Minggu lepas baru baca blog auntie Ijahans tentang picasa web album yang penuh. Beberapa hari lepas, picasa album ibu plak up to maximum.
Alhamdulillah... dah settled sebab auntie ija dah linkkan tutorialnya. Tutorial tu dibuat oleh Qasey Honey. Terima kasih QH kerana menyediakan tutorial yang sangat membantu.
Beberapa kali gak ibu membuatnya sebab ibu ni kan jenis yang fobia bab2 komputer ni. takut hilang data jer..
Ibu letak link agar memudahkan sekiranya picasa album penuh lagi di masa akan datang.
Pages
▼
Friday, November 30, 2012
Thursday, November 29, 2012
Pesta Durian
Sana sini orang jual durian.
Sana sini orang makan durian.
Macam-macam gred, macam-macam jenis.
Beberapa hari lepas masa lalu kat Batu 7, ternampak satu gerai durian kat tepi jalan tu.
Ada banner Pesta Durian RM9.90, ala-ala buffet gitu.
Makan lah seberapa banyak yang boleh. Tapi macamana kita pilih durian tu tak tau lah.
Nampak gak ramai orang makan dan durian nya berwarna kuning pekat gitu. Macam sedap jer.
Bila tanya ayah macam tak interested jer.. jadi, pendamkanlah perasaan nak makan durian huhu...
Sana sini orang makan durian.
Macam-macam gred, macam-macam jenis.
Beberapa hari lepas masa lalu kat Batu 7, ternampak satu gerai durian kat tepi jalan tu.
Ada banner Pesta Durian RM9.90, ala-ala buffet gitu.
Makan lah seberapa banyak yang boleh. Tapi macamana kita pilih durian tu tak tau lah.
Nampak gak ramai orang makan dan durian nya berwarna kuning pekat gitu. Macam sedap jer.
Bila tanya ayah macam tak interested jer.. jadi, pendamkanlah perasaan nak makan durian huhu...
Tuesday, November 27, 2012
Pangkor 2012 - Day 3
Ahad pagi tu lepas subuh memasing tarik selimut. Tidur malam nya pun rasa macam dilambung ombak jer.. Seronoknya kalau boleh sambung cuti lagi huhu...
Hari ahad memang tak plan untuk mandi laut sebab puas dah, kecuali kakak widad lah... nak check out awal sebab kalau sampai tengahari mesti ramai orang kat jeti lepas tu panas plak.
Jam 7 tu ibu dan Kak Widad jenjalan sekitar hotel kat sekitar Teluk Nipah. Rasanya paling menyerlah Nipah Guesthouse. Bila google2, ranking no. 1 kat Teluk Nipah. Cumanya nak masuk ke dalam sikit tapi macam best jer chalet dia. Hari tu kan ayah nak booking tempat tu tapi ibu lambat sangat bagi answer tu yg dah full.
Breakfast pagi tu sangat berbaloi compared to breakfast di hari sabtu sebab kami beli kuih muih juga nasi lemak kat beberapa gerai dan makan kat dining area je. Dengan RM16, dapat beli nasi lemak 8 bungkus RM1/pk, kuih muih 3 jenis juga teh tarik dan kopi panas. Cumanya kuih mahal la juga sebab 50 sen sebiji kalau kat area rumah 3 seringgit tak pun paling mahal 40 sen sebiji... ok lahhhh sebab tu pulau kan...
Jam 9 kami dah check out.
Wafi cam sedih jer nak tinggalkan pulau.
Kat jeti tunggu feri.
Masa ni tak ramai orang lagi.
Bye.... jumpa lagi.
Feri balik ni lebih selesa. Baru dan besar.
Tak perlu tunjuk tiket pun.
opsssss.... buat apa tu... pantang.
Sebelum tu membeli belah hasil laut kat jeti Lumut.
Jam 2 pm dah sampai di Kuala Selangor. Lepas makan dan solat, teruskan perjalanan ke Klang. Sampai di rumah atuk dalam jam 5 pm. Pengsannnn...
Balik rumah terus mendobi huhu...
Alhamdulillah, percutian yang menyeronokkan...
Nak pegi lagi....
Monday, November 26, 2012
Pangkor 2012 - Day 2
Pagi Sabtu tu, semua kemain semangat bangun pagi. Suasana sejuk jer sebab malam tu kan hujan bukan main lebat lagi.
Ada kucing plak sebagai peneman. Wafi dah terjerit2 ketakutan.
Minah bunga sangat seronok nak mandi kununnya.
Kami nak ke Coral Island. Naik bot kecik jer RM40. Yang besar RM60.
Ngeri betullah sebab ombak besar. Rasa nak berkecai bahagian bawah bot bila terkena ombak sebab seliper tinggalkan kat tepi pantai.
Wafi masih cuak bila sampai ke Coral Island. Terkejut gamaknya naik bot laju.
Tak ramai orang lagi sebab masa tu masih jam 9 pagi. Mandi kat sini sebab ombak tak berapa besar compared tu Teluk Nipah.
Bila dah panas enjin baru seronok nak masuk air. Tapi tak ler lama sangat sebab masinnn... eeeee geramnya.
Sampai jam 12.00 dok kat situ. Panas membahang gitu.
Barulah dapat bergambar sekeluarga... Tapi gambar Wafi nampak separuh jer huhu...
Petang jam 5.00 bersambung lagi ke pantai Teluk Nipah.
Kancil Kitty tu tokey BBR punya. Kiut sangat.
Panas, memula malas nak mandi. Muka Wafi yang cuak sebab takut turun laut.
Panas membahang!
Sunday, November 25, 2012
Pangkor 2012 - Day 1
Hari Jumaat 23/11/2012, jam 7 pagi bertolak dari rumah. Ikut hi-way Latar jer ke Kuala Selangor. Seronok perjalanan pagi sebab tak rushing cam ke tempat kerja hehe.. sambil menikmati pemandangan sawah padi juga ladang kelapa sawit. Ahhh... indahnyer pagi..
Kak Widad makan roti milo. Sedap gak. Ibu minum kopi jer sebab dah makan dalam kereta, sandwich juga nasi goreng khas buat cik mek molek Wafi Hanani. Bami cam biasa dengan roti telur.
Mr. driver makan nasi tu....
Ok sambung perjalanan... macam2 kerenah anak2 dalam kereta.
Parking kereta 24 jam RM10.
Wafi kan pertama kali naik feri ke Pangkor (yang kedua selepas Penang) jadi tersangatlah teruja nya. Takmau duduk. Bila dah bosan menetek lah apa lagi. Kalau tak dibaginya meraunglah ini budak!
Tambang feri RM10 dewasa, RM5 kanak2. Kira sekali bayar jer.
Sampai di jeti, naik teksi PINK... Wafi sukalah.. Vam tu open air.. ala2 tergamam gitu.. Pastu sengih2 sebab rambut dia gerbang2.
Stay kat Budget Beach Resort, semalam RM120. Sampai2 around 12 noon., kena tunggu dalam 30 mins sebab bilik tak siap lagi.
Rehat2 dulu. Jam 3 ptg baru turun ke pantai. Cuaca mendung sikit. Sebelum tu hujan renyai2.
Jumaat tu orang tak begitu ramai.
Wafi main kat tepi jer. Muka macam kena tembak jer sebab sebelum tu terminum air masin. Bila pujuk2 mandi masinnnnn... katanya.
Wafi layan hornbill jer lah kat tepi tu. Bami kelaparan plak. Makan nasi lemak tu!
Ni dalam jam 4.30 petang. Gelap sungguh. Hujan renyai2 mula turun. Sebab Wafi kecik lagi kena lah naik. Kalau dah besar boleh lah sambung lagi!
Lepas bersihkan diri, lepak2 lagi.. sejuk.tu. Wafi jam 5.30 pm dah tertidur.
Kami bertiga dinner kat gerai tepi jalan tu je.. Ayah tunggu Wafi kat bilik.
Yang hebatnya, Wafi tertidur sampai ke pagi keesokan harinya. Terjaga 2-3 kali untuk menetek. Tu pun sekejap jer sambil mata tetap terkatup. Bagus2... dan ibu pun sangat lena malam tu!
Tuesday, November 20, 2012
Bukan crepe durian yer..
Sila telengkan kepala... ntah ngapa dok asyik terbalik jer gambar.
Sekarang sana sini orang dok menyebut pasal durian crepe. Yerlahhh dah manjang kat tepi jalan tu orang jual durian, jadinya memasing nak buat kelainan. Nampak dalam blog Masam Manis durian crepe tu... wahhh sangat menggoda iman.
OTW balik kerja tadi macam teringat2 pasal durian crepe tu. Sampai rumah, tengok bahan, santan takde plak. Mintak Bami ke kedailah kejap beli. Tapinya takde lah buat filling durian. Ibu masih kecewa sebab asyik tak menjadi jer bila buat krim putar. Tak ingat masa bila guna dairy @ non dairy. Sebelum ni acik Chah ada bagitau tapi dah lupa plaks.
Filling dengan sardin. Lagi best kalau tuna ngan mayonis macam kat Bee' Bread tu. Sardin plak termasin sket huhu..
Sebab guna satu jer tin sardin besar, macam tak berapa cukup, Bami suggest gulung. Ok gak idea tu. Dah macam kuih ketayap pulak.
Dinner ngan sardin crepe juga nasi goreng. Tu jer lah sebab malas dan selsema dah datang hukhuk..