Pages

Monday, February 28, 2022

YL : EO untuk Wafi

Masa kat rumah nenek Wafi mengadu pening dan sakit tekak. Ayah jemput balik. Sampai rumah ibu suruh mandi dulu.

Sebelum Wafi sampai rumah, ibu dah diffuse Lemon dulu.

Lepas mandi sapu RC kat dada depan dan beakang. Lemon kat kepala. Thieves sapu kat tapak kaki. Diikuti Copaiba.

Sapu pula Myrtle kat dada depan dan belakang.

Semoga cepat sihat ya Wafi.
 

Saturday, February 26, 2022

Dinner di Ink Library Eco Grandeur

Malam ni dinner bertiga je. Ayah ada event bersama Uncle Bad. Bami plak nak main badminton. Kita ajak nenek je lah. Hala ke Eco Grandeur sebab balik nak isi minyak. 

Plan nak makan kat Malumalu. Rupannya dah tutup. Ke tutup malam ni. Pelik pulak. Last decision bawak nenek makan kat Ink Library.

Teh tarik tak de... Thai Latte je untuk nenek.

Ibu choose hot chocolate. Too rich lah hahahha...


Sorrylah nenek... Asean delight dia takde yang berkuah. 


Nasi goreng padprik untuk Wafi.


Nasi goreng cili padi pilihan nenek. Wafi cakap lain kali nak order nasi ni. 


Hula Hawaiian pizza makan share.


Kawi kata susun atur dah tak best. Ambience sebelum ni lagi cool.

Lepas makan bawa nenek masuk Jaya Grocer. Beli buah.


Makanan kat Jaya Grocer kan ada yang pelik-pelik. Jenuh nenek nak pilih.

Layan je lah.
 

Friday, February 25, 2022

Gegaran

 9.41 am hari ni.

Masa buat kerja di ofis, kerusi terasa gegar. Terasa pening sikit. Offismate pun beritahu perkara yang sama. Kat luar takde pun lori lalu. Dalam beberapa saat berlaku tapi terasa gegarnya. 

Agak-agak ada gempa bumi. Takde pun kena keluar dari bangunan.

Ramai yang merasai gegarannya.

Tunggu news.

Akhirnya laporan dari Jabatan Meterologi Malaysia dikeluarkan.

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 di Utara Sumatera Indonesia.

Semoga baik-baik sahaja semuanya.


Thursday, February 24, 2022

Jamuan Akhir Tahun SK

Minggu lepas cikgu ada beritahu akan adakan jamuan akhir tahun di kelas masing-masing ikut kumpulan. Minggu lepas kumpulan A. Minggu ni lah Wafi jamuan Hari Selasa. Semua kelas buat pada hari yang sama. Masa Ibu Hawa post gambar makanan kumpulan A tu nampak banyak makanan berat.. terutama kek dan desset lain.

Jadi ibu beri idea kat Wafi untuk buat goodie bag je.. Jadi kawan-kawan boleh bawa balik.

Ini yang kita sama-sama pack.
Kit-kat, Nips, Sour + candy dan Orihiro jelly. 

Ibu Hawa post makanan yang anak-anak bawa.

Meriah sungguh.

Ibu dok belek-belek kenapa takde goodie yang Wafi bawa.
Hah.. sudah.. takkan Wafi malu nak keluarkan sebab ibu bawakan itu je.
Lantas ibu whatsap kat Ibu Hawa.


Ada...
Ibu Hawa letak di kaunter jajanπŸ˜€

Inilah kali pertama ibu bawakan makanan segera berbungkus. Kebiasaannya ibu akan masakkan makanan jika ada anak-anak jamuan di sekolah. Kecuali goodie bag masa sambutan hari lahir di tadika/taska Wafi.

Rupa-rupanya ada sahaja ibu bapa yang biasa bawakan anak-anak makanan seperti roti, biskut, jajan-jajan, air kotak dan sebagainya.

Owh... ibu ketinggalan zaman rupanya.
Oldskool gitu!
 

Wednesday, February 23, 2022

IG


 Ibu pun dah lupa yang dulu ada IG.. rasa zaman2 IG baru mula. Ikut trend.

Gambar Abang Imi dan Wafi ni ibu pun dah lupa.

10 tahun lepas.

Time flies.

Dari kecik sampai besar Bami rajin layan Wafi.. tapi sekarang lebihlah lawan bergurau.


Ok dah gantung!

Semalam Wafi tanya kenapa kraf yang dia bagi masih ada atas meja. Rasanya dah kali kedua dia tanya. Ibu bagi alasan terlupa bawa😁😁😁.
Adehh... tak boleh jadi ni. Nanti muram pulak jadinya.

Pagi ni terus masuk dalam kereta.

Nahhhh... dah gantung kat shelf dalam ofis ibu. 

Setiap hari lah ibu pandang kraf ni. 
Kraf pengganti gambar Wafi hahaha..

Gambar abang dan kakak je ada.
Wafi kan lahir dalam zaman digital!
 

Tuesday, February 22, 2022

YL : Majlis Pembukaan Oilylicious Healthcare

Ticer Watie ada jemput member di bawah naugannya untuk attend pembukaan Oilylicious Healthcare Experience Centre and Business Academy di bandar Bukit Raja. Since majlis dibuat waktu bekerja tak dapatlah ibu nak join. Mesej je lah ucap tahniah.. bila2 boleh terjah.

Masa nak keluar ofis jam 6 pm ada member Oilylicious beritahu majlis masih berjalan. Bolehlah ibu datang sekejap since tempat ni pun dekat je dari ofis.

Kena buat RTK dulu.. itu lah main terjah je hahaha.. mujur mereka ada jual kit kat situ.

Sampai2 jumpa ticer lah kejap lepas tu buat tour dalam Experience Centre tu. Sorang-sorang je lah bila tetamu lain ramai yang dah balik dan ada di khemah luar.

Cantik sangat dalam ni.

EO yang dipamerkan.




Lepastu tour tingkat atas pula.





Besar bilik seminar ni.

Sebelah tu tasik.
Uihhh... cool sangat tempat ni.

Cantik betul tarikh yang dipilih.

Manis (tak tau sesuai ke tak perkataan ni hehe) je warna tema bangunan ni.
Ibu pun tak lama.. dalam 1/2 jam je kat situ memandangkan maghrib makin hampir.
Lainkali boleh datang kalau ada training.

Sempatlah ticer minta tapaukan sate since ibu puasa hari ni.. adehh.. tetamu bawa berkat balik huhuhu...

Semoga terus sukses Ticer Watie and Oilylicious.

Kisah Si Patrick

Hari Selasa di sekolah Wafi ada sambutan Hari Kanak-Kanak 2021. Aktiviti yand dijalankan adalah Pertandingan Pakaian tema frontliner.
Ada juga  Pertandingan Mencipta Karya menggunakan bahan plastisin.
Cikgu galakkan murid-murid praktis dahulu di rumah.

Bagi murid Tahun 5 temanya adalah Watak Kartun

Since ibu beli dahulu plastisin jadi Wafi kena cari kartun yang memenuhi kaler yang sesuai. Alahai.. dahlah tak banyak warna yang ada.. ambik je lah!

Perbincangan antara Wafi dan Bami sepakat untuk buat karaktor Patrick dalam kartun Spongebob Square Pant. Abang kena tunggu dan bagi idea (arahan ayah😎😎).

Ini halfway buat.
Ok.. muka dah ada.
Tinggal tangan, kaki dan seluar.
Lewat jugalah Wafi tidur.

Esok paginya Wafi kata mengantuk sangat tak boleh bangun.
Tak mahu pergi sekolah.

Hurmmm...

Petang ibu balik kerja Wafi tanya ada beritahu tak kat cikgu yang dia tak ke sekolah.

Ibu kata takde... sebab takde alasan nak beri.
Takkan nak bagitau tidak hadir disebabkan mengantuk!

 

Sunday, February 20, 2022

Kraf tangan oleh Wafi

Wafi hadiahkan craft ni bila dah siap. Ibu suka sangat. Warna sangat mendamaikan. Lembut.

Kraft ni Wafi beli di MrDIY. Manik-manik tu kena lekatkan guna sejenis alat yang disediakan. Ada numbering so senang nak match.

Kalau tengok sekali imbas macam cross stitch.

Ni ibu nak letak kat office.. cam lama tak deco2πŸ˜…

Saturday, February 19, 2022

Penyampaian Hadiah UPKK 2021

Hari ni ada Mesyuarat PIBG SRA kali ke 14 dan diadakan juga penyampaian hadiah bagi pelajar UPKK yang menerima keputusan 8A, 7A & 6A.

Wafi datang ke sekolah dengan ayah je since ibu kerja.

Mesyuarat dulu.

Video yang sempat ayah ambil.


Murid dapat hadiah wang tunai.
8A - RM50
7A - RM40
6A - RM30

Ibu minta ayah ambil gambar di sekolah, kat rumah pula yang diambilnya.

Tahniah Wafi!


 

Thursday, February 17, 2022

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2021

Hari ni Wafi datang ke sekolah untuk menerima Anugerah Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD ) bagi Kelas 5 Alfa.
Semalam datang sekolah untuk rehearsal.

Gambar yang diambil setibanya di rumah. Sekolah juga sediakan jurugambar tapi belum dapat lagi gambar rasmi.
Adehh.. baju tu basah sebab kena air boba masa nak masuk kereta tadi.

Senyuman manis sekali.

Rupanya ada plaque dalam beg tu. Nampak Adam punya baru tau.
Ambil gambar ni je lah sebab Wafi pun dah tukar baju sekolah.

Tahniah Wafi.
Semoga terus istiqomah untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Kejayaan Menuju Kebahagiaan.


Edited : Video ni Ibu Hawa baru hantar. Jadi ibu save di sini sebagai kenangan.

Pagi yang mendamaikan

Yeayy.. hari ni ibu ambil cuti tahunan sempena Hari Anugerah sekolah Wafi. Walau majlis tiada kehadiran ibu bapa, ibu ambil peluang untuk ambil Wafi balik sekolah. Bagi support atas usaha keras selama ini. Pagi memang ibu hantar seperti biasa. Kalau tengahari biasa balik dengan Paklong.

Leas hantar wafi ibu dan kakak briskwalk kat Hillpark.




Cuaca sangat baik hari ni walau agak mendung.
Kakak dapat lari hampir 10.72km.
Ibu relax-relax je dapatlah 6.53km

Cuaca yang agak dingin kuranglah rasa lelahnya berlari.

Lepastu singgah Paya Jaras sebab Kakak Widad nak hantar makanan kat classmate Poli.

Terima kasih Cik Fatin pinjamkan Cik Bezza hari ni. Kereta ibu ayah bawa sebab semalam tak sempat hantar bengkel.

Jam 11 singgah restoren Nasi Ayam Hot untuk brunch.

Alang-alang nak ambik wafi tunggu je lah kat depan sekolah. Masa tu baru jam 12 pm.. Ada 40 minit lagi Wafi keluar. Bolehlah layan Descendents Of The Sun. 
 

Sunday, February 13, 2022

Meraikan Pengantin Syakir & Zawiah

Minggu lepas majlis pernikahan sepupu ibu Syakir dan pasangannya Zawiah di Tanjung Malim. Minggu ini pula majlis menyambut menantu yang di adakan di Dewan Mawar Biru. Teruja nak pergi sebab ini pertama kali masuk ke Mawar Biru walhal tiap-tiap hari lalu dewan ni. Hanya 1-2 minit sahaja dari rumah.

Masa ibu sampai, family Cik Elis, Cik Baya dan Cik Ami nak gerak balik rumah nenek. Nenek pulak kena stay hehehe... nenek usu tak bagi balik dulu. Wahh.. seronok anak-anak dapat set colouring book.



Sebelum tu mereka ada share gambar di grup whatsap.

Bersama Cik Wada, Ali dan Indah Cempaka.
Since kita sampai jam 12 noon tunggulah setengah jam lagi pengantin sampai.

Paluan muzik kompang bergema menandakan pasangan pengantin tiba di dewan.

Masuk dewan diiringi Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Pasangan berpakaian moden menuju ke meja beradab untuk makan bersama rombongan pengantin.

Budak comel ni pun sampai sama.
Yummy.. yummy baru baik demam.

Cik Cha dan nenek.

Waktu ni tetamu agak ramai. Juga disediakan khemah di luar dewan.

Pasangan di meja beradab.
So sweet.

Acara memotong kek.
Sempat lagi ayah candid gambar ibu tolong potongkan kek.

Ambil gambar dulu dengan pengantin.

Freestyle katanya.

Selamat Pengantin baru Syakir dan Zawiah.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Bahagia sehingga akhirnya.
Dikurniakan anak-anak yang comel2.

Bersama atuk usu Turiman dan nenek usu Lailiah.

Terima kasih usu atas jemputan.
Semoga majlis terus berjalan lancar.