Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.Matahari baru nak naik.
Seperti biasa ibu buat 3 pusingan tasik sahaja.
Ibu dapati hari Ahad lebih ramai orang.
Merajuk kah 😁😁
Dapatlah BW 5.2km
Balik singgah cari nasi kerabu di Mekla Nasi Kerabu, Puncak Alam.
Sampai rumah, sapu dalam rumah dan mop lantai.
Siap bersihkan diri, sarapan sorang-sorang sambil tonton filem Tamil, HIT The Third Case. Sambil-sambil tu update blog dan blogwalking.
Tunggu Kak Widad sit paper Mobile App Framework jam 2.30 - 5.30 pm nanti.
Kot dia nak jalan-jalan lepas tu, ibu onz je.
Bagi dia release tension.
Ada lagi banyak papers untuk final exam sebab baru start last week.
2/7 - SPM
6/7 - Mobile App Framework
8/7 - Web application
9/7 - SecM
13/7 -InfoSec
15/7 - Algorithm
-Waktu exam (2½ - 5½)pm
All the best Kak Widad.
Semoga Allah permudahkan semuanya.
Alhamdulillah dapat jugak keluarkan peluh tu...
ReplyDeleteKalau ikut kata hati nak baring² je... lambat² bangun. Tapi mikir macam dah 2 minggu tak keluarkan peluh, gigihkan juga.
Deletenak tak nak kena jugak lah kak.....demi kesihatan...
DeleteCepatnya masa berlalu.
ReplyDeleteKenapalah esok Isnin ... ahaks!
Kannnn... boleh tak padam hari Isnin tu.. terus je hari Selasa.. takpun Rabu 😃😃
Deletesedih mengenangkan lagi beberapa jam je nak kena masuk kerja hahaha
ReplyDeletesaya kalau petang ahad selalu murung xD
Ehhhh.. samalah.. petang Ahad boleh hilang mood.. itu yang kadang kalau petang akak keluar rumah.. ambil angin sekejap.
DeleteBerat sekali menghadapi hari Senin ya Mbak.
ReplyDeleteSaya mengalami hal begitu ketika dulu masih bekerja.
Salam,
Kalau boleh semua orang yang bekerja taknak jumpa hari Isnin huhu...
DeleteBittaufiq wannajah Kak Widad 🤲🏻
ReplyDeleteCourse IT ke ni Kak?
Cantik betul gambar sunrise tu...
Aamiin YRA 🥰
DeleteBetul tu PH... Computer Science, major in Software Developement.
Malas betul nak mengadap hari Isnin kan. Ahad cepat je berlalu.
ReplyDeleteMurung bila ingat hari Isnin... Patut Ahad 36 jam... lagi bagus kalau 48 jam 😁
DeleteMasa lagi cepat kita melangkah...tiba2 jer nnt dh hujung bulan...
ReplyDeleteHaa betul tu.. ni dah second half year.
Deletealhamdullilah ada jugak masa beriadah 😍😍
ReplyDeleteSelit-selit juga ni Miza dalam dok malas-malas 😁
DeleteSabtu Ahad ok...bila datang hari isnin...hmmmm.....moga baik2 ajer hari isnin ya.
ReplyDeleteKena tempuhi juga huhu
DeleteBanyak paper tu. Semoga dapat buat yang terbaik!
ReplyDeleteAamiiinnn YRA .. insyaallah, terima kasih BK.
DeleteSekarang ni masa sekejap je berlalu kan.
ReplyDeleteIa Mulan.. tup-tup dah 2nd half year.
Deletetu lah org sllu monday blues kan akak sbb blm habis mood nak rehat ehehe
ReplyDeletebukan je orang yang bekerja.. anak-anak pun cranky kalau pagi Isnin 😫
DeleteOk la tu kak dpt gak briskwalk..SA ni x dan..
ReplyDeleteLeklek'an je tu SA... kalau ikut memang malas.
Deletekalau boleh setiap hari nak hari ahad erk
ReplyDeleteBetul tu wak... lepastu duit masuk je tak perlu kerja.
DeleteMemang heaven lah jawabnya 😃
Samalah, saya pun rasa macam tu. Kalau dah Ahad tu cepat betul dah masuk Isnin. Rasa tak puas nak berjimba-jimba dua hari. hihi...
ReplyDeleteKira okaylah tu dapat juga beberapa KM daripada 0KM macam saya. huhu...
Kak Widad sama dengan anak buah saya ambil SPM tahun ni. Semoga berjaya buat mereka.
owhh... Kak Widad dah tahun 2 Unisza... subjek pertama exam SPM tu short form. Akak pun tak ingat nama apa.
Delete