Pages

Thursday, July 30, 2015

Syawal Pertama

Tahun ni beraya di Kedah dulu.
Seawal Rabu dah sampai sana.
Sempat puasa 2 hari di Kedah.
Gambar2 raya tapi gambar maktok dengan atok wan takde sebab masing2 dah beraya ramai2 dengan jiran2.
Masa maktok ada, atokwan takde plak dan sebaliknya.
Jadi ambik gambar mana yang ada je lah.

Kawi dan Wafi yang sedondon. Tudung haruslah lain2 ikut pilihan masing2.
Wafi nyer shawl memang last minit. Hari sebelum tu beli kat Bazar Kemboja tapi melayu je yang jual.


Bami taknak bersampin.. style katanya.. hurrmm.. anak2 muda ggrrrr...
Sampai2 dari solat sunat Wafi tengah makan mi kari. Lapar katanya.

Dua beradik yang kekadang ok.. kekandang tak ok. Nak soh bergambar memang ada je lah alasan diorang.
Kawi ibu tak tau nak muka berbelak2 gitu. Peluh kot.
Bami dah lagi tinggi dari ibu.

Gambar ibu ngan ayah ni ada kawan komen, kenapa tak pegang tangan. hahahaha... ibu pun tak tau.. tak teringat pun nak pegang kehkehkeh...

Gambar family Shafwan yang paling cantik dan sempurna.
Yang lain tu dok goyang jer dek budak kecik ni yang tak mau bergambar.
Sib baik dapat tangkap yang ni.


Yang ni pun tak tau nape baju Bami dan ayah bertukar jadi pink.
Yang sebenarnya more to merah.
Dah jadi bahan plak hehehe...
Sori lah yer... camera yang buat jadi camtu.

Tuesday, July 28, 2015

Monday, July 6, 2015

Iftar Keluarga Besar

Majlis Iftar & Silaturrahim keluarga besar atuk diadakan di rumah arwah moyang.
Makan di ruang terbuka je. Alhamdulillah.. cuaca ok sebab memang tak jangka akan hujan pun dek kerana panas beberapa minggu.
Tapi subuh tu sebenarnya hujan lebat tapi takde lah membawa sampai ke petang.

Penuh dengan makcik, pakcik, atuk, nenek, sepupu sepapat, anak2 buah dan jiran terdekat.

Makanan tu semua potluck. Tuan rumah sediakan beberapa jenis air panas dan sejuk.


Persiapan awal.


Solat maghrib berjemaah.

Selepas terawih wajib posing adik beradik hehe.. padahal tiap2 minggu buka sekali.
Tapi wiken masing2 bergegas ke surau kariah sendiri.



Geng2 mak jemah yang bila berjumpa banyak beno yang nak dikongsi cerita.

ooopsssss.... penampilan khas.. hahaha..

Saturday, July 4, 2015

Durian di bulan ramadahan

Dimana2 pun orang dok cerita pasal durian sepanjang bulan puasa ni.
Ada moreh disediakan durian.
Ada rumah buat serawa durian. Ada rumah buat bubur kacang campur durian.
Ada juga yang berbuka dengan cendol durian.
Dek tak tahan dengan cerita durian, kitorang pun apa lagi... zass lah mencari lepas habis terawih.
Sanggup plak tak tengok drama M.A.I.D malam tu.

Tak jauh pun dari rumah. Yang senang.
Depan masjid je pun.
Sebab nak makan kat situ dan kami berlima jer.. jadi ambiklah yang paling mahal dijual malam tu.
Sekilo RM12, ambik 3 biji yang bersaiz sederhana.
Sangat puashati. Alhamdulillah.
Bami yang taste sekejap suka, sekejap tak suka, boleh makan paling banyak ulas malam tu.
Ni belum lagi durian yang gred lagi tinggi..

Rasa macam nak makan lagi laa....

Thursday, July 2, 2015

15 Ramadhan



Si comel Alya sedang mengira.

Kira 15 hari kita berpuasa.
Alhamdulillah... dipanjangkan usia untuk menjalani ibadah.
Semoga apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Nya.