Alhamdulillah.
Semoga 2020 membawa keberkatan buat kita sekeluarga.
Diberi kesihatan yang baik.
Dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
Dikelilingi insan2 tersayang.
Dapat bercuti sekeluarga😎😎
Sentiasa di bawah lindunganNya.
It was nice dik.
Luv u much!!
❤❤❤❤❤
Pages
▼
Tuesday, December 31, 2019
Saturday, December 28, 2019
Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran ke 70
Alhamdulillah... semoga nenek terus sihat selalu.
Dapat beribadat dan berekreasi dengan tenang dan mudah.
25hb Dec 2019, Rabu.
Ayah dah booking homestay kawan di Bandar Tasik Puteri (BTP).
Kita breakfast di warung Panglima.. makan roti canai dan char koay teow.
Sebelum tu ibu dah masak nasi putih, ayam lemak cili api, ikan kembung goreng, ulam dan sambal belacan.
Masak siap2 sebab kat sana nak relax, jahit baju sekolah.
Dekat jam 10 dah sampai. Jadi, Wafi dan nenek mandi pool dulu.
Mandi berdua pun dah macam 10 orang hahah... seronok sangat!
Nyanyi ramai2.
Tak ramai yang join sebab masing2 ada komitmen sendiri. Yang ada.. keluarga kita, cik ujang, cik elis, cik wada, cik biela dan cik fatin. Mereka sampai dalam jam 12 gitu.
Almost serentak sampai, jadi terus potong kek sebab the kids dah tak sabar nak masuk pool.
Keesokannya, ibu dan ayah memang cuti sebab bak bayar buku sekolah agama dan kebangsaan. Alang2 dah cuti dan ada masa lapang, ayah bawak ke IKEA.
Wafi dengan nenek tak sabar nak makan🤣🤣🤣
Ada lamb shank, bebola daging, chicken wing, mushroom, garlic bread, kek, popiah dan cinanamon roll.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.
Selagi kita ada ibu bapa, raikan lah mereka..insyaallah akan ada rezeki untuk kita dan mereka.
Selamat hari jadi mak.. nenek...
Sayang.
Kasih.
Syurga.
❤❤❤❤❤
Saturday, December 21, 2019
3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 3
Seawal jam 8 am kanak-kanak dah bersiap2 mandi di kolam. Pagi ni sajian breakfast beehoon goreng by ibu... 2 periuk noxxa masak. Setiap satu 2 bungkus. Versi pedas dan kurang pedas. Cik Elis buat telur hancur sebab nak habiskan telur.
Seperti biasa teh-o dan the susu 2 jug besar untuk cater 43 orang.
Jam 11.30 ready untuk check-out walau plan asal jam 10 am. Since the kids nak mandi pool dulu. Layankan je lah diorang.
Ready untuk ke destinasi seterusnya.
Depan homestay.. rumah 1 tingkat 2 dan rumah 2 di tingkat 3.
Nenek belum berapa sihat. Masih batuk2. Kena habiskan ubat antibiotic sebab doctor kata ada bunyi sikit. Sejak balik dari umrah, batuk masih ada. Masa ibu tulis blog ni dah banyak kurang. Tidur malam pun dah jarang dengar batuknya.
Grup foto... Cik Hannis, Cik Man dan Cik Nora sekeluarga dan balik malam tadinya sebab komitment kerja manakala Cik Nora, baby Syahmi demam. Susah tidur malam. Better balik lah sebab ni 1st time baby keluar jauh.
Keluar dari homestay, bergambar dulu di Bandar Agacia, Kampar. Tarikan di situ.
Takde orang pun masa kami sampai. Ada bangunan yang dah agak using dan cat pun sudah pudar.
Ini di belakang hotel Elyss.
Pintu pondok telefon ni pun dah tanggal. Vandalism di mana2.
Ini di belakang bangunan yang colourful.
Celah2 bangunan pun boleh.. cuaca mendung macam nak hujan.
Selepas itu ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta.
Tiket masuk :-
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM2
Yang tak bestnya, penerangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa Melayu sikit sangat dan macam hampir tiada.
Layankan je lah Cik Fatin. Ni salah satu equipment yang digunakan untuk melombong.
Selepas itu terus ke Capati Corner, Chenderiang.
Lunch di sana. 20 minit je dari Kampar.
Ada naan cheese yang sedap.
Selepas itu hantar Kakak Widad ke rumah ummi.
Keluarga kita, Cik Ujang dan Cik Elis.
Sempat lagi driver tidur2 dulu.
End up jam 5.30 pm baru gerak balik ke Klang.
Sampai rumah jam 9 pm dan sempat takeaway McD untuk dinner.
Thanks to The Trails of Kampar.
Penginapan yang sangat selesa.
Highly recommended.
Percutian yang menyeronokkan dan looking forward for another vacation.
Friday, December 20, 2019
3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 2
Seawal 6.30 am dah bangun.. siap2 buat breakfast.
Cik Elis buat kuay teow dan nasi goreng. Buat banyak2 sebab nak bawak berkelah.
Masak pun guna noxxa je... ada dapur gas tapi takde gas.. yang ada induction cooker tapi periuk kecil. Noxxa ada 3 tapi 2 wayar je bawak. Bila nak balik baru perasan tuan homestay ada wayar extra. Tak mengapalah... semua masakan pun berjaya dimasak.
Ibu sediakan the-o dan the susu.
By 8 pagi semua dah siap.. makan siap2 sementara tunggu rumah no 2 datang makan je.
Belakang almari tu ada washing machine dan dryer.
Sebelum xtvt sukaneka.
Kali ni t-shirt kuning diraja.. sempena warna bendera perak.. ehh tak lah. Kebetulan je pun. Sengaja pilih warna terang supaya dalam gambar nampak menyerlah.
Sekali lagi. Kiri kanan ada rumah. Kami main kat tengah2 jalan tapi takde lah banyak kereta lalu lalang masuk ke kawasan parking mereka.
Kalau boleh bayangkan belakang tu laut... ahh seronoknya. Kawasan ni dikelilingi pokok pain jadi sejuk je rasa tambahan cuaca pun redup dan kadang kala hujan renyai2.
Warm up dulu pagi2.
Masa mereka mulakan sukaneka, ibu dan ayah bawa nenek ke klinik sebab nenek batuk2 dan demam.
Jadi tak merasa lah main.
Lepas hantar nenek, kena bawak Cik Nora pula bawak Syahmi jumpa doktor. Kat sana tak boleh beli ubat macam tu je, kena bawa baby juga. Farmasi pula tutup hari ahad. Patient pula dah ramai. Masa kami datang mula2 sorang je patient.
Sementara tunggu tunggu doktor panggil, bawa Nazirah ambil gambar di Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta yang sepatutnya pergi pada hari esoknya. Muzium ni kat tengah pecan dan betul2 depan Klinik Menglembu.
Lepas habis game, kami menuju ke Sungai Jahang untuk makan durian dan berkelah.
Sampai2 bentang tikar dan makan dulu. Mereka makan nasi goreng dan kuay teow yang dibawa dari homestay. Juga kerepek pisang fresh nenek goreng.
Tak lama hujan pulak turun.. kami berteduh di tepi2 homestay. Hujan on & off.
Air sungai dan kawasan bersih. Sungai tu mereka buat water rafting. Dengarnya seorang RM180 gitu.
Budak2 suka lah sangat mandi.
Sementara tunggu durian yang lewat datang, sempatlah ibu dan ayah makan laksa dan mi rebus di gerai depan pintu masuk. Sedap eh.
Sampai 80 kg Cik Zie order durian kampung dari kawan study dulu. Durian kampung memang terbaik. Adeh terasa kesedapan dan freshnya.
Kami gerak balik dalam jam 5.30 pm gitu.
Balik sempatlah budak2 ni mandi kolam lagi.
Ibu2 masak untuk dinner. Ayam panggang noxxa ala Kenny makan dengan salad resepi ummi. Ada juga nasi putih dan sambal sardine yang dah kami masak siap2 pagi.
Lepas tu ada aktiviti tukar2 hadiah dan pemberian hadiah hari jadi yang lahir bulan 8 hingga 12.
Ibu dapat hadiah dari Cik Baya dan ibu punya diberi kepada Cik Nora.Semua berkumpul.. pakai baju trip tahun lepas.. nak Nampak meriah.. ada juga yang tak jumpa baju hahahhah..
Nyanyi lagu birthday tapi takde kek sebab tak beli pun dan tak larat nak makan kek malam2 hehehee.. Sampai ke dapur duduk.
Antara hadiah harijadi yang kakak Widad dapat.
Lepas tu aktiviti indoor game lah pulak.. ada dam ular yang CikBiela buat sendiri dan kayuh motor kot nama game tu... tepuk tepung.
Jam 10.30 masing2 balik ke rumah sendiri.. dah sunyi rumah no 1 sebab takde budak kecik. Sempat kemas dan cuci2 baju. Boleh sambung tengok Gegar Vaganza semi final.
Wednesday, December 18, 2019
3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 1
Percutian yang dirancang hamper setahun akhirnya terjadi juga tapi destinasi bertukar.
Sepatutnya ke Kedah tapi dek kerana kekangan masa dan komitmen kerja, Kampar Perak terpilih. Sebulan je plan itu pun itinerary dan t-shirt seminggu baru settle.
Hebat tak hebatnya pengarah program hhahahah... cik wada la sapa lagi.
Pitstop RnR Tapah. Breakfast kat situ.
Cik Elis bawa nasi lemak, bihun-ibu, Cik Ana-nasi goring, Cik Baya-nugget, Cik Wada-tak bawak rasanya :-)
Habis breakfast terus gerak ke Kellie's Castle, Batu Gajah.
Perjalanan slow sikit sebab kenderaan banyak di hiway.
Tiket masuk :-
RM5 - dewasa
RM3 - kanak-kanak
Ni je yang ada... yang lain-lain dah masuk dalam tak sabar2. Biasalah bila dah ramai2 nak bergambar ada je yang tak cukup.
Kawasan ni ada yang terjaga ada yang tidak.. rumput agak panjang.. ada kemuncup.
Di tingkat 3
Cabaran 2007 vs 2019
Sama hahahhah.. mujur cikpatin jadi gadis manis.. bukannya tomboy :-)
Kanak2 riang...
Rumah ni yang mula2 dibina sebelum didirikan istana Kellie.
Selepas Kellie's Castle, kita bergerak ke Tanjung Tualang Tin Dredge (TT5)
Sudah berusia 81 tahun.
Tiket masuk :-
Dewasa - RM10
Kanak-kanak - RM5
Sementara tunggu slot 2.30 pm, kita bergambar dulu. Dalam ni sejuk beraircond. Anak2 boleh tengok tengok tv dulu. Slot setiap 1 jam tapi ada waktu rehat rasanya.
Ada guide beri penerangan dan seorang lagi tolong jaga pengunjung.
Setiap pengunjung diwajibkan memakai topi keselamatan.
Adehh... ini budak nak mama... nak mama je..
Overall cara perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek.
Selepas tu boleh tengok demo cara mendulang dan boleh cuba sendiri.
Satu-satunya kapal korek yang ada di Malaysia.. ditinggalkan untuk dijadikan muzium. Bawah tu tasik lombong ya.. memang kena berhati2 dan safety comes first. MB Inc. tak bertanggungjawab ke atas segala kecederaan/kecuaian pengunjung.
Lepas dari TTTD, terus menghala ke homestay.
The Trails of Kampar. Kami ambil 2 rumah dari booking.com
Satu malam RM200.00
Total semua RM800.00