Pages

Wednesday, March 30, 2022

Bila Tayar Flat



Masa undur kereta terdengar bunyi gedegang.
Alamakk... terlanggar kucing ke. Bila check tayar sudah flat.
Minta abang Imi hantar Wafi dulu naik motor. Masa kejutkan Bami, dia mamai2 lah sekejap. Lepastu Bami cuci2 muka ambil dompet dan helmet.

Wafi tanya Abang Imi... pakai kain pelikat je ke? (sambil tersenyum sinis)
Kain je lah... abang dia jawab.
Ok lahhh... kalau kawan kita tanya, kita cakap itu pakcik kita.
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Dah jauh baru teringat nak ambil gambar.
So sweet๐Ÿ˜€

Kalau bukan disebabkan tayar flat, takde nya Wafi nak naik motor dengan abang dia.
Entah apa yang dimalukan pun tak tau.

Terpaksa minta bantuan Cik Ujang.
Nak tunggu Honda Assist lambat sangat lah pulak.
Masa call jam 7 am tu, mereka kata akan hantar mekanik dalam 1 jam.. ok lah.. tunggu.
7.45 am mereka kata tak ada mekanik yang berdekatan. Hanya tow truck je yang mereka boleh hantar. Aiseyyyy... tayar flat je bukan breakdown takkan nak kena tow plak.

Lagi satu cadangan mereka kalau ada mekanik luar boleh juga panggil lepastu caj tu claim balik kat Honda. Aduhhh... satu hal plak lah nak cari mekanik pagi-pagi ni.

Last solution panggil Cik Ujang lah.. mujur tak pergi kerja lagi. Kalau boleh taknak kacau.

Cik Ujang kata tayar sotong๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Barulah tau ada panggilan tayar sotong sebab ia bersaiz lebih kecil.
Lepas tu Cik Ujang kata dalam kereta ada lipas ke.. kenapa ada telur lipas.
Adehhhh... manalah nak tau... lepas beli kereta tak pernah pun buka kat bahagian tayar spare tu๐Ÿ˜Ž


Cik Ujang pam angin je sebab ibu boleh bawak terus ke kedai tayar.
Sebelum tu confirmkan dulu sempat tak sampai hahha...
Ada 1 kedai ni berdekatan tak sampai 3 km tapi Cik Ujang kata hantar je gi kedai tayar yang biasa pergi.
Oklahh... ada 1/2 jam lagi kedai tu buka.. boleh tunggu sana kalau belum buka.

Fuhhh... berdebar je sepanjang perjalanan tu. 
Siap buat patching RM5.

Agak lama tak pergi kedai tayar... kalau tak silap sebelum ni RM4.
Dah naik harga rupanya๐Ÿ˜
 

Monday, March 28, 2022

Ulangtahun Kelahiran Inche Jalan Rebung ke 49

Preparation harijadi ayah simple je lah hari ni. Wafi tanya kenapa tak beli barang deko-deko.
Ye lah.. tak terfikir plak hahhah.. biasakan Wafi yang akan pilih dekorasi dan hias cantik-cantik.
Balik dari TH tu singgah Secret Resepi je... tak teringat nak singgah tempat lain disebabkan cuaca yang panas.

Beli kek pun seorang satu.

Makanan order di Jadoos.
Set ni anak-anak suka sebab ada nasi goreng cina yang mereka sangat gemari. Ada juga oglio olio, fries, wedges, kambing bakar dan ayam grill.

Pakcik Rizal owner Jadoos dan merupakan kawan ayah beri makaroni cheese untuk birthday ayah. 

Balik kerja terus celebrate.

Hadiah dari anak-anak.
Mereka share duit beli jersi.
Ngam-ngam hadiah ni sampai hari ni. Itu pun Abang Imi dan bising kat seller sebab lampat pulak sampai padahal sebelum-sebelum ni sampai awal.


Dah tukar baju baru potong kek hahah

Selamat hari lahir ayah yang ke 49.
Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.
 

Tabung Haji dan Cendol Klang

Bila baca di media sosial yang pemegang akaun kanak-kanak Tabung Haji perlu menukar akaun ke dewasa dan tarikh akhir dalam bulan Mei 2022. Lambat-lambat risau ada hal lain pulak. Jadi kita buat juga lah tukar akaun. Mujur Abang Imi dan Kakak Widad free. Itupun selepas kelas online kakak kita pergi. Kebetulan ibu clear leave.

Disebabkan hari Isnin dalam kepala dah set akan ambil masa dan ramai orang.

Jam 1.30 pm macam tu kita sampai. Rezeki kami tak ramai sangat.. dalam 2-3 orang je angka giliran tu.
Kiranya no akaun semua sama.. baki duit pun takde transfer ke mana2, hanya tukar akaun ke dewasa sahaja.
Sebelum ni kan under nama ibu juga, jadi ibu kena tandatangan borang juga untuk penukaran status akaun.

Siap buat online banking terus. Username dan password semua ibu simpan juga. Dah pesan kat anak-anak, since ibu yang deposit duit tiap-tiap bulan, jadi tak boleh keluarkan duit sewenang-wenangnya tanpa persetujuan ibu. Jika keluarkan walau RM1, ibu tak akan depositkan duit lagi.

Dah setel dapat souvenir ni.
Ehh... dah boleh pergi umrah atau haji.
Insyaallah.. tunggu sahaja panggilan TH ye anak2.

Keluar je TH, Kawi cakap craving rojak lah.. ingatkan ada lagi Rojak Klang yang femes (atuk suka lepas balik hospital singgah). Rupanya tempat tu dah under construction.
Pusing dua kali juga nak cari parking.

Rojak kat Pasar Jawa Klang.

Seorang sepinggan.

Makan duduk kat kerusi je.. tempat ni memang takde meja.

Habis semuanya... sedap. Semua kelaparan since ada yang tak makan lagi.
 

Sunday, March 27, 2022

Makan Tengahari di Kancil Raja Patin, Temerloh

Dah nama pun berjalan-jalan ke Pahang jadi perjalanan balik pun singgah lagi ke Temerloh mencari ikan patin tempoyak lagi.
Kali ini makan di Kancil Raja patin, Temerloh.
Late lunch lah sebab jam pun dah menunjukkan pun pukul 3.45 pm

Set yang kami ambil.

Patin pais

Tak sempat nak capture gambar kakak dah ambil dulu sebab lapar.
Barulah kena dengan tekak kami sebab kurang pedas, ada rasa masam dan manis.
Jadi pilihan kami patin tempoyak di sini sebab menepati selera kami berbanding Go Bang Maju.

Owner.
Baru nampak ranking pilihan masakan di sini.
1. Patin bakar
2. Patin pais
3. Patin tempoyak

Ayah di hadapan bangunan Kancil Raja Patin.

Ok dah boleh balik Klang.
Rupanya hari Ahad hari jem.
Sempat singgah solat di RnR Genting Sempah.
Sambung balik jem.

Sampai rumah jam 10.30 malam
Pengsan.
Kaki ni dah rasa nak tanggalkan.

Alhamdulillah short holiday sempena hari jadi ayah esok.
 

Muzium Pahang/Muzium Sultan Abu bakar

Muzium Pahang.

Hamboii.. ambil gambar pun macam nak gaduh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Bayaran masuk dewasa RM10, kanak-kanak percuma
Oh ya.. sebelum masuk tu mereka beri plastik seorang untuk mengisi kasut. Maka jinjing lah beg plastik sehingga pintu keluar.

Galeri Kesultanan Melayu Pahang.
Gambar senget sebab ini laluan masuk.



Hensem Tengku Mahkota ni. Lembut je tengok muka baginda,



Ibu tertarik tengok persalinan diraja ni.

Wafi kata jom lah beli kerusi kuning camni..
ehh.. takmo ibu๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Galeri Kehambaan๐Ÿ˜Ž



Cantik pulak pokok menjalar ni semasa kami memakai ksut sebelum meneruskan ke galeri yang lain.


Galeri Personae Inderapura



Kat muzium ni nak describe pun banyak benda. jadi kena datang tengok dan baca perlahan-lahan.

Ini di luar muzium.

Ada lagi keretapi lama tapi kami ak pergi ke sana sebab Wafi dah merajuk asbab kakak Widad tertarik tudungnya.

Ibu malas nak pujuk. Abang je yang dapat pujuk. 
Ibu tanya abang.. kalau ada 5 orang adik perempuan camne lah Bami nak pujuk?
Jawapan Bami.. tak ada nya semua jadi macam diorang..
hahhahahaha..
konfiden.
Mujur ada 2 adik perempuan je!
 

Jalan-jalan Sekitar Bandar Pekan

Lepas breakfast jalan-jalan sekejap di pekan Pekan.

Masuk pasar besar.

Ambil timun mini ni sebab teringat makan di Terengganu buat ulam.
Kat Klang tak jumpa pula.

Beli jeruk bawang putih, belacan dan gula gerek (nise).

Beli ikan masin kat sini. belakang tu bahagian basah, tak masuk situ sebab takde nak beli.

Masjid Sultan Ahmad Shah

Masjid Sultan Abu Bakar

Muzium Masjid Sultan Abdullah 

Kalau fountain ni dibuka pasti view lagi cantik kat sini.

Muzium Masjid Sultan Abdullah ni bersebelahan denga Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang).
Masa kami datang semula tengahari muzium masjid di tutup pula.