Pages

Wednesday, April 30, 2025

Raya Rumah Cik Fatin

Petang tu balik rumah Cik Fatin, tunggu makanan siap. Cik Fatin panggil kawan-kawan datang sebelah malam.
Antara juadah yang disediakan.

Pandai dah budak kecik ni masak... kakak-kakak tak sangka si bongsu boleh masak.
Lepas ni dia balik rumah, bolehlah kami goyang kaki ๐Ÿ˜…

Ahad pagi kami gerak 8.30 am sebab ada tempat nak singgah.

Makan Tengahari Di Ashhryshoshedap

Kak Widad cadangkan makan di Ashhryshoshedap (nak menyebut pun susah) hasil carian di medsos. Review bagus katanya. Dari Forest City dalam 30 minit. Restoren ni terletak di Nongchik Reiverside Commercial Johor Bahru. Parking tricky sikit sebab banyak kedai-kedai kat situ.

Nak masuk restoren kena buka kasut.
Lepas order makanan guna QR code, ibu tour resto. Ada 3 kedai restoren ni.

Meja kami di tepi sudut.

Masa ni jam 3.15 pm dah lepas lunch hour jadi dah tak ramai.

Tuesday, April 29, 2025

Singgah Tengok Stadium JDT

Hujan lebat masa kami sampai sini.
Hari yang sama team JDT masuk final lawan Pahang di Bukit Jalil.

Nampak Hummer TMJ.

Cantik Stadium JDT ni. Kami tak masuk dalam.
Petang tu Bami dan Abang Izzat ada buat tour kat few areas.

Ibu dan ayah je keluar dari kereta, itu pun kat parkir sahaja. Ambil gambar dari jauh.

Ibu rasa elok je ibu ambilkan gambar ayah walaupun berpayung.

Bila ayah ambil gambar ibu jadi katik ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Ibu edit... masukkan gambar yang Bami share. Bami lepak kat KFC teman Abang Izzat buat kerja. Nampak dari luar ada resto Woodfire. Bami kata dalam ada Ikea.. maybe mini.

Nampak sikit padang.

Mungkin toilet lawa itu yang Abang Imi ambil gambar.

2 ni je yang dia share.
 

Jalan-jalan Di Forest City


Selepas sarapan kita ke destinasi seterusnya iaitu Forest City yang terletak di Gelang Patah.  Sesaja ayah bawa berjalan ke sana, ada yang kata tempat tu haunted. Jomlah kita tengok. Perjalanan dalam 30 minit dari Larkin.

Jumpa pondok comel kat tepi jalan. Nasiblah Cempaka kena jadi model. 

Side sini nampaklah kondo-kondo megah berdiri.

Monday, April 28, 2025

Sarapan Di Pondok Santapan

Bertolak ke Johor Jumaat jam 8.30 pm. Jalan ok cuma masa kat NKVE tu jammed seperti biasa. Pemanduan ikut hadlaju kebangsaan dan 2 kali berhenti, jadi sampai ke Skudai jam 2.30 am. Cik Wada yang bertolak jam 10 pm, sama-sama sampai ๐Ÿ˜

Pagi Sabtu dah memang plan nak jalan-jalan JB, kan tertangguh sebelum ni.
Jadi 8.30 am dah siap-siap nak keluar.

Masa nak masuk kereta ada pulak uncle ni jual putu mayam. Favourite nenek dan Kak Widad ni. Haruslah beli.

Friday, April 25, 2025

Majlis Kahwin di Bangi Resort Hotel

Hari yang sama lepas jumpa Wafi di Shah Alam kami menghala pula ke Kajang. Sana sini jalan jammed. Entah mana-mana laluan lah google map bawa. 6.30 pm baru sampai rumah Cik Ami.
Bersiap-siap pula untuk ke majlis perkahwinan anak kawan ayah, Uncle Mizan.

Majlis diadakan di Bangi Golf Resort.

Ambil gambar zoom je sebab meja kami di bahagian paling belakang.

Semoga menjadi pasangan yang sakinah mawaddah warahmah.

Pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa.

Pelamin belakang tu ibu rasa 3D sebab timbul rama-rama.

Bulan Sabit

Takde kerja, bangun² tidur gi teropong bulan ๐Ÿ˜…

Ibu edit entry ni. 
Inilah bulan sabit yang ibu teropong. 2 lagi yang bercahaya tu ingatkan bintang tapi bila Puan Hazel share entry Siapa Temani Bulan, rupanya yang disangka bintang tu adalah planet Zuhrah dan Zuhal.

Thursday, April 24, 2025

Jumpa Wafi Lagi

Petang Sabtu jumpa lagi Wafi. Mama Afiqah jemput datang open house. Ibu ayah usahakan juga masa untuk datang. Sebenarnya ibu dah pesan kat Wafi maybe ibu ayah tak pergi open house rumah Afiqah dan Wafi ok je. Ayah pulak beria nak jumpa sebab Jumaat malam tu kan ayah takde. 

Lepas game anak² terus ke Shah Alam. Sampai² kemain lebat hujan. 

Coaster park depan rumah. 

Dapatlah ayah jumpa Wafi.

Wednesday, April 23, 2025

20 Syawal - Beraya Di Perodua 3S Setia Alam | Officemate

Sambung lah lagi beraya bila weekend.

Sabtu, jemputan dari sales manager Perodua 3S Setia Alam kami penuhi. Kali pertama pergi majlis jamuan raya di 3S centre (sales, service & spare parts). 

Sampai awal jam 10.30 am sebab ada beberapa jemputan. Nak kena arrange masa betul-betul. Kat rumah pun memang tak breakfast lagi. Dapat pulak makan cucur udang kuah kacang yang sedap. 

Jaranglah kakak Widad nak ikut beraya sekarang. Ini pun sebab nak jumpa Bella, gigihlah bersiap semua.

Rezeki buat yang datang servis hari ni dapat makan jamuan raya.

Sunday, April 20, 2025

Jumpa Wafi Di BASIS

Hati ibu pasti tak keruan bila Wafi berada di Selangor tapi ibu tak jumpa. Kak Widad plak period pain dan demam, kenalah bawa ke klinik Jumaat tu. Ibu fikir bolehlah lepas bawa kakak ke klinik terus ke Banting. Ibu ambil 1/2 day dan lepas solat Zohor baru keluar. Ajak Denin sekali. Bertigalah kami pergi.

Walaupun namanya Banting dan kalau ikut waze 54 km dari rumah tapi nak ke sana tu boleh tahan trafiknya. Ikut waze dan google suggest guna NKVE atau Grand Shapadu. Kalau nengok peta Negeri Selangor ni, nak ke Banting tu ikut je lah bandar Klang, Tapi nak ke Banting tu lampu trafik punyalah banyak ๐Ÿ˜ฌ

Ikut NKVE dan SKVE sampai lah jumpa kawasan ni... nak sampai dah Banting tu. 1 jam 10 min sampai. Singgah dulu pekan beli kudap-kudapan buat anak-anak kriket. 

Sampai-sampai game baru habis 10 minit lepas. Tak dapatlah nak tengok pasukan sekolah Wafi main. Mereka start jam 2.30 pm. Masa kami sampai tu jam 4.30 pm.

Saturday, April 19, 2025

Pusingan Kelayakan Kejohanan Kriket SBP

Baru semalam cikgu create grup whatsapp untuk penyokong team kriket sekolah (Perempuan). Parents lah yang join pun.  

FB page kriket sekolah ada tapi kat situ info selepas anak² dah habis main. Grup whatsapp yang baru ni dapatlah kami info perkembangan kriket anak². Juga berinteraksi dengan guru dan parents lain dalam memberi sokongan kepada anak².

Pasukan kriket sekolah Wafi.

Wafi kata dia reserve je kali ni... ehhh.. takpe lah..
Still menyumbang markah PAJSK kan.

Thursday, April 17, 2025

Terubat Rindu

Wafi dan Wafa.

Hari ni team kriket sekolah Wafi turun Selangor. 

Sampai homestay jam 8 pm.

Insyaallah esok dan Sabtu ada game di SMS Banting (BASIS). Kalau tau awal boleh apply leave esok Jumaat. Petang tadi baru Wafi inform. Sabar je lah. Esok ibu tak dapatlah skip kerja ๐Ÿ˜ฉ

Tengoklah esok lusa cemana. Tunggu info dari cikgu. 

Tadi sampai² homestay handphone anak² cikgu dah ambil balik. Tak kasi chance๐Ÿ˜…... sama gak peraturan cam kat asrama. Takde kompromi. Guna kat dalam bas je dan sekejap masa kat homestay. Tu kalau diberi memang tak tidur malam lah diorang. Haaa.. eloklah ikut peraturan je๐Ÿซฃ

Sunday, April 13, 2025

14 Syawal - Ukhuwah Aidilfitri Datuk Bandar MBPJ

Undangan raya seterusnya dari Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tuan Haji Zahri dan isteri di Sect 6, PJ. 

Dari Putrajaya singgah solat dulu di Masjid Kolej Islam Malaya sebelum ke Kediaman Rasmi Datuk Bandar. 

Masa sampai jam 2.30 pm sudah kurang tetamu dan ayah sudah berjanji untuk berjumpa dengan kawan² yang lain.

14 Syawal - Beraya Rumah Uncle Zaki

Sampai awal tadi dalam jam 11.00 am. Tuan rumah dah siapkan hidangan tengahari. Bertambah ibu makan lauk MLCA ayam, tongkol goreng, terubuk masin Sarawak, telur masin, ulam2an dan sambal belacan. Memang simpan perut sebab tahu Auntie Syaz punya masakan sedap sangat.

Macam biasa, dalam 1 rumah mesti ibu pilih satu kuih raya yang agak spesial walaupun jenis kuih lama. Biskut Mazola ni adik uncle Zaki buat.

Uncle Zaki, bff ayah.

Breakfast & Lunch Untuk Kak Widad

Hari ni ibu dan ayah ada 2 jemputan raya. Kak Widad tak dapat ikut sebab kelas penuh. Seawal jam 8 pagi sudah ada kelas.

Ibu siapkan dulu breakfast dan lunch.

Keropok lekor, asam pedas ikan pari dan telur dadar. Sayur tak masak sebab ibu tau Kawi takkan makan sayur sawi hijau. Cuba kangkung... mesti laju je makan.

Jauh sikit beraya hari ni, Putrajaya dan Petaling Jaya.
 

13 Syawal - Beraya Rumah Cik Baya

Ziarah raya last malam tadi, rumah Cik Baya. Dari rumah Ad teruslah ke sana.

Sampai² diorang pasang mercun katanya sambut kedatangan makngah.. eeee.. sabo je lah.

Masuk² ruang tamu baru nak tegur kenapa ada "kumbahan" (kain baju belum berlipat) kat atas kerusi... laaaa... rupanya ada seketul Auni kat situ๐Ÿ˜…. Dengan comforter kaler² dan beg jeans dah sebiji macam kain baju di"kuel²" (longgok² tak berlipat).

Jumpa juga kek lapis Sarawak. Ni minta Cik Baya potongkan lagi.

Muka sama.

Saturday, April 12, 2025

13 Syawal - Beraya Rumah Ad

Malam ni ibu, ayah dan Kak Widad memenuhi jemputan raya staff ibu, Adlina. 

Keluar rumah selepas solat Maghrib sebab nak kena pergi BIMB, depositkan duit raya Kak Widad.

Dah macam ibu dan anak kan... Ad ni sebaya dengan Kak Widad, 23 tahun. Cuma parents Ad jauh lagi muda dari ibu ayah๐Ÿ˜

Sedap mereka masak, ni ayah makan lasagna. Ibu ambil laksa.

Bersama geng² UI, Hafiy dan Ain. 

As sampai lambat tak dapatlah ibu jumpa.

Terima kasih Ad atas jemputannya. Nanti kita buat makan² kat ofis pulak.. tunggulah lepas² closing๐Ÿ˜…

13 Syawal - Beraya Rumah Atuk Leh

Hari ni kita cuba penuhi 3 undangan majlis hari raya. Gantung kuali lah hari ni tapi buatlah juga sarapan ringkas. Ibu goreng kentang cicah sos cili.

Seawal jam 12.30 tengahari ibu ayah sampai rumah Atuk Leh. Saban tahun kalau raya kat Klang dulu pasti rumah Atuk Leh kita ziarahi pada hari raya pertama sekali dengan adik beradik ibu yang lain. Kali ni jumpa masa open house je lah.

Ini pakcik Rizal, sepupu ibu anak arwah Atuk Bar dan Nenek Timah.

Makanan yang ibu ambil, lontong dan paru balado. Juga kambing bakar dan mushroom soup+ garlic bread. Tak ada nak ambil heavy food sebab nak ambil cemil²an je.

Kuih semprit atas meja... sedap.

Ni Aqil ambil nasi minyak beserta lauk-pauk.

Jumpa mek sepet, Dina Dino

Sebelah Cik Cha, sepupu kami, pakcik Iwan anak Atuk Leh.

Ayah dan pakcik Iwan.

Tak sempat jumpa sepupu² yang lain sebab ramai yang datang selepas Solat Zohor tapi kami dah balik.

Bersama tuan rumah, Atuk Leh dan Nenek Salmah.




Abadikan gambar ibu dan ayah depan gazebo.

Berdua je tengahari ni sebab Kak Widad nak kena buat assignment.