Pages

Tuesday, January 7, 2025

Sesuatu Yang Manis²

Malam ni Kak Widad ada kelas. Sudah menghampiri akhir semester sebelum final exam. Nampak stress pulak. Habis kelas sambung group discussion.

Bila tengok keadaan Kak Widad camtu ibu tanyalah nak makan apa² tak?
Semua taknak... tapi nampak air matanya bergenang.

Cepat² ibu mesej ayah... minta belikan something yang manis². Mujur ayah masih di surau selepas solat Isyak dan memang belum balik rumah lagi.

Ayah ke Secret Recipe belikan 

  • Tiramisu cake
  • Carrot cake
Sampai² ibu hidangkan kek kat sebelah Kawi. Barulah ada senyum.

Ibu pun rasa bersalah petang tadi sebab tunjuk gambar lempeng dan serawa durian kat rumah nenek. Kawi minta tapaukan tapi masa tu ibu dah kat jalan besar nak pergi petrol pump. Taknaklah ibu patah balik sebab dah nak Maghrib.

Lega ibu bila Kak Widad makan separuh kek² tu. Siap dengar dia nyanyi² lagu Misha Omar😁

Kak Widad ni kalau tengah stress biasanya suka makan yang manis². Tak banyaklah tapi itu je nak bagi dia release tension. Sampai habis juga lah choc bouquet ibu dia makan😁.

17 comments:

  1. Makanan manis memang bantu untuk keluarkan hormon happy pills dalam diri... hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, naseb baik ibu aware... Untung kak widad.. Good luck kak widad.. Kalau linda pun stress juga belajar online nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak no 2 ni sensitif😅
      Kadang akak pun tak faham kenapa lecturer suka buat kelas malam walaupun online. Seminggu few times juga.

      Delete
  3. Biasanya kalau makan yang manis-manis ni tubuh jadi cergas kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... sama gak kalau kita puasa, bila nak buka tu mesti teringin nak makan manis².

      Delete
  4. Sy pun mcm tu, kalau rs stress mulalah cr yg manis², paling tidak pun mkn coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ni... nak kena beli coklat bar juga lah... kerat² macam KM buat tu. yeahhh.. idea coming😁

      Delete
  5. ingatkan Pia je yang macam ni kak...asal lapar je moody,asal sedih,penat minta nak yang manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiiii... asal lapar je moody ya😃
      Nak kena ada stok makanan ya kalau anak² kat rumah. Ni akak pun ingat nak topup. Beli je apa² sebab kadang kalau tanya kak widad dia taknak. Tapi kalau ada dia makan je.

      Delete
  6. Betul, kalau stress memang suka makan yang manis2. Moga tenang Kak Widad dengan final exam nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... harapnya begitulah.... ni sekarang sibuk habiskan assignment sebelum exam.

      Delete
  7. Sepertinya kak Widad sedang sibuk sekali dengan study nya karena mendekati final exam ya Mbak.
    Mbak cukup bijaksana. Tahu apa yang diperlukan untuk pengobat stressnya kak WIdad.
    Sukses selalu kak Widad dengan study nya...

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah walau tak dpt serawa tu dpt kek SR ni pun dah boleh penyejuk hati hihii

    ReplyDelete
  9. Sana sini tiramisu sold out erk...dulu xde sape pandang pun bila ada banyak pilihan lain....

    ReplyDelete