Pages
▼
Thursday, July 31, 2014
Aidil Fitri 2014
Salam Aidil Fitri.
Maaf zahir batin buat rakan-rakan di mana jua berada.
Tahun ini kami beraya di Klang.
Hari raya ke-3 baru beraya ke Kulim.
Seperti biasa, beraya dalam kesederhanaan.
Juga sentiasa mengingati saudara2 di Gaza yg masih berada dalam kemelut peperangan.
Tidak berlama beraya memandangkan kakak Widad ada test lagi.
Semoga urusan Kawi dipermudahkan.
Ceria2 selalu :)
Friday, July 18, 2014
Ujian di Bulan Ramadhan
Dunia dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan penerbangan komersial Malaysia.
MH71, Boeing 777 telah disahkan terhempas di Ukraine pada hari Khamis 17.07.2014
Seramai 295 orang termasuk 15 krew penerbangan terkorban.
Rakyat Malaysia seramai 20 orang berada di dalam penerbangan tersebut.
Luluh dan pilu hati ini ketika mendengar perkhabaran yang mendukacitakan.
Air mata tidak dapat ditahan tambahan kita baru kehilangan MH370 beberapa bulan yang lepas dan masih belum dijumpai pesawat tersebut.
Ya Allah... ujian yang Kau berikan kepada kami tidak dapat kami tolak.
Sesungguhnya hanya Engkau sebaik2 pencipta.
Tabahkan hati-hati kami Ya Allah.
Semoga mereka Islam yang terkorban ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan syurga buat mereka tanpa hisab.
Aamiinnn...
Friday, July 11, 2014
Nasi Ayam Ringkas
Resepi nasi ayam ni ibu ambil dari blog kak Azie, cuma ada sedikit ubahsuai pada sambal cili. Resepi yang ringkas tapi hasilnya memang sedap. Terima kasih kak atas perkongsian. Semoga kak Azie sentiasa sihat dan dirahmatiNya.
Nasi Ayam Cik Su
Oleh: Azie Kitchen
Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.
Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Air rebusan ayam
Daun pandan
Air rebusan ayam
Daun pandan
Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.
Sambal Cili
12 - 13 biji cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir
Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Ibu masakkan atas api kecil sebab takmau rasa mentah cili. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Ibu masakkan atas api kecil sebab takmau rasa mentah cili. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang
Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.
Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.
Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap
Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan
Kicap
Sunday, July 6, 2014
Friday, July 4, 2014
Thursday, July 3, 2014
Wednesday, July 2, 2014
Yang simple2 jer.
Ini lauk sahur semalam, sekadar ayam goreng tepung bestari, telur masin juga sayur bening sawi.
Pagi ibu memang tak masak yang pedas2 sebab risau anak2 sakit perut plak. Ada la rasa pedas sikit dari ayam goreng tu. Kuah mesti ada.. kesian plak anak2 kalau makan kicap jer kan hihi...
Kalau tak sup, sayur bening (air) aje lah.
Dah 4 kali bersahur, 4 kali lah makan ayam. Bami pun dah cakap... "ibu masak ayam lagi".
Maksudnya dah kena tukar menu lah walaupun pagi tadi ibu buat ayam kicap.
Nak gorengkan telur, telur plak dah beberapa hari habis.
Ok lah anak2... esok pagi kita makan lauk lain lah :)