Pages

Friday, July 4, 2025

Detim | Cerita Dari Asrama | Durian IOI

Seminggu agak huru-hara maklum sahaja minggu closing dan ada tugasan ad-hoc. Balik rumah memang collapsed. Dinner pun beli je kecuali ada sehari goreng nasi. Kak Widad pula dah start final exam.

Petang tadi ajak ayah dinner kat luar. Kak Widad taknak join tapi kirim kek je. Ibu teringin makan kat Secret Recipe. Dari office terus singgah. Kebetulan ayah petang cuti sebab malam ni nak balik ke Kulim naik ETS. Nanti teruslah ke KTM Sungai Buloh.

Ada complimentary keropok sementara main dish yang dipesan sampai. Rasanya pertama kali dapat.
Sekarang ada menu air 50% kurang gula.
Ok bandung selasih kurang manis tu.

Disebabkan ibu lapar tengahari tak lunch, ambillah mushroom grilled chicken + rice. Ayah pilih Penang Laksa ikan makerel. Order juga seafood springroll.

Penutup dengan teh tarik kongsi berdua.

*************
Masa lunch tadi terima call dari Wafi.

Ma.... buat apa tu?

Dengar suara tak gembira.. adehhh...

Ibu rehat sekarang Fi.

Ma... minggu depan datang tak?

errr... tak tau lagi Fi. 
(dalam hati nak cakap tak...)

Mama busy ke minggu depan?

ehhh... taklah.. rasa takde apa.
Nanti ibu tanya ayah dulu ya.

Tak sedap hati dah ni. Kalau suara sedih mesti nak ibu lah tu.
Ibu pulak rasa bersalah nak tanya ayah sebab minggu ni ayah dah balik. Minggu depan drive pula.
Since ayah kata ok, boleh visit tokwan sekali.

Alhamdulillah... 

Nanti kita jumpa ya sayang time outing.

Tak sabar nak tunggu Wafi call, beritahu berita gembiraπŸ₯°πŸ₯°

**************

Balik makan tadi singgah gerai durian tepi jalan. Rasa nak dekat 2 minggu banyak durian yang sampai. Musim dah kot sekarang tapi tak tau durian mana.

Tadi pilih durian IOI, sekilo RM18. 
Ibu minta sebiji je minta mereka pilihkan. Sebiji ni sekilo lebih, RM24.... tapi tulah... dalamnya ada 5 ulas jeπŸ˜‚
Durian pun dah scam ibu hahaha... 

Mujur sedap dan manis.
Ibu makan sorang je sebab Kak Widad taknak.

Ibu tengok tadi Musang King RM48 sekilo.

13 comments:

  1. teh tarik mengoda jiwa 😍😍

    ReplyDelete
  2. Wah ada complimentary keropok tu. Haritu saya pergi tak ada pulak. Sedap-sedap menu pilihan tu. Dilema seorang ibu, begitulah. Demi anak diturutkan juga. Naluri seorang ibu. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin..
    Sekarang ni tengah musim durian, dimana-mana pun ada durian. Beli durian ni kadang kala kena scam juga. Tapi yang ni elok lagi okaylah. Dapat yang tak elok tu, tak ada rezekilah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni pernah makan kat situ takde pun dapat complimentary. Baru kot. Makanan yang dipesan dapat cepat je jadi tak sempat nak habiskan keropok.. makan last2 juga.
      Tu lah.. nak salahkan penjual pun tak boleh sebab benda kat dalam huhu...

      Delete
  3. Arghhh...kenapa teh tarik tu tu menggoda sangat kak...?? Mau malam2 nie bancuh,minum sambil lipat kain nie.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. senangnya dapat membahagiakan orang tua meskipun melalui momen momen kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu ayah tu adalah saya dan suami. Sufyan mungkin keliru ya sebab baru baca blog ini.
      Blog ini ditulis untuk kenangan anak-anak jadi saya bahasakan diri sebagai ibu.
      Salam kenal, nanti saya berkunjung ke sana.

      Delete
  5. Alahai 5 ulas je sorang makan habis. Hihi. Durian kampung je selalunya isi dalam banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki juga ni tiba-tiba kak widad taknak makan πŸ˜‚
      Susahlah nak jumpa isi tebal durian kampung kat sini Cie.
      Selalu sakit hari je.. dapat yang tawar. Itu yang alang-alang beli mahal sikit.

      Delete
  6. Aduh kenapa kak widad tu macam sedih2...
    Kuningnya durian! Tapi tak puasla dapat 5 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sorry wafi* bukan widad haha

      Delete
    2. Itu lah tak tau.. bila ditanya taknak cakap.
      Akak tanya bangun tidur.. tak de mood eh.. tak jawab.
      Rindu ibu ya.. tak nak jawab juga.
      Biasa kalau dia diam tu nak dengar suara ibu lah tu.

      Delete