Cuti hari ni.
Kita duduk rumah je saksikan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong XVI.
Semoga Tuanku dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.
Negara Malaysia terus maju dan aman.
Pages
▼
Tuesday, July 30, 2019
Sunday, July 28, 2019
2H 1M Tamara Residence, Putrajaya
Kali ni Shohari Clan menginap di Tamara Residence Putrajaya sempena sambut birthday ahli keluarga yang lahir pada bulan 4,5,6 & 7.
Semuanya berjumlah 17 orang.
Pitamm.. beli hadiah hahaha..
Ayah book dari booking.com, semalaman RM200
Apartment 3 bilik.
Check in jam 2 pm.Sebelum tu singgah di SAS sebab ada Old Boys Weekend (OBW).
Biasanya mereka ada dinner, tapi kali ni lunch.
Bawa sekali Ain, Adnin dan Adam.
Seawal jam 3.30 dah turun mandi.
Kebetulan baru lepas hujan jadi cuaca sedang elok.
Ibu lah tunggu mereka sementara mak2 mereka menyusun makanan dan makan2.
Dalam jam 9 pm sama2 nyanyi lagu birthday.
Gamat dan gawat hahaha..
Ini pun ada yang tak join Aiman, Izzatun, Cik Cha, Cik Fatin & Cik Otin.
Amboiiii..... Amira! Cantiknya rambut awak.
Kek Cik Ami dan Cik Awie sponsor.
Cik Nora bawak moi dan Cik Elis bawak mi goring.
Ayam panggang dari chef Cik Wada.
Sangat lembut dan juicy.
Beratur mengambil hadiah.
Tukang bagi hadiah pun nak bergambar juga.
Seronoklah mereka dapat hadiah banyak.
Katanya bukan Cik Ami punya semua.. yelah,... untuk 3 orang.
Beg dari jeans... ni Cik Ana bagi.
Amboiii Ali... syioklah dia dapat banyak hadiah!
Ni si bujang2 mandi sampai ke petang.
Pagi lepas sarapan mereka turun pool lagi.
Ibu duduk rumah je... kemas2.
Check out awal sikit 11.30 am sebab nak makan kat dulu.
Sorry Ali... kami nak main dulu.
Masakan N9 di Warung Kito, Prescint 15..
Restoren kakak Manja, anak buah Cik Ana.
Kepedasan yang toleren hihihi..
Sedap dan harga berpatutan.
Tak sempat gambar beramai2 di homestay.
Kita bergambar di depan Warung Kito.
Sehingga bertemu di lain sambutan hari lahir.
Sunday, July 21, 2019
Twenty Trees Boutique Hotel, Shah Alam
Hotel ni yang kita stay sempena Bon Odori 2019.
Dalam 1.3 km gitu.
Ayah book melalui Booking.com
RM80 semalam.
Check in jam 2.00 pm.
Berstatus Butik hotel yang mampu dihuni.
Sebelum ni Suunah Kekabu Hotel sebelum bertukar pengurusan.
Bilik2 style kayu 2 tingkat katil.
Bilik kami di tingkat 5, bilik no. 502.
Ini katil atas.. ada tangga kayu.
Almari kayu yang sangat praktikal.
Naik tangga ada peti sejuk mini. Tv pun ada mengadap katil bahagian atas.. terlupa ambil gambar😀
Ini katil single di bahagian bawah.
Bilik air.
Ok.. family picture sebelum balik.
Reception.
Lobi hotel.
Di sebelah pintu masuk.
Di hadapan hotel. Kami check out awal jam.10.30 pagi sebab nak brunch.
Overall.. best hotel ni. 3* bintang. Cuma tak boleh duduk lama2 sebab bilik bersaiz kecil sesuai untuk kami berempat tidur. Takde aktiviti lain nak buat.
Sebelah tu pulak ada budak2 muda stay.. lepas subuh boleh dengar mereka dok bersembang😂😂
Saturday, July 20, 2019
Bon Odori 2019
The girls happy sangat dapat join festival ni.
Dari last year cakap nak pakai kimono.
Last 2 weeks baru teringat pasal Bon Odori ni. Kalut gak cari kat shopping online. Yang cantik2 tu pre order.. ada yg 20 hari shipping.
Nak sewa jauh2 lah pulak butik tu. Until Cik Elis bagitau ada jual bundle kimono kat One City Mall. Tu yang bergegas ajak Imran tolong drive sebab ayah balik kampung.
Ada nampak kami happy😂
Masa di hotel Wafi dah macam nak tak nak pakai kimono tu. Ada je yang tak kena.
Ibu dah siap2 bawak baju extra takut panas. Sebab dalam tu pakat tshirt nipis.
Alhamdulillah.. kami sampai pun dah jam 6 pm.. cuaca panas Malaysia lah gitu.
My little petunia😀
Masa ni orang tak ramai lagi. Style budak2 sekarang ambik gambar tutup mata😁
Obi/bengkung tu tak berapa kemas.. patut dalam tu bubuh macam plate baru nampak kemas.. itu pun bila tengok youtube.
Banyak gerai2 makanan disediakan yang basically semua makanan jepun... pilih je ikut poket 😀
Bagi gerai yang tak halal ada diletakkan tanda "non-halal" besar2.
Nak beli makanan memang kena bersabar sebab beratur panjanggggg...
Ibu beli yang tak beratur... senang.. takde nak berpanas2.
Piknik tepi padang.
Ni yang ibu beli... ada juga cotton cheese cake.
Ayah pun ada beli juga tapi tak ambik gambar lah pulak.
Instant ribbon.. tengok fesyen lain pun lawa2 lah sangat.
Girls join the dancing kat bawah.. ikut je dancer kat atas pentas tu.
Ramai join dan semua happy. Ibu tukang ambik gambar😀
Bon Odori ni anjuran Japan Club Kuala Lumpur, Japan School Kuala Lumpur, Embassy Japan dan co join beberapa persatuan lain.
Ini kali ke 43 diadakan di KL tapi bertempat di Stadium Matsushita Shah Alam. Sambutan terbesar di luar Jepun. Juga diadakan di Penang.
Sebelum balik sempat bergambar dengan si comel.. kawi suka sangat mekap budak tu.
Ibu sangat suka dengan pengurusan Bon Odori ni... MENEPATI MASA.
Opening drum jam 7 pm.. memang sharp... begitu juga lain2 program.. memang ikut jadual. Festival habis jam 9.30 pm. Time tu juga dia habis dan malapkan.lampu sedikit demi sedikit.. jadi ada masa untuk pengunjung bergerak.. tak de lah yang nak lepak lama2.
Kemudahan kotak sampah memang banyak dan teratur. Tandas dan surau surau sementara juga disediakan.
Bas percuma ke KTM juga disediakan dan untuk yang parking di kilang2 berhampiran yang disediakan sehingga jam 10.30 malam.
Jalan balik memang congested tapi moving. This year since kami duduk hotel... balik jalan kaki je dalam 1.3 km. Pergi kami ambik Grab RM7 sahaja. Balik lebih baik jalan sebab lebih mudah.
Ok.. itu sahaja coretan Bon Odori tahun ini.
Jika ada kelapangan kita join lagi tahun hadapan.
Insyaallah.
Sunday, July 14, 2019
SAHTK Julai 2019
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Julai 2019 hari ini.
Kita fun walk.
Ibu drive.
Bulan ni tema reycle kot kalau tak silap.
Tak register kat jomrun pun.
Sebab rasa leceh plak nak ambik tshirt2 tu.
Dengan omey yang sentiasa bagi sokongan tapi half way muka dah masam😬
Potong kayu dulu.
Dapat keychain.
Breakfast dulu tapi kali ni tak join piknik Dhuha sebab nak balik cepat.
Kain baju sekolah tunggu untuk digosok huhu..
Ada juga kondangan.
Alhamdulillah... setelah 2 bulan berehat.. badan pun dah lemau.
Jam 12 noon dah take a nap after setel house chores.
Jam 2 pm bangun dan sedia untuk pergi kenduri.
Balik kenduri rehat2.. jam 3.30 tidur lagi... 6 pm baru terjaga.
Adeh... banyaknya tidur.
Lepas maghrib lipat kain.
Setelkan sebab lepas isyak nak pergi rumah nenek makan durian.. cik baya bawak dari Jelebu N9.
Saturday, July 13, 2019
Misi mencari kimono
Permintaan kakak widad untuk pakai kimono tahun ini sempena Bon Odori pada 20.7.19
Search yg murah2 tapi delivery takes time plak.
Cik Elis yang suggest One City ada kedai bundle dari Jepun.
#jalanjalanjapan
Ada 2 level.. ini yang bawah.
Banyak pilihan pakaian.
Antara toys.
Set golf pun ada.
Kasut, pinggan mangkuk, dll.
Yayyyy... dapat.
Kimono Kawi RM60, Wafi punya RM10
Obi (bengkung) RM10/pc
Ribbon RM15-RM20/pc
Terompah RM10/pair
Damaged RM145😢😢😢😢
Cara nak pakai kena check kat youtube dulu😁
Fuhhh... mencabar gak.. kena try byk kali ni.