat kat kalian.
Monday, December 19, 2011
Tanya pada yang pakar
Kalau nak tau makanan sedap atau tak, sila tanya pada Wafi.
Dia sentiasa ada jawapan hehehe... poyo jer statement.
Tengok dia makan cupcake yang aunty syima buat.
Hari tu masa nak tapau balik, kunun nak letak dia punya dome.
Sekali si kenit ni colet sket guna ujung jari dia yg kiut tu.. dap.
kali ke dua colet lagi.. dap.
dap jugak kali ke tiga.
last2 dia masuk semua dlm mulut mmmm.. baru puas hati.
Menyelerakan...
Yang tapau balik pun dia yang kebas.
Pantang peti ais terbuka, nunjuk jer keje dia.
Biarlah...... tengah suka makan.
Sunday, December 18, 2011
Seketika di ofis ibu
Gambar2 kak widad yang teruja masa kat ofis ibu.
Bilik ibu yang tersangatlahhh banyak harta benda. Harap2 masuk ofis baru boleh wat 4S.
Kak widad cakap nak jadi bos macam bos ibu sebab bilik dia lagi besar hahaha, bagus2...
Kalau bos cam citer drama melayu, meja dia kemas jerr.. hanya ada satu laptop & satu fail. Tipu!!!!
Yang laki pakai kot.. chaitttt... bos2 tempat ibu tak pakai tie pun yang ada uniform biru cam ibu gak, semua sama.
Saturday, December 17, 2011
Wafi punya favourite words
aaaayah..
aaaabang..
kaaaakak…
Ibu????? (senyap)
Apesal bila soh panggil ibu senyap jer wafi..
Eeee geram nyerr.
Bolehnyer otomatik tak mau cakap
Padahal mulut pot pet pot pet..
Sekarang ni antara perkataan feberet wafi
bobobboiiiiiii (padahal tak penah pun tengok kartun ni…, ni kakak ngan abang yg ajar la ni)
Tapi takleh lawan
aaaparrrrrrr…
Asyik lapar jerrr
Asal masuk rumah balik dari school mesti ke dapur
aaaparrr… sambil tunjuk2 meja.
Adoiiii wafi.. wafi.., ibu kenala masak dulu baru boleh makan.
Nak senang, sebelum balik tu ibu belilah kueh sket2 nak bagi budak yang manjang jer lapar.
Dinner time, nak makan sendiri. Tumpah2 tak kisah janji senyap.
Tapi yang tumpah tu lebih banyak hahaha..
Bila kakak ngan abang makan, haaaa mula la aaparrrrr…. Mintak suap.
Hurmmmm adik bang mi la nih!!!!
Friday, December 16, 2011
Baloi kalau nak pegi
Jom pegi Hytex warehouse sales.
Tak tau lah dapat pegi tak kali ni sebab dah la tengah2 bulan nih.
Hari tu baru shopping barang sekolah.
Ni pun tak abih lagi.
Hurmmm... tak pegi lah.
Kirim kat cik elis jer...
Ogos hari tu dah pegi sini
So, pada yang pegi, selamat bershopping.
Semoga dapat great bargains!!!!
Wednesday, December 14, 2011
Salju Sakinah
Baru habis baca novel islamik tulisan Zaid Akhtar.
Novel ke-2 yang ibu baca ditulis oleh novelis lelaki.
Sebelum ni baca karya Habiburrahman El-Shirazy, Ayat-ayat cinta dan Ketika Cinta Bertasbih
Cam biasa pilihan ibu, cerita berkisar di luar negara.
Sumayyah yang menuntut di universiti, Jordan.
Bekas seorang exco pelajar pintar yang pulang ke Malaysia setelah habis peperiksaan.
Pulangnya ke tanah air, menggalas tugas arwah ayah mengendalikan perusahaan makanan ringan walaupun berpendidikan agama.
Mendapat tunjuk ajar daripada Muazam, pekerja yang diamanahkan oleh arwah ayahnya.
Menjadi penceramah, mentarbiah kaum wanita ke jalan kebaikan.
Tentang kakak sulung dan abang ipar yang terjerumus dalam ajaran sesat.
Abang ipar, Tok Ayah Mit dan pengikut yang mati dipanah petir (nauzubillah) ketika pulang dari ‘menurun’ di kubur wali. Kononnya, ibadat tak perlu perbuatan, hanya niat sahaja.
Tentang kisah masyarakat disekelilingnya yang bersifat hasad dengki, cemburu.
Juga Luqman, bekas rakan sekelas yang cuba memilikinya.
Sumayyah yang terpaksa pulang semula ke Jordan kerana terkandas satu paper walhal terdapat kesilapan teknikal.
Terpaksa ke sana semula untuk 4 bulan. Rasa rendah diri dan malu apabila terpaksa mengulang semula. Tapi kuat semangatnya kerana rakan2 yang masih menyokong dan memberi dorongan.
Rupanya, ada hikmah disebalik kegagalan itu.
Bertemu pula dengan Naufal. Walhal sebelum ni pernah sekali menjadi panel sebuah forum.
Islamik sungguh pertemuan yang dirancang oleh rakan baik Hakimah & Hakimi.
Bertemu berdua tapi disebalik tabir dan mengimbas kembali pertemuan pertama kali mereka.
Mendapat restu dari kedua belah pihak untuk berkahwin di sana.
Digelar pengantin salji, sebab masa diorang kahwin tu salji turun pertama kali untuk musim tu.
Tapi part kat Jordan tu dah tak banyak.
Happy ending… cam biasa.
Novel yang mudah dihayati. Santai.
Tuesday, December 13, 2011
Piknik di Morib
Hari Sabtu 10/12/11, bertolak ke Morib dalam pukul 8.30 am.
Cik Elis direct dari Shah Alam ambik cik wada di Matrikulasi Selangor, Banting.
Sampai lebih kurang jam 10 am.
Aduh... perut dah lapar... sebab pagi tak sempat bekfes dan cadangnya pun nak piknik kan.. jadi kosongkan perut.
Sampai2 bergambar dulu. cik Amir & cik Otin takde. Ehhh.. kuarga ummi Tapah & cik ujang pun takde.
Homemade Almond Orange cake buat kakak widad. Kiranya sambut belated birthday la..
Karektor upin & ipin pilihan kakak widad. Lama dah beli menda tu.
Ibu bawak nasi lemak, sambal sotong petai, sambal biasa dsb. Alamak... diorang cakap tak cukup.. adehhh camner nih.. alasan biasa... periuk kecik hahaha (8 pot tu.. dah kira maximum tau)
Sib baik makaroni kari cik elis penyelamat.. kalo tak abih takleh balik.
Ayah plak tanya.. kuih takde ker.. amboiiiiii.... banyak songeh plak.. tolong takmo ggrrrrrr
Gambar ibu sengih macam nemo tak cukup tidor tu sebab puas hati dengan juadah yang dimasak ekeke..
Kakak widad yang happy main bubble.
Tempat bwh pokok memang nyaman.
Cik fatin, aiman & kakak widad... tengah seronok main bubble. Orang yang lalu lalang suka jer.
Sebelah kanan tu laut yang jauh nunnnn... errr takde orang mandi pun sebab air surut jauh gak kalo nak menapak. Pastu air dia rasa tak bersih kot. Tak nampak pun air dia camner.
Cik wada tu apehal berdiri tegak macam tiang. nak baca sajak ker.. ehhh cik wada dapat tempat pertama mendeklamasikan sajak kat matriks.
Syafiq Danish yang senyum manjang.
Ibu ngan abang imi yang dah nak sama tinggi.
Cari souvenir la tu..
Abang imi n aiman tengah main bola angry bird tapi tak tau nape bola tu kat situ hahaha..
Wafi yang takde mood hari tu..
Kemudahan tandas dan surau yang bersih dan selesa. Terbaekkkk!!!!
Cik wada yang dapat 4 flat... tahniah caiyok2!!!
Tu tak sabar2 nak balik kolej lerr tu... panas wehhhh matrik ni sebab baru lagi.
Lepas hantar cik wada, kami ke GM Klang untuk shopping2.
errrr... takde laa murah sangat..
Overall, sangat puas hati dengan outing ni.