Pages

Saturday, May 3, 2025

Tautan Mesra Aidilfitri Alumni UUM 2025

Dari Putrajaya, kita ke Petaling Jaya pula. Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Alumni UUM yang diadakan di Kediaman Rasmi Rasmi Datuk Bandar Petaling Jaya.

Di pertengahan jalan solat Zohor dulu di surau Petronas tepi highway. 

Masa kita sampai tu ramai tetamu di ruang tamu. Seperti biasa.... ramai geng² senior yang ibu tak kenal. Senyum sahajalah. Nak bertegur-sapa, ibu ni jenis introvert ☺️

Ada ruangan kosong di dapur, maka di sinilah ibu dan Wafi duduk.

Tenang... ada lah 2-3 orang duduk.sini.


Yang tengah Kak Aida Irina, JKO masa kami matrik.

Lama lah ibu berbual dengan Acik Jijah ni... cerita tentang haji beliau tahun 2022. Rasa tak sabar pula nak pergi 🥲

Acik Jijah ni kalau ikut lama dah jumpa. Sebulan masa F4 di SMTIS dan sebulan masa F6 STAR Klang. Sebelum jumpa semula di Matrik UUM.

Ramai gak batchmate 97 hadir.
Dari sebelah kanan tu senior kami Dato' Ramli Tahir, CEO KDEBWM dan Tn Haji Zahri, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Batchmate yang biasa jumpa, Rima, Kaklin, Jijah dan Ida Shaliza.

Ni dulu geng² rajin join projek.
Dah berumur pun masih rapat😁

Cukuplah 2 event masa Cuti Hari Pekerja.
Mujurlah esok harinya Jumaat ibu apply leave. Bolehlah uruskan hal Wafi pula.
 

14 comments:

  1. eh..tengok entry ni baru teringat ada gambar yang SA x publish lagi..entry meriahnya syawal hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. cepat.. cepat publish. Nanti terlupa pula.

      Delete
  2. Batchmate 97 eh.. lamanya persahabatan! Haha kita 97 baru lahir xD

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, masih berkumpul...hebat2 seniornya tu..siap jadi datuk bandar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senior-senior yang hebat tu memang jenis outstanding masa kat U.. nampaklah ketokohan mereka.

      Delete
  4. Replies
    1. Yang lagi lama saya tak berapa kenal wak.. nak masuk sembang pun tak tahu cerita apa.

      Delete
  5. semua hebat2 ni.. lama dah berukhwah kekal sampai skrg ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband yang rajin bab² ni. Akak follow je. Alhamdulillah semua masih contact.

      Delete
  6. Replies

    1. Alhamdulillah.. jumpa setahun sekali walau kat grup berinteraksi tapi bila jumpa lebih seronok.

      Delete
  7. Issh kdg saya envy lah nak reuni teman2 college . Tapi tak mungkin 🤣🤣. Sebab saat di Penang saya , students di college rata2 international, dan banyak dari Macam2 negara. Dulu masih Friendster pula. Dan begitu balik jakarta, saya pun putus komunikasi dengan mereka . Jadi tak ada contact lagi samasekali. So nak reuni memang tak mungkin 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau nak reuni kena international gak... travel dan jumpa kat mana² negara😅. Nak jumpa ramai² mungkin sukar maybe 3-4 je.

      Delete