Pages

Sunday, May 28, 2023

Rainbow Bridge Elmina

Ni last week kita berhenti di Rainbow Bridge Elmina semasa dalam perjalanan ke open house kawan ayah di Elmina.

Sebelah je dengan jalan Elmina tu. Biasa nampak cyclist bergambar di situ.



Kiri kanan jalan ada rainbow bridge ni.



Selfie je lah berdua since Wafi taknak turun kereta.


 

Tawaran SBP

Jumaat, 26/5/2023, 12.51 pm

Tarikh keramat bila terima email dari Unit Pengambilan & Kemasukan BPSBP, KPM.

12.57 pm baru perasan ada notification di handphone.

Tangan menggigil buka attachment.

 
Allah... Allah...

Tak puas hati... buka pula dari laptop.

Rezeki yang tidak disangka² buat Wafi.
Hari Jumaat yang penuh barokah.

Ibu dengan gigil bagitau officemate yang dekat... soh diorang tengok surat tawaran, betul tak.. lepas tu soh cubit ibu.. takut di alam fantasi je πŸ˜†
Lepas tu baru bagitau ayah.


Otw nak keluar makan tu cepat-cepat update dalam grup Telegram TH yang banyak beri tunjuk ajar dan dorongan.

Terima kasih TH atas perkongsian dan tak pernah jemu untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan dari kami. Semoga TH sentiasa dalam Rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik.

Earlier...

Walau ada rejection dari MRSM, kami redho. Pasti merit UKKM tidak mencapai minimum requirement.
Tak mengapa... SAMNI sudi menerima Wafi 1st intake. SAMTAJ pula dapat rayuan . Masa tu belum dapat SAMNI jadi ibu usaha dengan memohon SAMTAJ pula dengan syarat keputusan PSRA, UPKK dan PBD mencapai merit yang diperlukan.. Ibu akur bila Wafi kata taknak duduk asrama kalau dapat SAM.
Tapi... ibu ralat dan kesal juga bila menolak SAMTAJ yang ada kemudahan asrama.

Wafi masih mengharap untuk ke SBP.  Pilu juga hati ibu bila memikirkan hal tersebut. 

Takpe..
... kita cuba
... kita usaha

Jauh perjalanan Wafi ni.

1. UKKM - MRSM Trolak ✅️

2. PKSK - SK Sungai Binjai ✅️

3. SMK Bukit Kapar ✅️ & ⛔️

4. SAMNI ✅️

5. SAMTAJ ✅️ & ⛔️

6. MRSM ❌️

7.  SBP Mohon - SMS Banting, SMS Tapah & SMS Teluk Intan ❌️

8. SBP Rayuan Intake Ke 2 - SMS Kepala Batas, SMS Bagan Datoh & SMS Sembrong ❌️

9. SBP Rayuan Intake Ke 3 - Shah Pekan @ mana² SBP, KPM  ✅️ - rezeki Allah beri SMS SMJ.

Allahu.. Allahu..

Walau dah join grup telegram (tq Cik Baya bagi link grup) Strategi Kemasukan SBP/SMKA/MRSM 2023, masa mohon degil juga nak masukkan anak ke SBP yang dekat dan popular. Bila gagal, agak murung. Barulah terhegeh2 register dan pergi taklimat. Walau terlambat, bangkit semula. Belajar cara buat rayuan online.

Bila rayuan gagal, datang lagi bengkel... belajar lagi... dan lagi....

Bulan puasa pun masih gigih pergi... sambung semula seminggu lepas raya.. raya kali ni dok sibuk datang taklimat.

Dari bulan Mar 23, 6 kali datang taklimat TH, gali ilmu.

Telegram yang sebelum ni jarang ditengok telah diletakkan dalan main folder. Setiap info berkaitan rayuan dibaca dengan teliti. Risau tertinggal info² penting.

Kalendar ditanda  tarikh² penting - tarikh akhir permohonan, tarikh result keluar, tarikh pendaftaran, tarikh mula rayuan, tarikh² intake seterusnya mendaftar.


 Alhamdulillah... Allah maha mengetahui, mendengar, menyayangi dan MAHA segalanya.

2 malam selepas dapat result, ibu tak dapat tidur. Jaga awal.

Pagi ni 3.30 am dah terjaga. Tak boleh tidur semula.

Entahlahhh... macam² yang difikirkan.

Kenapa..

Bagaimana..

Biarlah... itu urusan Allah.

Kami berserah kerana pasti itu yang sebaik² nya.


1st round shopping barang Wafi. 80% setel.

Medical check-up ✅️

Gambar ✅️

Document ❌️

SAMNI ❌️

Semoga Allah permudahkan urusan kami

Wednesday, May 24, 2023

Obses Stokin

Kakak Widad dan Wafi kalau ke kedai Eco, MrDiy, My One Shop, Daiso atau mana² kedai bajet pasti ambil stokin. Tak boleh jumpa stokin corak comel².

Obses sangat dengan stokin.

Tapi kan... kadang tak jumpa pun stokin yang dah dipakai tu untuk dibasuh.

Gamaknya pakai buang kot🀨

Tu yang rajin membeli😬😬
 

Sunday, May 21, 2023

Departmental Dinner

Tahun ni department kami tak buat jamuan raya. Masa puasa lagi HOD dah ajak makan kat luar. Minta ibu suggest kat mana-mana resto yang ada private room. Kalau boleh nak yang buffet style. Adehhh... susah pulak nak cari area Setia Alam atau Setia Taipan. Ada satu resto tu tutup pulak. Restoren makanan Arab kat ST tu ibu tak nak choose sebab sebelum ni makan, makanannya agak salty. Pangkah lah buat masa ni. Suggest kat Seoul Garden paling senang. Semua orang ok. Tempat pun senang nak access.

Kita choose hari Jumaat sebab next day weekend, boleh lah berhuha-huha.

Harga bagi tahun 2023 adalah RM65/pax. 
Kalau nak tambah Premium yang ada lamb leg, striplion, smoked duck, brisket, salmon Cheese, lamb rib, premium squid, tiger prawn tambah RM15, jadi RM80. Kami ambil harga biasa je. Tambahan pula bila ada 2 orang yang menyambut hari kelahiran pada bulan May tiada bayaran dikenakan. Kalau tak silap 3 orang bayar dan satu percuma. Jadi kami hanya perlu membayar untuk 13 pax sahaja instead of 15 pax.

Nisah yang di belakang tu terpaksa berdiri sebab kecil molek sangat. Dah berdiri pun masih haluih lagi.

TCF & Ain.

Ain & Jabir.

Sundari our Tea Lady/Cleaner.


Makan dengan tenang sebab ada grup kami dan satu je meja oleh pelanggan lain.


Norin, Qistina, Hanim, Hakimah, Sundri, ibu, As, Nisah, Habib (tiada dalam gambar), TCF, Ain, Jabir, Kamalina, Rahmat (tiada dalam gambar) dan Zaki.

Ibu dan As.

Layan lah sampai tak mahu makan.

Bila masuk blog gambar jadi gelap lah pulak.

Sedang belajar ambil gambar potrait 😁😁

Batch anak-anak ni.
Hanim yang tengah tu classmate abang Imi masa Form 1 - 3 di SMK Meru.
Manakala si kembar tu senior setahun masa abang Imi kat Tadika ABIM.

Zaki suggest untuk pakai baju raya, kita follow je lah.
Last-last dia pakai casual je. Sabo je lah.
Yang gegirl memasing pakai lawa-lawa malam tu. Actually dari datang ofis dah siap pakai baju kurung cuma masa nak masuk kilang kena lah sarung uniform company. Karang kena hambat tak bagi masuk oleh Pak Guard.

Still tak cukup dua orang bila Habib dah balik dulu dan Rahmat tukang ambil gambar.

Geng-geng sedondon kaler.

Tak tau motif berjalan begitu πŸ˜‚πŸ˜‚

Katanya 0.5
Apa-apa lah diorang ni.
Yang seniors layankan je lah.

Everybody pun enjoy, makan-makan, chit-chat, berfoto.
Lepastu masing2 sambung bergambar, kami yang seniors nak balik, singgah Grocer cari barang dapurπŸ˜‚πŸ˜‚ hahahaah
 

Jemputan Raya di Glasshouse Ampang

Lepas jamuan di Puchong tu kita ke rumah Cik Baya pula. Makan-makan raya untuk keluarga dan rakan terdekat. Cik Baya hidangkan pelbagai makanan tapi ibu cuma makan kuateow sup je. Perut dah tak boleh masuk makanan tambahan badan rasa letih juga sebab berjalan dari pagi kan.

Malam ada pula jamuan raya sahabat sekolah ayah di Ampang.
Jemputan untuk 2 orang.
The kids tinggal kat rumah je lah, diorang pun dah exhausted.

Keluar jam 7 pm jadi bolehlah solat Maghrib dulu di RnR DASH.

Dekat 45 minit juga baru sampai ke Glasshouse Ampang.

Ibu ambil seketul lemang periuk kera. Tapi dalam gambar dah tak rupa hahahhaha... sebab dah buka separuh baru nak ambil gambar. Lemang ni dikukus instead of dibakar.

Dewan cantik dan tetamu yang datang pun Masayallah.... semua cantik-cantik belaka. Masa ibu nak masuk dewan tu rasa macam nak tengok pertandingan Ratu Cantik. Yang gegadis dan mak-mak semua mekap elok-elok. Dah macam kena mekap dek MUA. Pakaian yang dipakai pun dah macam artis.

Segan pula ibu masa tu πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
Kita ni dah lah biashe-biashe je.
 
Sempat lah ayah tu menyumbangkan lagu.. hurmmm...
 
Dia punya photobooth pun dah next level.
Dok berpusing-pusing video ni.
Benda free kan.. kita onz je lah 😁
Masa balik baru singgah booth ni, masatu takde orang dah, jadi takdelah segan nak buat aksi!

Saturday, May 20, 2023

Jamuan Raya dan Meraikan Perkahwinan Anak Sahabat di Puchong

Cerita minggu lepas juga, selepas jamuan SAS terus gerak ke Puchong dulu. Kita singgahlah solat di surau berdekatan rumah sahabat ibu tu sebab jam pun dah 2 lebih. Jemputan majlis sehingga jam 3 pm tapi kita teruskan lah ke sana. Sampai sana masih ramai tetamu. Kebetulan ramai kawan-kawan Teknik masih berada di situ.

Sahabat ibu yang merupakan dormate ni meraikan juga majlis perkahwinan dua anakanda lelaki. Sebelum ni majlis telah disempurnakan di kampung mereka. Kali ni bagi meraikan bersama kawan-kawan dan saudara-mara yang berdekatan Puchong pula.

Jadi sampai-sampai kita ambil gambar lah dulu ramai-ramai sebab ada yang nak gerak balik.




Wazlina, ibu, Azizah (tuan rumah), Zarina, Aizam (katerer) dan Abdul Hai.

Walau tak dapat berbual lama dengan kawan-kawan lain kerana ada yang hendak ke tempat lain, dapatlah melepas rindu dan cerita.

Semoga perkahwinan kedua-dua anak acik Jijah beroleh keberkatan dan sentiasa dirahmati olehNya.

Sebelum balik sempatlah ibu mengambil murtabak frozen SG2 yang telah ditempah sehari awal.
 

Friday, May 19, 2023

Rumah Terbuka ASAS 2023

Cerita Sabtu minggu lepas baru lah sempat nak up. Lemau betul lah bulan ni nak update blog.. terlebih makan lemak kot 😁

Jemputan Rumah Terbuka ASAS yang saban tahun disantuni. Selagi sihat dan berkelapangan kita datanglah.

Baju Wafi ibu pinjam πŸ˜‚
Maklum ler.. dia kan dapat 4 pasang baju baru minggu lepas!

Jam 11 am kita dah sampai Dewan Komuniti Damansara.
Ayah target 2 jam di sini, dapatlah jumpa rakan-rakan alumni.


Tak ramai orang lagi bolehlah ambil gambar dari jauh.



Ada few stall, bolehlah pilih nak makan apa.

Ambik heavy meal terus lah.
Tekak teringin makan lemang, ambillah seketul.

Kambing bakar, sos lada hitam terpedas.

Berapa ketul aiskrim lah Wafi ni makan.

Kak Widad dok ulang apam balik crispy ni.

Sementara tunggu ayah yang dok jumpa kawan sana-sini, kita pun tak tau nak buat apa.. makan je lah kerepek2 buat penghilang bosan 😁
Lama gak lah kan kena sidai hahaha

Cucur udang pun Wafi makan bertambah.. ambik sikit-sikit tapi dok ulang 2 kali.

Crowd tak ramai sangat sebab masih awal lagi.

Standby atas tu untuk penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim.

Suka lah bila ambil gambar camtu... Wafi.. wafi.

Ambil soto pulak bila nampak budak depan makan sup.. dok jengok-jengok manalah dapat sup tu.. rupa-rupanya sebelah bahagian dewan ada meja hidangan lain. Ingatkan juadah yang sama dengan meja hidangan sebelah sini. Ambil soto je lah.. food yang lain kita tengok-tengok je. Tak larat nak makan dah.

Tepat jam 1 pm kita masuk kereta terus... ada rumah lain nak pergi.