Pages

Sunday, July 30, 2023

Makan Tengahari Di Cafe Takdak Nama

Lepas keluar dari Central Square, ayah bawa kita ke cafe super junior SAS yang tidak jauh dari sekolah Wafi, Cafe Takdak Nama. Kalau kita sampai jam 2 pm banyaklah masa kat situ tapi timing dah out. Wafi kena berada di sekolah jam 4 pm jadi by 3.30 kena keluar dari restoren. Masa kami sampai ada lagi pelanggan yang belum dapat order mereka. Ayah dah macam ayam berak kapur. Kasihan kat Wafi sebab tak dapat makan tengahari lagi. By 3.15 pm order kita pun sampai tapi kami plan bagi makan Wafi dulu, kemudian hantar ke sekolah. Tinggalkan kakak kat restoren sebab semua food tak sempat habis. Kemudian kami datang semula. Yang penting selamatkan Wafi dulu 😅😅

Set-up ruang makan macam ni. Uishhh.. tak sanggup ibu duduk bahagian atas tu.

Ini air pesanan ayah... pelik sebab air ada lada.
Pedas kat hujung.

Sabar tunggu food sampai.

Masa ni kakak sedang geram dengan Wafi.

Rindu lah kata awak!

Mushroom soup.

Fried Rice with duck.

Chicken grill with buttermilk.

Chicken grill with chilli butter.

4 servings share 5 orang since masing-masing belum lapar sangat.

Kasihan Wafi sebab makan dalam masa 15 minit je.. tak boleh nak sembang santai.

Air campuran peach.. ayah suka ambil air yang pelik-pelik.
Yang lain hanya ambil air kosong je as usual.

Ayah di depan Cafe Takdak Nama.

Cafe ni menyajikan masakan oriental dan western.
 

Saturday, July 29, 2023

Outing Hari Ni

Setiap kali cikgu bagi memo di telegram tentang outing Wafi pasti ibu ayah sangat teruja. Selalu tak sabar nak jumpa this little munchkin!

Terserlah kegembiraanya.

Kawan² Wafi.. ibu ingat² lupa lah nama mereka.. Adawiah? Amni?

Kali ni kita decide pergi Central Square, Sungai Petani.

Happy.

Kakak taknak bergambar marilah kita gambar berdua je.

Samapi² mall masuk MrDiy. Semua barang keperluan Wafi dari alatulis hingga ke jajan beli situ je. Senang... one stop centre.


Wafi dan ayahh.


Kali ni outing memang 360 deg berbeza dari 2 outing yang sebelum ni. Wafi lebih gembira. Kakak pun dah berani tegur dan sembang².

Abang Imi pun seronok dapat jumpa Wafi sampai lupa plan nak marah adik dia sebab protest taknak sekolah Smadj😁😁.


Sebelum keluar mall jam 2 pm, singgah beli di Empire Sushi dan Tealive.

Alhamdulillah apa yang Wafi teringin masa outing sebelum ni dapat dipenuhi. Sebelum ni kan semua benda taknak. 

Ibu ayah sangat senang hati kali ni. Wafi ada beritahu seronok duduk asrama.... tapi sampai F1 je tau!

Breakfast Kedah Style

Pagi tadi ibu dan ayah keluar awal untuk jemput Wafi di asrama. Kakak dan abang stay di bilik. Kena juga tunggu sebab waktu yang dibenarkan keluar sekolah jam 9 am walau Wafi dah ada bersama kami 8.40 am.

Kami hantar Wafi masuk bilik hotel dulu sebab katanya mengantuk sangat. Rotatelah breakfast sebab kena tunggu Wafi. Sempat ibu jahit pinggang kain dan seluar Wafi kerana Wafi dah mengurus.

Restoren Gulai Panas Che Su ni sebelah hotel. Ini je yang paling dekat. Jalan kaki je.

Dah namanya pun restoren gulai.. maka pagi² makan nasi dan gulai lah jawabnya. Ini lauk ibu, gulai ikan dan daging kicap.

Roti canai tu semua takde. Semua lauk pun panas² baru keluarkan. Ada juga makanan pesanan panas seperti nasi goreng, mi goreng dsb.

Kakak Widad dok memuji² daging kicap yang lembut sebab ada bahagian lemak.
 

K Villa Hotel, Sungai Petani

Inilah hotel yang kita bermalam, K Villa Sungai Petani. 4 minit je dari sekolah Wafi. Dekat dengan Hotel Oyo yang kita duduk sekejap masa 1st outing Wafi.

Hotel 3 bintang. Ayah ambil Family Deluxe RM165 semalam. 
2 queen bed.

Simple setup.

Sapa nak sejuk tidur sini.

Shower jel je disediakan.

Almari di hujung.

Kettle dan mineral water.


Di luar bilik ada air penapis Coway.
Bolehlah Bami dan ayah makan Maggi cup.
Lapar sahaja mereka ni 😅

Ambil gambar waktu pagi. Depan hotel ni ada Arena Sport Amanjaya. Kebetulan ada game bola jaring rasanya.. riuh rendah juga kedengaran. 

 

Iftar Di Hentian Tanjung Malim

Esok hari outing Wafi dari jam 9 am - 4 pm. Ikut perancangan awal nak gerak dari rumah selepas Isyak. Berbuka dulu di rumah sebab Kakak Widad dah siap masak. Bila Wafi call, ibu beritahu esok mungkin lewat sikitlah sampai dalam 9.30 am sebab bertolak dari Tapah. Suara dia macam sedih sikit. Knowing her kalau dah sedih akan buatkannya tidak gembira. Jadi ayah decide terus stay kat Sungai Petani je.

Kita gerak jam 6, sempatlah ibu mandi. Baju dan barang kiriman Wafi semua dah pack siap.

Dalam perjalanan tadi bila masuk waktu kita buka dengan roti sapu planta dan jem strawberi.. yummeh

Singgah Hentian Tanjung Malim untuk heavy meal pula.

Ni yang Kakak Widad masak, siap² tapau untuk iftar picnic.
Ayam masak sos tiram cili kering dan sayur lodeh.

Simple tapi menyelerakan!

Tu haaaa Kak Widad ...  sampai menjilat jari 😁

Driver makan sikit je.

Dah makan masuk pulak Harold's.
Ingat boleh jimat bawak bekal dari rumah tapi non hado🤣🤣
Abang Imi teringin roti pulak.. Kawi nak makan egg tart.
Hurmmmm... layan je lah!

Ayah drive sampai Bukit Gantang lepastu Abang Imi pula ganti hingga Sungai Petani.

Alhamdulillah.. selamat sampai hotel jam 12.30 am.
 

Friday, July 28, 2023

Cempedak Goreng

Masa balik dari Tapah ummi bekalkan 2 biji cempedak yang diambil dari kebun Chenderiang. Makaihhhh... sepanjang jalan bau cempedak, rasanya bau tu setaraf durian 😃

Hari Isnin petang baru lah kopek untuk digoreng. Itu pun sepanjang malam terbau-bau je cempedak ni. Sudah masak elok. Isi pun tebal, berwarna oren dan manis.

Ini gorengan pertama.
Buat dua gorengan je dulu. 

Ibu hanya guna tepung gandum, garam, sedikit kunyit dan air.
Batter tu tak perlu pekat sangat, sekadar boleh menyaluti isi cempedak.

Untuk berbuka puasa dengan secangkir teh-o lemon.

Sebelum tidur ibu gorengkan last batch untuk ayah yang balik lewat dari ofis.

Sangat puas hati lah dapat makan cempedak goreng ni. Lagi-lagi dapat free. Haritu kat RnR Sungai Perak terasa juga nak beli sekilo RM12, bila timbang sebiji boleh dapat RM28 tapi tak jadi beli sebab takut dalam mengecewakan. Ingat nak cari kat kedai-kedai buah sekitar rumah tapi belum sempat beli. Mana nak tau ada rezeki lain.

Ummi... oo ummi.. ada lagi tak cempedak kat pokok 😅😅

Mimpi

 Pagi ni dalam Hitz FM cerita tentang mimpi.

Cerita pertama, satu couple ni baru 7 bulan berkawan. Yang girl ni minta putus sebab semenjak mereka berkawan selama 7 bulan tu tak pernah sekali pun the boy muncul dalam mimpi dia. 

Cerita kedua, couple lain pula. Girl ni mimpi yang boyfriend dia ni berlaku curang. Of course lah BF dia ni menafikan sebab memang dia takde curang pun. BF cakap itu kan mimpi sahaja.

Cerita ketiga, suami isteri pula. Si isteri mimpi yang husband dia ada perempuan lain. Suami dia menafikanlah. Jadi... seharianlah isteri ni bad mood.

Itu semua cerita tentang mimpi yang kadang terasa macam betul.

Nak tulis ni sebab teringat mesej Kakak Widad.

Mujur itu mimpi je dik 😂😂😂
Hahhhhh tu lah... terlebih tidur 😁



Thursday, July 27, 2023

Makan Tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah

Lepas hantar ummi dan Izzatun balik rumah, kami teruskan perjalanan balik ke Klang tapi akan singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai. Jadi Cik Fatin ikut jalan dalam je. Perjalanan dalam 1/2 jam dan kami sampai jam 1.45 pm

Masa sampai tu banyak kenderaan di parkir tepi jalan, parkir berhampiran dengan restoren pun nampak penuh. Mujur ada parkir betul-betul berhadapan dengan restoren. Berbelah bagi juga samada nak teruskan makan di situ atau tidak sebab nampak ramai orang beratur di luar restoren. Cik Fatin minta ibu beratur dulu nanti dah nak sampai panggil. Kakak Widad bagi ibu payung sebab cuaca agak panas.


Macam ni lah keadaannya di luar restoren. Walau beratur panjang tapi still moving. Yang buatkan nampak ramai orang dan banyak kenderaan terutamanya motosikal sebab mereka konvoi beramai-ramai. Itu yang penuh lahai.

Bila dah sampai dalam ada 2 barisan pula untuk ke kaunter. Kiri untuk mengambil lauk-pauk dan nasi manakala barisan kanan untuk mengambil lauk yang dibakar seperti ikan bakar dan ayam bakar. Tak pasti pula ada tak daging bakar sebab Kawi yang beratur di situ. Kalau nak ambil ayam goreng juga ke barisan sebelah kanan.

Lauk-pauk sudah disusun dalam pinggan atau mangkuk jadi pelanggan boleh ambil menu pilihan. Cara ini cepatlah pelanggan dapat makan.
Lauk-pauk yang disediakan banyak pilihan seperti gulai kawah, sup ayam, ayam masak merah, ikan masin.. banyak lah pula sampai tak ingat. Rambang juga mata!

Disebabkan kami bertiga jadi ibu ke bahagian lauk-pauk dan nasi. Kawi ambil ikan bakar manakala Cik Fatin cari meja kosong dahulu dan bila Kawi dah sampai meja Cik Fatin pula beli air.

Inilah hidangan yang kami ambil. Semua pun yang biasa makan 😅
Rebung masak lemak, kentang/tempe sambal, telur masin, sambal belacan, ulam bendi dan peria, pari bakar dan nasi buluh 2 batang.

Setiap ikan bakar sudah diletakkan harga jadi tak adalah terkejut kot nak bayar nanti. Begitu juga lauk-pauk lain.
Pari bakar 2 ketul tu RM21.50

Ibu ambil air limau asam boi sebab tekak rasa mual juga asbab turun jalan berliku-liku. Segar betul dapat minum yang masam-masam.

Total kami makan minum dalam RM55

Overall makanan yang kami ambil sedap. Nasi bamboo tu biasa je lah sebab ia nasi yang dikukus dalam buluh. Beras yang digunakan pun jenis beras biasa.

Jadi sesiapa yang nak datang tempat ni dan nampak ramai orang, boleh je lah singgah sebab barisan moving je dan meja makan pun banyak unless jenis yang tak sabar menunggu 😎😎

Ok... dah tak adalah ibu dok berzikir dengan ayah bawak ke sini!
 

Wednesday, July 26, 2023

Cameron Highland 2023 - Big Red Strawberry Farm

Last entry jalan-jalan ke Cameron Highland.

Masa nak ke Big Red Strawberry Farm ni ibu lupa nama tempat ni. Ingatkan KHM Strawberry, bila sampai sana ehhh... kat Kg Sedia tempat semalam kita makan di Abang Strawberry. Ibu tak nak pergi situ sebab nak cari tempat yang lebih tinggi. Minta Kakak Widad google semula. Jumpalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang. Patah balik semula. Tak jauh lah dari Kg Sedia, dalam 5 minit drive je.

Sebelum pekan Brinchang belok ke kiri, mendakilah kereta naik ke atas. Tinggi dan curam .. tapi jalan cantik dan sehala.

Mujurlah ada beberapa laluan masuk, kalau tak jenuh nak menapak turun. 

Nahhh ummi... gambar berdua!

Bergambar dulu di sini.

Ummi kata fesyen seluar apa lah yang kakak Widad pakai tu 😁
Mujur bukan seluar yang berlubang-lubang kat lutut!

Simpan sini buat kenangan.


Laluan ni menghala ke cafe.
Kalau turun ke bawah bolehlah pergi ke pusat jualan dulu tapi lepas makan kita teruslah balik.

Memang dah plan nak breakfast di sini.

Light breakfast juga sebab nak turun ke Tapah takut pula makan banyak-banyak.

Ummi ambil salad.

Intan ambil nasi lemak biasa, RM5.90 harga Cameron Highland 😁

Fish and chip pilihan Cik Fatin.
Ehhh.. serius sedap ikan tu, dapat lah secubit.. rugi pulak tak beli lebih!

Kakak Widad ambil Waffle and ice cream.

Ibu tambahkan fries.

Ibu masih memilih tea and scone.

Scone kat sini kering sikit berbanding Cameron Valley yang lebih berlemak dan moist.


Supaya tidak lupa nama tempat ni.
Best lah pergi bercuti ni kurang orang, jadi bolehlah bergambar lama-lama.

Jomlah jalan ke atas, tengok2.

Ummi kagum dengan pokok ni, macam pokok senduduk tapi tinggi lah pula.

Kot lah dia membesar bila dok atas.
Laluan ni kuranglah sejuknya sebab ia tertutup dengan plastik kanvas.

Kawasan ni tak boleh masuk, tempat semaian pokok.
Kalau nak beli pokok kena turun lagi ke tapak jualan. Sana lagi banyak bunga-bunga besar dan cantik-cantik. Kami tak turun ke tapak jualan sebab tiada apa untuk dibeli lagi aka duit pun sudah habis 😂😂😂

Instagrammable.. tak boleh move on lah tempat ni!

View dari tepi parking.

Big Red Strawberry Farm ni best sebab kawasan tinggi, tersusun, bersih, sejuk. Parking pun banyak dan luas.  Yang bestnya jalan masuk dan keluar berbeza sebab ia one way. Cuma nak turun tu scary sikit lah hehe...

Sebelum balik ambil gambar banyak-banyak di sini sebab suka latar belakang yang colourful.

Sorrylah Intan... banyak gambar kami berempat je!

Ok.. last gambar style kerajaan & korporat, tangan bersilang 😀😀

Throwback gambar lama dengan sekarang, 10 tahun berlalu.
2012 pun kami ke sini juga.

2013 vs 2023

Wafi kita gantikan dengan Cik Fatin.

Intan dan Kak Widad.

Cepatnya lah mereka membesar.
Kalau 10 tahun lagi mungkin masing-masing sudah berkeluarga sendiri.

Kami gerak turun ke Tapah jam 11.30 am dan sampai jam 1 pm.
Sedang elok lah untuk ummi bersiap-siap hantar Intan ke asrama. Sempatlah ummi packkan kami 2 biji buah cempedak dari Cenderiang dan ibu petik daun murungai.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Klang.

Alhamdulillah, short vacation yang menyeronokkan bersama-sama keluarga tercinta.