Ibu cerita serba sedikit tentang perjalanan Abang Imi daftar sebagai pelajar baru Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.
27 Oktober 2022 - Pagi terima surat tawaran Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian melalui website Unisza. Abang Imi belum bagi kata putus.
Ibu pulak memang tak pernah lah dengar degree ni. Ye lah.. masa kat UUM, 20 tahun lepas cuma ada Accounting, IT, Business dan Public Admin.
Ibu pun tak sure sangat patut atau tidak abang Imi terima tawaran ni sebab sebelum ini abang Imi ambil jurusan Business Admin.
Ibu minta Bami buat solat istiharah minta petunjuk dari Allah. Sambil tu google lah tentang course ni.
28 Oktober 2022 - Tengahari baru Abang Imi sahkan terima tawaran sebab tarikh tutup jam 5 pm. Tak apalah accept dulu.
In between tu Abang Imi masih tak sure nak pergi ke tidak.
Ada issue dengan kesihatannya pula.
Ibu plak sampai rumah dari ofis almost jam 8 pm.. hantar Bami dulu ke klinik.
Balik klinik Bami masih belum ada keputusan.
sekejap nak pergi.. sekejap taknak.
Ibu ayah dah pening kepala.
Ibu dah rasa Bami taknak pergi.
Ibu baring atas katil nak tidur dah... tapi Bami masih duduk kat sofa di bilik ibu. Hati masih berbelah bagi.
End up, jam 12 tengah malam tu, ayah bagi kata putus... jom lah kita pergi. Ayah suggest kol 5 am bertolak ke KT. (Mujur kita tak bertolak jam 5 am, kalau ya... memang tak sempat daftar lah gamaknya.. ).
Masa ni lah baru nak buat bayaran. Dah buat bayaran baru boleh buat next step.
Kena upload segala dokumen macam result SPM, Diploma, IC, surat beranak, IC ibu bapa dsb.
Kena print juga 1 set dokumen tadi. Mujur lah printer ada ink.. hahah
jam 1.30 baru setel bab dokumen.
Yuran pengajian selama 4 tahun dalam RM11,074, ada subsidi kerajaan jadi end up bayar RM8,230 sahaja. Insyaallah Abang Imi akan guna fund dari Insuran Pendidikan sebanyak RM20K, jadi dapatlah tampung segala yuran pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh belajar. Disebabkan plan insuran Abang Imi tamat tahun 2025, jadi hanya boleh keluarkan RM18K sahaja dulu. Duit tu sebulan lepas ibu dah tuntut dan dah masuk akaun ibu.
Nanti kalau Bami nak sambung master atau peringkat yang lebih tinggi masa tu bolehlah dapatkan biasiswa sendiri. Teringat masa ibu belajar dulu.. dapat pinjaman JPA sebanyak RM16K tetapi hanya bayar 25% sahaja iaitu RM4K sebaik tamat belajar dan sudah bekerja. Tak ingat berapa tahun repayment masa tu.
Berbalik pada cerita Bami😀
Slip Pendaftaran tak boleh access sebab perlu 2-3 hari bekerja.
Ahhh... tak pe lah.. itu nanti setel waktu pendaftaran.
Asal ada surat tawaran dan bayaran kita pergi dulu.
Segala peralatan asrama, Kakak Widad tolong setel. Cari cadar, bantal, baldi, segala mak nenek toiletrries kawi sediakan. bekas makanan dan minuman juga.
Tak lupa makanan kering yang sepatutnya kawi bawa ke Poli minggu lepas, pack masuk dalam plastik.
Yang tak ada kita beli kat sana je.
Ayah kata since ayah pun tak mengantuk lagi why not kita gerak lepas semua setel. Perghh... secepat kilat yang lain pack baju.. mujur lah dah biasa short getaway, jadi dah tau lah baper persalinan nak kena bawa. Target gerak jam 2 am sempatlah Kawi masak nasi goreng buat makan-makan dalam kereta.
Bila dah gerak barulah whatsapp kat Shohari Clan yang kita dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Ibu tak sempat pun nak beritahu yang lain kecuali Ummi. Minta nasihat sikit. Ye lah.. ummi kan anak dah 3 masuk U heehe.
Ibu whatsapp Cik Yah sekali beritahu nak singgah rumah untuk tumpang mandi dan rehat sekejap.
In between tu beberapa kali lah berhenti kat RnR.
Jam 5 pagi kat RnR Temerloh.Ayah makan nasi lemak dan patin tempoyak.
Ibu teringin ayam goreng bila terbau ayam goreng yang baru di letak atas rak.
Ada satu kawasan tu memang berkabus. Jarak penglihatan pun terhad.
Ya Allah... jauhnya la hai Terengganu ni.
Terpaksalah ibu ganti ayah kat RnR Paka. Nak minta Abang Imi drive kasihan lah pulak sebab nanti mesti seharian terlibat dengan Minggu Suai Kenal.
Macamanalah Cik Yah boleh drive 5 hours.. kami 8 jam baru sampai.
Dalam 10.30 am baru sampai rumah Cik Yah.
Bersiap-siap semua, almost jam 12 tengahari baru gerak ke Unisza.
Perjalanan dalam 25 minit. Cuak jugalah kot terlewat kan.. call Urusetia tak nombor tak berangkat pula.
Alhamdulillah sampai juga lah.
Ibu temankan Bami sementara ayah cari parking.
Tak ada orang pun dah masa Bami sampai.. lepas dari tu adalah sorang dua nampak baru tiba.
Simple je pendaftaran. Hanya serahkan Slip Pendaftaran.Rasa ini untuk daftar penginapan je sebab slip penginapan yang diambil.
Since Abang Imi daftar lambat, dapat bilik di tingkat 4 tapi abang ada beritahu kepada urusetia yang abang ada semput jadi mereka carikan bilik bawah. Kenalah tunggu dalam 10 minit camtu.
Alhamdulillah dapat lah abang level bawah je.
Halah.. halah... dah mula monyok.
Rasa nak bubuh hanger je kat mulut tu.Sabarlah Wafi, Terengganu je.. kat Malaysia.. nanti abang baliklah tengok awak!
Tak mahu senyum.
Bilik abang untuk 2 orang. Dia macam apartment, ada 6 bilik dalam tu.
Roomate Bami, Irfan namanya. Orang Terengganu je, Marang.
Nantilah abang bersihkan bilik semua.. Ibu nak tolong lapkan meja pun tisu kat kereta.Penyapu semua nanti Bami belilah kat KOOP. Ibu nak beli kat Mr DIY leceh plak nak bawa ke mall sebab nak cari baju.
Jam 1 pm tu kita tinggalkan Abang Imi.
Alhamdulillah, walau ada hiccup, Allah permudahkan urusan kami💓