Pages

Tuesday, June 23, 2015

Belajar puasa

Alhamdulillah.. 6 hari Ramadhan.
Anak ini masih tidak berpuasa penuh.
Hari pertama dan kedua, untuk bangun bersahur memang tak lah.. jenuh kejut. Kaku tidur. Tak boleh paksa, karang mengamuk.
Pelan2.. sahur aka bekfes jam 7.30 pagi. Tiada bekal ke sekolah.
Bila ambil di petang hari, cikgu cakap Wafi tak nak makan minum langsung. Puasa katanya.
Ok.. permulaan yang baik.
Bila sampai rumah, dok merengek nak makan. Tahankan jer... Jenuh macam2 pujuk sebab lagi 1 jam je kan.
Hari cuti... hurrmmm.... dok buka peti ais jer.. tapi makan nasi sekali jer.
Semalam, macam ok.. bila balik cakap ummi zai (principal) soh makan.. kita makan lah.. aduhaiii..
Pagi ni pesan kat principal, Wafi nak puasa (kat sekolah, sebab 7.30 bekfes).
Harap2 berjaya.


Friday, June 19, 2015

2H1M - Kompleks Sejarah Pasir Salak

Dari Teluk Intan ke Pasir Salak lebih kurang 40km
Masa lalu Bota, teringat 25 tahun lepas ke daerah ini untuk ke rumah kawan.

Sampai2... dok mencari pintu masuk ke kompleks ni.
Dari hujung kiri pagar sampai ke hujung kanan pagar...
Bertanyakan pada seorang penduduk kawasan tentang kompleks ni... rupa2 nya tutup dan belum dibuka kepada umum semenjak banjir melanda Perak beberapa bulan lepas.

Hurrmmm.... agak kecewa.. bukan rezeki kami melawat tempat bersejarah kali ini. Mula2 di Muzium Sabak Bernam, kali ni di Pasir Salak pula.
Lagi bagus jika pihak pengurusan tulis notis di pintu pagar. Ada juga beberapa orang yang berhenti untuk membuat lawatan.

Ambil gambar dari luar je lah.

Bangunan kayu yang utuh.

Kompleks ni sebelah je dengan Sungai Perak. Kawasan luas, bersih dan terjaga.
Cuma sayang... tak boleh masuk jer. Mungkin masih dalam proses penambahbaikan.

Pintu masuk yang tersergam.


Bangunan ni berdepan dengan komplek.. tak tau pula jika ia sebahagian dari kompleks sejarah juga.

Sebab dah tiada tujuan lain, jadi beredarlah balik. Lunch dulu di Teluk Intan.
Lepas tu singgah dulu di Sungai Besar. Cari jubah dan baju melayu untuk ayah dan Bami.


Lepas tu pit stop di Sekinchan untuk bersolat.

Suka singgah masjid ni sebab berdepan dengan sawah padi.. luas je mata memandang.


Kat sepanjang jalan balik tu banyak gerai mentarang. Singgah di Mis Mentarang Bakar.
Pertama kali makan mentarang bakar.. sedap dan lembut isinya. Isi lokan plak kenyal sket.
Harga dah siap bakar di sini, mentarang RM25 sekilo manakala lokan RM12.
Ambik dua2 setengah kilo je. Rupa2nya anak2 suka. Next time boleh cari lagi ni.




Tempat makan terakhir petang tu... Cendol Durian Borhan.
Memang best.. terasa durian dia. Kalau yang tak suka durian, boleh ambil yang biasa.
Juga disediakan rojak, laksa dan beberapa makanan lain.
Laksa pun sedap. Kenyang di sini, merangkap dinner.

Alhamdulillah... habis dah cerita jalan2 2H1M kali ini.
Insyaallah ada rezeki, boleh lah jalan2 budget ke tempat lain.

Sudah 2 Ramadhan hari ini.
Salam Ramadhan semua.

Monday, June 15, 2015

2H1M - Merge Summit Boutique Hotel & jalan2 sekitar Teluk Intan


Perjalanan yang agak panjang.. seronok anak2 bila dah sampai.. tak larat duduk dalam kereta dengan cuaca yang agak panas. Hotel Merge Summit ni bersebelahan dengan Restoran Shameela Ghulam Rasul. Cari di waze pun guna nama Ghulam Rasul sebab ayah lupa nama hotel ni.. hahaha.. tu yang pusing2.

Kami ambil bilik double queen, RM168.
Bami berminat plak dengan motor antik tu.

 
Saya suka.. saya suka.. mei-mei.
Macam2 lah budak yang suka menghiburkan hati semua ni.

 

Bilik selesa untuk kami berlima.. cumanya cahaya lampu semua suram2.. di bilil air pun sama.. dengan mosaic dinding hitam.. yang ni tak berapa berkenan.
Nasib baik bilik ni bertingkap, boleh lah di selak2 langsir tu.

 
Sampai2, susun2 beg.. ibu hidangkan lunch. Ada ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, ulam2 dan sup sayur. Juga teh tarik balance bekfes dengan sandwich di rumah. Dari rumah dah siap2 masak, sebab knowing the kids, diorang tak suka kalau kena menyinggah mana2 untuk makan.. Kalau tujuan untuk makan sahaja tak apa tapi kalau semata2 berhenti untuk makan memang akan bersuara lah mereka. Dah sebelah hotel restoren, ayah ada menapau kuah kari yang super, bergedil (rasa pelik sket sebab ada jintan) dan minuman sejuk. Habis semua makanan licin, dek kelaparan. Alhamdulillah.

Dalam jam 5.30 kami keluar jalan2 di sekitar Teluk Intan. Ada festival kraf di sebelah Menara Condong. Tengok2 je..


Si abang dan adik memang susah lah untuk di ajak bergambar. Kakak jer sporting.
Lepas tu makan gado2 di medan selera depan menara ni yang cukup femes di kalangan kaki makan.
Lepas jalan2 dan shopping2, wafi cakap nak bergado lagi... hahaha... semua gelakkan dia.. udah merajuk pulak.


Lepas solat maghrib di Masjid Teluk Intan, kami ke spot makan yang kawan ibu suggest. Restoran di tepian sungai. Sampai2 nampak kelam je tempat tu. Takpe lah.. kita cuba makanan kat situ.


Ambik sotong goreng 2 ekor, udang galah 1/2 kilo (RM35), kailan ikan masin, siakap stim, sirap sejug. Semua RM100++. Udang galah tu... ai tell u... memang fresh. Isi pejal. Tak rugi bayar mahal sket untuk dapatkan makanan yang sedap.


Dah penat berjalan.. Sampai hotel, anak2 sibuk nak bergambar kat bunga lampu ni.


Ni keesokkan paginya. Hari Sabtu. Bekfes kami bertiga di Restoran Ghulam Rasul. Cawangan ni jalan depan sket dari hotel. Kelaparan. Jam 7.30 dah bekfes. Bami ngan Kawi masih tidur masa ni.

Rehat2... sebelum teruskan destinasi seterusnya.




Saturday, June 13, 2015

2H1M - Muzium Daerah Sabak Bernam

Untuk sampai ke Sabak Bernam, kena lalu Sungai Besar. Tak jauh dah dari situ.
Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sg Besar dan Sabak Bernam, semua pekan berada di sebelah kiri. Senang nak cari.

Muzium ni berdepan dengan masjid.

Bila sampai.. aikkk.. pintu tutup.. rupanya hari Jumaat tutup dari jam 12-2.45 pm.
Takde lah rezeki nak masuk dan tak terpikirlah plak yang muzium pun tutup hehehe...hari lain time rehat buka kecuali jumaat jer yer.

Alhamdulillah.. kat luar2 pun ada barang2 lama yang boleh kita tengok dan nilaikan.


Mesin gelek getah. Ni dulu masa kecik2 ada mesin ni kat bawah rumah nenek sebab nenek masa tu kan menoreh getah kat belakang rumah. Merasa lah juga ibu guna penggelek ni.


Perahu sebatang.

Juga perahu sebatang. Memang panjang sebab dari sebatang pokok. Tahan perahu ni, sejak dari tahun 1900 yang digunakan untuk mengangkut barang pertanian.


Posing lain.. macam2 lah adik kecik tu.


Ada taman permainan belakang muzium ni. Main sekejap.


 Kakak dah sibuk panggil adik.. panas, tak tahan.. yang si adik masih nak main.



 Muzium ni terletak bersebelahan dengan sungai.


Perahu nelayan.


Pintu masuk yang tertutup.. kalau ada rezeki kita masuk dalam yer.. lain kali.


Lukisan dinding. Pertanian di daerah ini.


ehh... ada kereta lembu.

Wafi excited dengan kereta ni.


Asyik dok tanya macamana lembu bawak kereta ni. Ibu cakap nanti tunjuk dalam buku.
Adehhh... dah lupa plak nak bagitau.

Waktu kami keluar dari kawasan muzium, hampir solat zohor.. sesak sket lah kawasan situ..
Sebab kita pun niat musafir.. jadi teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.