Pages

Saturday, September 29, 2012

Tuntutan Abang Imi

Alhamdulillah. UPSR dan PSRA dah habis.
Jadi sekarang ni Bami dah free. Takdelah ibu bising buat homework, baca buku bla..bla..bla
Kalau tak dipesan hurmm…. Lambatlah jalannya.
Bami dah ingatkan ibu pasal basikal yang ibu janji nak belikan sempena hari lahir tahun ni.
Katanya nak ronda-ronda kampung ngan kawan-kawan.
Haritu raya kan tak dapat beraya dengan diorang sebab balik kampung.
Sian reramai kawan-kawan datang nak beraya. Beberapa kali datang rumah tapi takde orang.
Cik Ana lah yang bagi tau.
Jadi sekarang ni diorang dah tuntut balik.
Insyaallah, Jumaat ni kita riki2 kedai basikal kat pekan yek.

Friday, September 28, 2012

Resah semalaman

Malam tadi sesampai di rumah balik dari belanja dapur ibu pun siap-siapkan duit taska Wafi. Tetiba mana duit nih? Rasanya malam sebelum tu dah asingkan. Adoiii..... kodek sana kodek sini takde pun. Laci, almari, bawah tilam, bawah bantal, dapur, semua tempat dicari.. tak jumpa.
Masa tu dah jam 11.30 malam. Wafi plak dah merengek-rengek nak susu. Ayah lah yang melayan sebab kalau datang kat ibu pun ibu tak layan.

Sampailah jam 12.30 malam.. Wafi dah restless sangat. Beberapa kali dok naik turun katil menantikan susu cap gantung dia apesal tak datang2. Wafi ngantuk... Wafi nak tetek... Ibu baringla... hati ibu mana yang tak cair.. kesian dan syahdu bila anak kecil ini meminta2.. Takpelah... layan lah sekecil ni.. dah malam pun. Esoknya kan nak kerja. Malam terjaga pun masih teringat duit tu lagi.

Pagi ni sesampai ke ofis, belek2 pulak dalam bilik ibu. semua geledah. Teringat ummi kat school. sms lah tanya kot2 ada duit termasuk dalam beg Wafi semalam. Ummi kata ADA!!! Alhamdulillah.. Ummi cakap ada duit tapi takde kad.. dah bagi kat principal. Memanglah duit tu untuk taska Wafi tapi tak cukup lagi sebab semalam tu waktu ibu asingkan tak cukup duit tukar jadi ibu ketepikan dulu cuma tak ingat letak mana. hehehe.. tersalah tempatlah. Biasanya kalau bayar duit taska ibu masuk dalam sampul duit raya sekali dengan kad taska. Alhamdulillah.. ummi kat school semua jujur. Walau takde kad masih serah pada principal untuk further action.

Thursday, September 27, 2012

Kakak Widad tak boleh buat macam tu lagi tau

Minggu ni Kawi tak ke sekolah agama sempena PSRA.
Jadinya petang kat rumah nenek atau nenek Ina.
Petang ibu jemput sebab Kawi tak nak balik ngan nenek Ina.
Petang semalam sebelum balik ibu kol rumah nenek mintak Kawi get ready. Nenek kata Widad tak datang situ.
Aik.. mana dia pegi. Kol pulak nenek Ina.. tak berjawab pulak tu.
Jadi dalam fikiran ibu mesti dengan nenek ina lah.

Sampai jalan masuk ke rumah dari depan lagi ibu dah nampak Kawi yang berseluar pink kotak2 kesukaan dia.
Tengah main ngan Ain, kawan sekolah dia.. kira Ain ni dua pupu ngan ibu lah.
Bila diselidik, rupanya dari balik sekolah mintak nenek Ina hantar ke rumah. Ain, kakak dia hantar.
Tengahari goreng telur 2 biji makan gitu jer sebab tak perasan ada nasi lagi dalam periuk.
Boleh tahan adik yer makan telur jer. Katanya kakak Ain belanja cendol.
Kawi cakap duduk dalam rumah main2 ngan Ain.
Petang baru mandi dan main kat luar.
Balik ibu beli nasi lemak siap2 untuk dinner. Makan ler depa 2 orang.

Jam 7 pm ibu hantar Ain balik. Yang kelakarnya Wafi dok nak ikut Ain. Nangis2. Nak Ain… nak ain.
Ibu cakaplah kakak widad kan ada.. taknakkkkkk….. nangis lagi.. alahaiiii siannya.
Puas ler nak memujuk sampai ke rumah. Sambung lagi.. kasi nenen ler… barulah senyap.
Dah kenyang teringat lagi.. ermmmm… Wafi2.

Pesan pada Kawi lain kali kalau nak balik rumah dulu kena tanya ibu.
Kalau nak bawak kawan datang pun kena tanya dulu.
Atleast kalau kat rumah tu ibu boleh pesan pada Cik Ana suruh tengok-tengokkan.
Risau gak sebab sekarang ni kan banyak kes2 yang melibatkan pecah rumah, masuk rumah, culik sana culik sini. Nauzubillah.

Wednesday, September 26, 2012

Asyik skip jer.

Semenjak puasa sampai lah hari ni berapa kali sangat lah Kawi ke kelas tambahan.
Hari tu puasa oklah sebab masa tu lah cikgu atau anak2 untuk menambah saham akhirat. Terawih.
Kemudian raya.. minggu2 raya memang takde kelas.
Lepas tu start lah kelas malam. Jumaat dan Sabtu macam biasa.
Tapikan... lepas seminggu kan ke Kelantan. Skip.
Lepas2 daripada tu ada kenduri kat Melaka
Lepas tu ada open house lah.. jalan-jalanlah..
Skip lagi.
Minggu lepas je penuh 2 hari.
Minggu ni Jumaat jer lah ke kelas. Sabtu tu dah ke PD.
Ahad pun tak pegi kelas teacher Ayu.
Bulan August hari tu bayar RM50 (bayar memang penuh) kelas 2 jam jer sebab yang lain tu tak pegi.
Minggu depan jangkanya nak cuti2 Malaysia. Cuti lagi...
ermmmmm..... habis nak buat camno.. duit keluar camtu jer.
Ayahnyerrrr kan suka nau bawak gi jenjalan.
Follow je lah.. walau dalam hati eeeeeeee.....

Tuesday, September 25, 2012

♪ can mali can o oi ♫

On d way balik dari school, kan ibu akan tanya Wafi buat apa kat school... Wafi nyanyi apa kat school dan biasalah soalan2 lazim yang lain.
Pastu Wafi pun mulalah sembang-sembang dia.
ermmmm... iyalahhhhh ...
Pastu mulalah nyanyi.. dengan gaya yang tersendiri...

♫♫
Can mali can o oi
Can mali can o oi
Can mali can ketipung payung

Di mana dia anak kambing saya
Anak kambing saya yang makan rumput hijau

Can mali can o oi
Can mali can o oi
Can mali can ketipung payung
♫♫



Bersambung lagi kat rumah sebab nak tunjuk kat ayah, Bami dan Kawi.
Ulang ulang sampai Bami suruh Wafi tidur sebab dah malam.
Esok sambung okay...

Monday, September 24, 2012

cik non

 
Adriana Nur Zahirah
alololo... budak bambam nih..
girrrammmmmmmm

Wednesday, September 19, 2012

Aku, Saya, Kita, Imi, I

Rahimi meluahkan perasaannya tempohari. Katanya dia memendam perasaan selama tiga tahun. Tiga tahun? Nasib baik tak sakit jiwa katanya. Perghhh.... bahasa drama melayu betul.

Nape tu?
Bahasa diri.
Tadika 5 & 6 tahun juga Tahun 1 dengan 2 bahasakan diri 'saya'. Katanya kawan-kawan pun sama. Anak-anak kecil yang innocent. Apa yang ibu dan cikgu suruh semua buat...
Masuk Tahun 3, mula2 guna panggilan 'aku'. Kawan-kawan yang suruh katanya. Ibu tak perasan tapi Widad kan spy tak bertauliah. Pastu terdengar panggilan tu bila Bami sembang ngan sepupu ibu yang sebaya ngan Imi.
Ibu marahlah juga... tak sesuai semuda 9 tahun guna panggilan diri 'aku'. Ok lah... Bami tukar kepada 'kita'. 'Saya' tak sesuai katanya sebab duduk kat kampung. aikkkkk... tu pun jadi sebab.

Bermulalah bahasakan diri 'kita' sepenuhnya masa Tahun 4 hingga sekarang Tahun 6.
Sampaikan kawan2 marah katanya mesti tak lulus Bahasa Melayu sebab perkataan 'kita' tu kan merujuk bilangan yang ramai.
Masa sofbol tournament pun Bami kena marah atau kawan-kawan tak puas hati sebab bahasa diri tu.
Bila kawan2 suruh guna perkataan 'aku', Bami cakaplah 'nanti ibu kita marah'. Habis digelakkan dek kawan-kawan dia. Katanya Bami anak manja lah....
Memang manja kan...

Ibu suruhlah guna bahasa diri 'Imi' macam kat rumah.
Taknaklah.... lagi lah diorang cakap Imi terlebih manja... anak emaklah...

Takpun... guna panggilan 'I' lah...
eeeeee.... takmolah... nanti diorang cakap berlagak pulak budak kampung ni hehehe....

ellehhhhhh... tapi ibu tau kadang2 Bami guna bahasa panggilan 'aku' kan.....
Tak kisahlah.... tahun depan Bami dah tingkatan satu... takkan ibu nak sekat lagi.. tapi ibu rasa Bami akan guna perkataan 'saya' hohoho..... jangan marah Bami...

Sunday, September 16, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Jom naik motor

Helmet kecik ni dulu Bami punya.
Beli masa tadika sebab awal2 tu kan balik naik motor ngan atuk.
Simpan dan main sampai sekarang.
Gabus dalam tu pun dah takde.
Kekadang Bami main baseball pakai nih.
Penuh satu muka.




uihhhh... sepah nya belakang tu.. Wafi tolonglah ibu lipat kain.. asyikkk main jerr... ehhhh geget nanti!

Saturday, September 8, 2012

Coconut Shake, Klebang

Yang kat dalam pun boleh bungkus gak. Yang kat luar beratur panjang.
Coconut shake ni pun tau dari FB kawan. Pastu google ler sana sini.
Gi lepas abis kenduri. Tapi pagi tu dah riki2 dulu dari homestay.
Tak jauh ker dari Tangga Batu... menghala ke Klebang. Kat tepi jalan besar jer sebelah Caltex.

Jalan ler sket sebab kami parking kat tepi jalan besar sebab bila tengok parking macam congested jer kat dalam. Tapi ample gak.
Banner dia.

 Ramaikan orang.. Order.. tunggu sekejap jer. Servis bagus.

 Ambik Coconut shake special RM2.00, ada float.

Wafi ni dapat menda sejuk sukalah dia..

 Ambik aiskrim pakai tangan.. hurmmm sudu tu watpe Fi?

 ammmmm....

 Nape Kak Wi? tak larat dah? Cik patin layan jer..

Nenek tak makan aiskrim tu... Kawi yang ngap..

Amboiiii ayahhhh.... ambik Kawi separuh... Wafi separuh... 2 gelas lah tu!

Recommended la...sedap makan dikala cuaca panas..

Majlis bertandang ke Melaka

Rombongan dari pihak perempuan dari Klang. Ramai sungguh dalam 70 orang.
Hari ni Ahad, jam 1.30 tghari rombongan ke rumah Dr Md Zain di Tangga Batu.

 Cik Patin jadi mangsa Wafi.

Wafi dah berpeluh2 sementara tunggu kompang. Jauh gak berjalan ke rumah rumah pengantin sebab kat Melaka ni style jalan besar dia dekat dengan longkang. Dengan kereta kami yang berbelas2, jadi pihak tuan rumah sediakan parking kat area kubur.

Tahniah pada sepupu ibu, Syamimi aka Mimi & Ainudin.
Galak solekan mata acik mimi nih..

 Ni versi dah mengamuk!

Ni wak2 yang paling tua... duduk sekali ngan pengantin kat meja beradap.

The siblings..

Kenduri kahwin mak ngah

Kawi n Wafi di hari akad nikah. Ni dah petang sangat.

Kawi dan ratu sehari, mak ngah aka Shasila, adik ayah yang kedua. Anggun kan...

 Bami ni dah sama tinggi ngan makngah.
Wafi tu kan.. bila dah penat nak tengok kamera pun tak nak!

Thursday, September 6, 2012

Hamper raya

Biasalah... kalau ada hari raya ada lah hamper raya.
Dapatlah hamper gedabak dari one of supplier.
Ala... stail hamper yang lucky draw tu.
Kemain tinggi lagi. Adalah dalam 3 kaki. Ingat harga dalam RM300.
Dapat masa puasa hari tu dan baru bukak tadi.
Kotak kemain hebat.
Bila bukak kotak bagai.. kumpulkan semua alahai...... bakul dia pun tak penuh.

Pandai lahhh orang yang buat packaging huh...
Dalam, setoet jer..

Tu yang bila company bagi hamper raya, cari yang ada ciri2 hari raya..
Ala... cam ada bakul, kuih2 raya, dan nampaklah dia benda bagai.
Biar puas hati!

Dah orang bagi... ambik jer lah..

Wednesday, September 5, 2012

Adik abang.

Rahimi dan Wafi.
Dua beradik yang very the kamceng.
Dua2 sesama lasak.. si abang boleh jer bergusti ngan si adik.
Ada2 jer kerenah dua orang ni.
Bila ditanya pada Wafi mana kakak?
Kakak takde.. kakak kat sini, sambil tunjuk gambar kat belakang dia.
Padahal kakak dia awal2 lagi dah tidur.
Pastu bila si kakak nampak gambar ni.. dia sedih apesal dia takde.
Hekelllehhhhh... tu ler suka nau tidur kan dah takde gambar.

Layan jer ler ini gambar....




opssss... sudah habiss dahhhh....