Pages

Thursday, June 8, 2023

Daftar Wafi di Smad Jiwa

Baru lah hari ni ada masa dan kekuatan tulis tentang pendaftaran Wafi di Smad Jiwa.
Tarikh Daftar : 6/6/2023 (Selasa)
Masa : 9 am
Jarak masa dari Kulim ke sekolah dalam 1 jam gitu. Hujan pula pagi Selasa tu. Jadi seawal 7 am kita keluar. Ambil kira few certainties lah kan.. tau-tau je lah, pagi.. murid pergi sekolah, orang pergi kerja dengan hujan lagi.


Ambiklah gambar dulu dengan Tokwan.

Mengantuk... bantal Cik Baya bagi tapi tak bawak ke asrama lagi sebab dah ada Mr Craby. Lepas ni lah 
giliran bantal gebu ni masuk asrama.
Oh ya.. Cik Baya dan Makngah Sila jadi idola sebab masuk asrama since F1.

Sebelum sampai sekolah, Wafi dah siap-siap tulis no contact semua termasuk makcik2.. hahaha.. sedia... kot2 tak dapat call immediate family 😁

8.30 am sampai ke Sungai Petani, kita breakfast dulu di McD. Light je lah since Wafi takde lapar sangat, juga bagi meredakan gundah gulana.



Wajiblah ambil gambar depan pintu masuk kan...
1st time gitu.

Depan bangunan akademik.

Pendaftaran ringkas di Bilik Kaunseling.
Untuk intake ke 3, ada 7 orang pelajar mendaftar (5 girls & 2 boys)
Taklimat pun ringkas je.. pelajar diberi bilik mengikut rumah.
Wafi dapat rumah Laksamana (Biru) dan ditempatkan di Blok D6.
Alhamdulillah blok baru tapi tahun2 akan datang mereka akan reshuffle.
Setiap pelajar diberi seorang buddy/senior untuk membantu urusan asrama.

Mula-mula kena ke koperasi untuk beli segala jenis pakaian, cadar katil, sarung bantal, selimut dan buku-buku tulis juga lencana dan tag nama.
Baju yang kena beli T-shirt prep/outing, sukan, baju batik, baju korporat dan kain pasang untuk buat baju kurung prep (ibu beli 2 pasang terus). 
Jumlah semua RM521.40

Naik ke dorm pula di aras 1.
Ada 3 katil kosong, jadi Wafi pilih yang depan. Belakang tu dia kata takut sebab sebelah tingkap.
Di bangunan baru kantil single tapi lantai simen manakala di bangunan lama katil double decker tapi lantai berjubin.

Ibu bersihkan dulu locker dan bubuhlah lapik bagai.
Baru susun barangan Wafi. Pihak asrama dah setkan setiap level dalam locker tu.
Dari atas : buku-buku, barangan peribadi/perhiasan, baju dan bawah sekali stok makanan.
Sebelah kanan tu untuk gantung baju-baju sekolah dan baju kurung.
Ada 3 laci, bolehlah Wafi masukkan Mr Crabby dan barang lain.
Segala undies dah masuk dalam drawer plastik tu, senang nak managed.


Kakak buddy ajar cara lipat dan gantung baju kurung prep.

Wafi pun kena belajar cara lipat selimut. 
Selimut tu berlogo manakala cadar dan sarung bantal putih. Patut ada logo tapi OOS pula. Jadi semua F1 dapat cadar putih kosong.

Kenalah belajar berdikari kan Wafi!

Bilik iron di sebelah kiri dorm.
Iron kakak Widad ajar camne nak guna. Kat rumah kan guna steam iron Phillips. Kat situ conventional.. mujur bukan guna arang 😂😂😂
Dah masuk hari kedua Wafi cerita masih guna iron yang sama, takut guna iron lain nanti tak sama temperature pula. 
Takpe lah Wafi, belajar sikit2.. lama-lama pandai lah nanti tu.

Bilik air disebelah kanan dorm.

Shower kecil je.. tapi berpintu, masa ibu di Teknik shower takde pintu hokayyy...

Toilet pun Wafi dah serasi, guna yang sama.. adehhh..
Kakak buddy beritahu blok baru ni takde masalah air compare to bangunan lama. Jenuh gak ler nak kena cari air kat level lain kalau duduk atas sekali. 
Teringat dulu masa kat Teknik pun sama, kalau bangun lambat slow lah air tu.. haishhh.. jenuh menadah air sebelum mandi.

Tempat simpan baldi dan peralatan mandian. Sebelah kanan tu ampaian sementara sebelum jemur di ampaian bawah tapi still berbumbung.

Ruang mencuci pakaian.
Kakak buddy beritahu kalau nak guna dobi weekend sahaja.. nanti boleh lah kongsi beberapa orang.
Wafi beritahu sudah cuci baju sendiri, baju sekolah tak iron sebab tak komot. Ok lah tu sebab lepas basuh terus sidai. Jadi hanya perlu iron kain dan tudung je. 
Well done Wafi!

Sinki pun banyak, cermin elok lagi semua.

Siap dah susun barang Wafi. Nanti boleh stock up makanan, macam sikit pulak.

Katil pun dah kemas. Nanti Wafi belajarlah camne nak bagi cadar tu tegang.
Tu nanti mereka hiaslah locker luar. Standard untuk semua ahli dorm. Koyak2 dah sticker tu. Rasa mesti ada pertandingan dorm tercantik.

Kasut pun dah susun elok.
Level ni ada 4 dorm dan berkongsi 2 bilik air.


Laluan asrama puteri.. banyak telefon boleh guna. Pilih nak pakai kad atau syiling.
Nanti Wafi belajarlah camne nak guna kad. Buat masa ni ibu bekalkan banyak syiling.

Dah testing guna phone ni, ibu save no.
2 kali Wafi call guna telefon yang sama je 😂😂
Katanya nanti kalau guna telefon lain ibu tak perasan itu no telefon asrama.
Tak apalah.. mana-mana yang awak selesa.
Cuak juga lah bila dapat panggilan hari pertama tu.. kami masih kat hiway Wafi dah call selepas prep malam. Ingatkan ada apa.. rupa-rupanya nak tanya gambar sebab nak isi kad outing.
Semalam lepas prep petang call cerita asrama life.
Suara ceria... mujur hahahhaha...

Lepas setel asrama dan belajar guna public phone, buat bayaran asrama pula.
Bayaran asrama ni ikut pendapatan keluarga.
Kalau tak silap RM1 atau RM3 sehari.
Bayaran Wafi RM369.00

Bersama senior buddy, Aleya, F4 yang membantu proses kemasukan ke asrama.
Masa ni dah setel buat bayaran asrama.
Tq Aleya banyak membantu dan bersabar dengan segala pertanyaan dari kami.
Semoga Aleya terus sukses!

Oh ya.. baju yang Aleya pakai adalah baju prep untuk certain day.. tak ingat.

Since hari pertama, cikgu kaunseling beritahu boleh bawa anak keluar dulu kot nak makan atau cari barang, nanti sebelum jam 5.30 pm kena hantar semula.
Kami bawa Wafi makan di The Chicken Rice Shop di mall berdekatan.
Ingat nak berlama-lama tapi ayah Aisyah yang sama mendaftar hari tersebut nak jumpa jam 2 pm jadi boleh lah mereka bersama-sama. Kena carikan lah kawan untuk Wafi karang sorang-sorang kesian pulak dia. Tempat dan persekitaran baru kan. At least bila ada seorang kawan takde lah dia lonely. Kebetulan Aisyah ni dok Puncak Alam, hahhh... lagi lah dekat. Senang nak balik rumah nanti.


Sebelum say goodbye.


Wafi cam nak sebak.. tapi ibu cool je lah, nanti ibu nangis kesian pulak dia.

Tak sempat lah ibu nak bersedih2 sebab kawan-kawan F1 yang cikgu dah assign untuk temankan Wafi dan Aisyah masuk dorm dan bersiap untuk ke prep petang sudah menunggu.
Hari pertama tak dapat kelas lagi jadi Cikgu Suhaimi warden sekolah syorkan duduk je dulu mana-mana kelas dulu.
Ibu pesan kat Wafi bawa je lah buku latihan sebab tak dapat buku lagi.

Semalam Wafi beritahu kawan-kawan kelas semua ok.

Alhamdulillah.. untuk masa terdekat ni ibu cuma harapkan Wafi serasi dengan sekolah, asrama dan kawan-kawan.
Barulah seronok belajar.

Wafi kata "bolehlah" duduk asrama kat sini.

Kami gerak balik jam 2.30 pm.
Taknak tunggu Wafi lagi sebab takut dia bertukar fikiran taknak duduk asrama sebab rindukan ibu.

Sempat singgah rumah ummi untuk berehat dan bertolak ke Klang selepas Isyak.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

Bila Wafi call ibu akan cuba buatkan dia seronok sebab dia pun ceria je call.
Layankan semua cerita dia.
Walau rasa nak peluk je.

Dah jadi habit ibu tiap2 hari sampai rumah dari ofis mesti cari Wafi dulu, peluk dan cium Wafi.
Sekarang balik rasa kosong.. takkan nak cium2 dan gomol2 Kakak Widad hahhahaha..
Kakak Widad kata takde lemak 😂😂😂

Ya Allah...
Lindungilah anakku
Peliharalah anakku
Rahmatilah anakku

Aaminn YRA

8 comments:

  1. saya pula yang sebak kak,air mata dah bertakung..tak tau la macam mana time hantar Pia tahun depan nanti,tak dapat nak bayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kena bersedia dari awal ya ummipia... lagi lah Pia tu anak tunggal. Tapi dari gaya Pia, nampak dia berani. Tak macam Wafi, terlebih manja. Akak cuba kuat, semenjak hantar Wafi pasti terjaga awal pagi sebab teringatkan dia. Ibunya yang terlebih meragam ni.

      Delete
  2. sob sobbb .. cikwada baca pun sebak.. moga2 wafi dpt kwn2 yg happy2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan2 ok je katanya mungkin sebab diorang dah almost 3 bulan kat situ. Alhamdulillah Aisyah kawan baru pun ok banyak tolong Wafi. Cuma Wafi ni kadang telefon ada ciwi2 juga. Dok tanya berapa hari lagi nak balik.

      Delete
  3. Allahu ...
    Teringat hantar Abang Farid daftar di kolej matrikulasi di Labuan. Sepanjang perjalanan balik ke LD, air mata tak berhenti gugur.
    Semoga Wafi terus dapat menyesuaikan diri di tempat baharu dan gembira bersama rakan-rakannya di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie... itu lah yang diharapkan.. masa kakak dan abang masuk Poli tak sama perasaan. Bila hantar Wafi ni emosi sikit mungkin sebab dia masuk asrama kecik lagi compare abang dan kakak.

      Delete
  4. Alaaa...nape ibu karang ayat sedih2 ni..sebak hati aunty SA..baru dpt berkunjung sebab Mak Pah x sihat...SA marathon satu2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty SA, insyaallah Wafi kuat!

      Delete