Pages

Tuesday, January 31, 2023

Cuti Rehat

Cerita minggu lepas tak habis entry post rupanya.
Back dated je lah.

Hari ni ibu cuti, semalam balik dari ofis terus ke klinik. Doktor bagi MC untuk hari ni. Doktor tanya nak MC tak... eh boleh tanya pulak. Ibu cakap tak perlulah sebab rasa tak demam cuma sakit tekak. Doktor kata you ambillah.. mungkin sekarang tak demam... malam atau esoknya mungkin demam. 

Kenapa tak nak ambik? 
Bila last sekali you dapat MC?

Lama dah doktor, saya jarang MC. Seingat saya, 5 tahun kebelakangan ni takde.. entahlah..
Alhamdulillah Allah bagi sihat. 

So you dah boleh pecah rekod dapat MC.
Ok lah doktor, saya ambil. Kalau sihat esok saya kerja lah. 

Mana lah nak tau, malam tadi demam, awal pagi pun badan rasa tak selesa dengan sakit tekak, selsema dan batuk tiba-tiba datang.

Tengahari dapatlah tengok Wafi bersiap pergi SRA.
Ini ambil gambar pun sambil baring.

Pagi ibu teringin buat bubur kosong, cuma tambah  santan, garam dan lada sulah.
Sedap juga lemak-lemak.
Wafi pulak suka.

Petang kakak buat western food.
Katanya sementara ada Abang Imi.

Jadilah chicken chop, olio aglio, mashed potato dan fries,

Garnish with black pepper sauce.

Abang Imi sukalah hidangan western ni.
Memang favourite Bami lah chicken chop.


 

Gambar Kelas 6 Alfa 2022/23


Ibu simpan sini gambar Wafi bersama kawan-kawan 6 Alfa Tahun 2022/23.


 

Monday, January 30, 2023

Kerang Kayangan

Masa beli barang dapur kat NSK nampak kerang yang masih hidup lagi. Terjelir-jelir lidah dia πŸ˜…. Rasa lama tak beli kerang bila mengenangkan harga dia tu.
Kat sini RM12.99/kg.
Pejam je lah mata, teringin punya pasal. Beli sekilo lebih harga dalam RM15.

Balik cuci-cuci bubuh dalam kuali.
Tambahkan hirisan bawang merah, halia dan sedikit garam. Buka api dan tutup kuali. Ibu takde tambah air. Bila sudah meruap dan ada kerang yang terbuka tutuplah api tu.

Jadilah kerang rebus.
Makan dengan homemade pencicah by Cef Kawi.
Campuran sos tiram, sos ikan, bawang putih, cili padi, garam, gula, perahan limau dan daun ketumbar.

Meratahlah ibu dan Wafi sebab yang lain tak makan kerang.
Sedap.. pedas-pedas.
Itu yang sakit tekak rasanya.
Makan tak ingat duniaπŸ˜‡
 

Sunday, January 29, 2023

Lunch Simple

Tadi hampir tengahari kakak bawa Wafi pergi rumah nenek. Nak tolong kemas-kemas rumah. Ibu tak dapat join sebab sakit kepala dan sakit tekak. Sebelum pergi kakak dah masak nasi dulu. Ikan pun dah siang. Kakak kata nak masak dulu untuk ibu tapi tak apalah nanti ibu masaklah bila dah sihat sikit. 

Jam 2.30 terjaga sebab rasa laparlah pulak. Masak simple je lah. Ayam pun kakak dah defrost tadi.

Campurkan je semua ayam dan sayuran.

Mula2 gorengkan ayam tu yang diperap dengan kunyit, garam, secukup rasa dan sos tiram. Dah half cook baru masukkan lobak dan kentang. Agak dah masak baru masukkan bawang merah, bawang putih, cili 2 biji, cauliflower dan brokoli. Tambah lagi sos tiram. 

Goreng je lah ikan ni.

Dua-dua hidangan plain je sebab tekak masih sakit.

Nanti ayah nak makan bolehlah tambah sos pencicah yang kakak buat untuk popiah pagi tadi.

 

Saturday, January 28, 2023

Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Hari Jadi Keluarga Subang

Pagi ni ingat nak jog, sampai taman hujan lah pulak. Balik rumah je workout. Sebelum tu belilah barang dapur kat NSK. Breakfast pun beli siap. Hari ni gantung kuali je lah.

Jam 3 kita gerak ke Kg Melayu Subang untuk menghadiri Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Hari Jadi keluarga sebelah arwah Nenek Nok. 

Ini sepupu ibu, Acik Fatimah. Ibu panggil Atim. Muda jauh dari ibu. Anak kedua arwah Nenek Nok. Kakak beliau, Acik Ipah telah meninggal asbab kanser beberapa tahun lepas.

Alhamdulillah Majlis Kesyukuran ini untuk Acik Atim setelah selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan. Syukur padamu Ya Allah. 

Selepas pembedahan badan pun makin mengecil seperti sebelum kahwin dulu. Bertambah cantik dan comel.

Semoga Atim sentiasa sihat dan boleh cepat2 buka gerai makan semula. Pasti pelanggan setia dah rindu masakan Atim!

Majlis ulangtahun kelahiran anak Acik Atim dan 2 orang lagi anak buah berjalan dengan meriah. Makanan pun banyak. Suka kalau datang rumah mereka pasti meriah makanan yang dihidangkan.


Ibu ambil ayam dan bebola daging makan dengan kuah sup. Kenyang lagi sebab sebelum datang dah ratah kerang rebus.

Cuit sikit burnt cheese cake Wafi πŸ˜„

Ehh.. ada ambik karipap dan cucur badak. Kalau boleh nak rasa semua food tapi perut tak boleh terima.

Otw balik tu teringin pulak cendol bila lalu sebelah gerai cendol. Ambillah cendol biasa 1, cendol pulut 1 dan cucur udang 4 keping.

Masa bayar terkejut, jumlah semua RM4.50 je. Bila check harga, 

Cendol biasa RM1

Cendol pulut RM1.50

Cucur udang RM2 (1 pc, 50sen)

Ehhh.. ada juga harga makanan yang ibu rasa masih agak murah di sini.


 

Friday, January 27, 2023

Majlis Tahlil & Doa Selamat

Malam ni ibu melapangkan masa memenuhi jemputan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena siap rumah baru rakan sekerja. Kakak nak join bila ibu pelawa ikut tapi Wafi taknak sebab ada plan buat baby pancake. Seorang lagi officemate ibu tumpang sekali since rumah berdekatan.

Sampai je duduk then ambil gambar duluπŸ˜…

Tak lama kemudian majlis pun bermula.

Seronok camni, sembang2 di luar office.

Makan pulak sedap.. lauk2 kampung. Since salah seorang ibu atau ayah Hanim dari utara maka ada gulai kambing + umbut pisang.. memang ngam ler.

Muda-muda la haiii diorang ni. Baya-baya Abang Imi.

Hanim di sebelah kanan sekali. Kalau tak silap, 5-6 bulan join company under ibu.

Zaki dan Habib.

Zaki ni pun under ibu baru join dalam 2 bulan camtu.

Habib ni staff lelaki yang masih bertahan lebih dari 5 tahun.

Dari dalam rumah, duduk pulak kat luar.

Sambung lah sembang. Ingat nak makan laksa rupanya dah habis. Tak ada rezeki. Nak makan food lain dah kenyang pula.

Udahlerrr.. nak mid night dah ni.

Kalau jadi Cinderella dah kena lari laju balik rumah.

Jumpa je lah lagi nanti hari Isnin tapi bila dah masuk office tak dapatlah nak sembang santai camni.

Ibu bersama Yanie, join tak sampai 4 @ 5 bulan tapi terpaksa meninggalkan company for better careerπŸ˜„


 

Burger Malaysia

Burger Malaysia ni Kakak Widad buat malam tadi.
Kakak kata bosan tak buat apa malam. Jadi nak buat snacking lah sikit.
Adoiiii... ini bukan snacking hahhahaa.. berat ni sebab makan pun dah dekat jam 10 pm.
Tapi kakak tak makan sangat pun, bagi Wafi dan Abang Imi makan.

Sedap sangat burger ni.
Lembut dalamnya dan luar rangup.
Aduhhh.. kecur pulak tengok ni.
Malam tadi ibu makan segigit je Wafi punya sebab dah malam nak tidur.

Kakak buat lebih dan frozen kan.
Bolehlah kot nak makan dengan gula macam donut atau makan dengan sambal ikan bilis.
Yummehhh
 

Thursday, January 26, 2023

Pertandingan Nasyid dan Meraikan Hari Kelahiran

Ibu simpan sini aktiviti sekolah Wafi hari ini.

Pertandingan Nasyid sekolah agama.
Kelas Wafi, 6 Firdaus dapat tempat pertama.

Masa mereka sedang perform.

Ibu tak ada pulak dengar Wafi nyanyi nasyid kat rumah.
Kat sekolah lah tu mereka berlatih ramai-ramai.

Sekolah kebangsaan kelas 6 Alfa meraikan hari kelahiran kawan-kawan yang lahir bulan 1 dan 2.
Ada parents yang belanja nasi lemak hari ni.
Alhamdulillah.
Murah rezeki anak-anak hari ini dan Puan Erni sekeluarga yang belanja makan.

Terliur pulak tengok anak-anak ni makan nasi lemak daun pisang.

Rasa nak cari esok 😁
 

Tuesday, January 24, 2023

Gara-gara Jam Tangan

Malam tadi sampai rumah jam 12 malam. Fuhhhh... 12 jam perjalanan balik campur  solat, makan dan segala jenis hustle yang timbul.
Berhenti solat dulu di Surau Tol Plaza Kuang Barat. Masa tu pun dah jam 9 pm. Kemudian teruslah cari dinner dekat2 rumah. Hampir jam 10 dah masa tu. Mujur makanan sampai cepat. Masa tunggu makanan tu lah bermulanya episod yang tak best.

Wafi ooo Wafi.

Ma.... jam kita!
Tertinggal kat surau.

dinggggggg

Kenapa mama tak ingatkan kita ambik jam tangan.

Ehhh... dia ni.
Ibu dah mula hijau.
Sendiri tak ambil boleh pulak salahkan ibu 😑😑

Masa tu Wafi dah nangis-nangis.

Ayah cakap lepas makan, pergi semula ke surau LATAR.
Kalau ada.. adalah.
Karang tak pergi cari Wafi murung.

Abang pujuk.

Dah jangan nangis.
Laplah air mata tu.

Masa makan air mata masih berjujuran.
Makan pun tak habis.

Jam dia sayang.

Jarak dari area rumah ke surau Plaza Tol Kuang Barat tu dalam 23km tapi masalahnya tak boleh u-turn situ... dah kena lajak ke depan lagi hingga Plaza Tol Taman Rimba Templer, kat sana baru boleh u-turn.
Haishhhhh... adalah dalam 16km lagi ke depan.

Sampai Surau Tol Plaza Kuang Barat tu dah jam 11 pm. Cepat-cepat masuk dengan perasaan berdebar-debar.

Alhamdulillah... masih ada tersangkut elok kat situ.
Geramlah dengan Wafi ni. Boleh eh sangkut camtu je. Dia sangkut sekali dengan tudung sebelum tu.

Cepar-cepat buka.


Muka gembira dapat balik jam kesayangan.

Alhamdulillah.

Masa nak balik di hiway LATAR, terlepas pulak simpang masuk Puncak Alam, dah kena lajak sampai ke hujung LATAR menuju ke Kuala Selangor.

Dah malam, masing-masing pun penat dengan jalan jammed, sejuk, hujan hampir sepanjang jalan dan segala hustle.
Itu yang boleh terlepas exit.

Alhamdulillah, jam 12 malam sampai rumah.
Masing-masing pun dah exhausted.
Pagi tadi lepas subuh, semua pakat sambung tidur.
Dengan hujan sepanjang hari.

Monday, January 23, 2023

Ala Family Day di Ambangan Height Sungai Petani

2 hari 1 malam Family Nasri berkumpul di sini. Cuma family Paksu je yang tak dapat join disebabkan Maksu Fatin sedang sarat.

Terima kasih Makngah Shila belanja homestay. Balik dari Tanjung Dawai kita terus ke Ambangan Height Zon Melor.

Homestay ni di kawasan perumahan.

Masuk gate je ada pool.

Pool depan main entrance.

Ada ruangan karaoke dan set ni ada timer dia bagi menghormati kawasan kejiranan.

Dapur lengkap ada penapis air Coway. p
Set pinggan mangkuk semua corak standard ada 1 dozen. Chehhh... kira.. sebab kadang homestay sediakan 4 pcs each je.

Masa kita sampai Shafwan sedang mandi. Lagilah Kakak Wafi tak sabar nak mandi.

Ruang tamu yang selesa.

Parking dalam gate boleh muat 6 kereta.

Wafi cepat-cepat tukar baju mandi.

Lepas mandi diorang karaoke plak sebelum sesi petang bermula 2.30 pm dan berakhir jam 6.45 pm.
Timer tu automatik shut down.
Malam jam 8.45 hingga 9.45 pulak. Pagi 9.30 hingga 12.30 pm.

Pool sesuai untuk family sebab ada dua bahagian, kanak-kanak dan dewasa.

4 bilik tidur dan 2 bilik air.

Petang siap-siap sediakan dinner kerana atokwan makan jam 6 pm camtu.

Makngah dah siap-siap rebus daging, Kakak Widad buat daging goreng kunyit.

Ayam goreng kunyit.

Special dish makngah, gulai ikan nyok-nyok.
Sedap ibu ratah kepala ikan.

Malam ibu tidur awal, mata tak boleh buka dah. Wafi pun sama. Dahlah hujan sejuk-sejuk.

Ayah sempat jumpa kawan-kawan SAS zon utara.
Ibu dengar ayah balik jam 2 am, jam 5 am keluar semula pickup Abang Imi yang baru sampai dari Kuala Terengganu.
Last minute plan Bami balik, jumaat baru ibu belikan tiket. Itu yang minta Bami ambil bas direct ke Sungai Petani jadi bolehlah jumpa atokwan.

Pagi ni makngah beli nasi lemak sedap, bihun goreng, roti canai dan kek coklat. Sebelum tu ibu goreng nasi leftover nasi petang semalam. Makanan yang tak habis tapaukan untuk makan dalam perjalanan balik Klang 

Sempatlah ibu ke kedai dobi, keringkan pakaian dari hari Jumaat ritu. Mujur homestay ada washing machine bolehlah cuci baju siap-siap. Ini pertama kali ibu cuci pakaian semasa bercuti sebelum balik rumah. Kebetulan kedai dobi ni 1km je dari homestay bolehlah layan πŸ˜…




Sebelum menuju ke destinasi masing-masing kita ambil gambar ala Family Day niπŸ₯°

Jam 12 pm kita checkout.
Alhamdulillah atas small gathering ni.

Ibu update blog selepas Ipoh.. dari tadi ada certain tempat jam. Ikut waze ada lagi 3 jam untuk sampai rumah. Dah 5 1/2 jam perjalanan. Berhenti pun dah beberapa kali 😜😜