Semalam lepas balik dari majlis kahwin, ibu bawa Axia ke kedai accessories. Tujuannya nak pasang spoiler dan dashcam. 3 hari sebelum tu ibu dah tanya kedai dulu, ada stok katanya.
Banyak brand, boleh pilih ikut poket masing-masing 😃
Ibu ada tanya kedai upah kalau pasang sahaja, katanya RM80. Cuma warranty dia tak jamin atas dashcam yang dibawa sendiri.
Bila ibu search model yang sama kat Shopee boleh dapat dalam RM80. Upah pasang RM80, lebih kurang RM160 sahaja harganya. Kalau pandai pasang sendiri lagi lah jimat berganda-ganda.
Legalah dah siap pasang, bulan 10 nanti Kak Widad nak bawa ke Terengganu.
Siap pasang dashcam, baru mereka pasang spoiler.
Ibu ambil spoiler yang paling basic.
Harga spoiler sekali pasang RM200.Eloklah sikit.. takde lah nampak togel Axia X ni.
Kalau ikut Bami dia minta yang besar, yang lebih sporty.
Takyah lah Bami... ini pun ok. Nanti kalau Bami ada kereta sendiri, nak pasang spoiler tambah sayap kiri kanan atas bawah pun boleh.
Ini satu-satunya kereta yang ditambah accessories. Kereta lain macamana beli... macam tulah kejadiannya sampai bila-bila. Hanya pasang tinted sunscreen.
Pada ibu, kenderaan ni nak sampai point A ke point B sahaja. Dah boleh sampai dengan selamat itu sudah memadai. Kereta dijaga dengan betul, bersih dan dalam keadaan selamat.
*****************
Semalam pagi kununnya nak beli sarapan dulu. Start engin City terasa berat pula. Ni mesti bateri. Tak boleh jadi ni... karang tak memasal tak boleh start masa nak balik. Takpun, Isnin nak pergi kerja terus bateri kong. Mungkin boleh pakai lebih lama tapi taknak lah ambil risiko. Tahun pertama pakai City bateri kong masa nak pergi kerja. Guna Honda Assist tapi still kena tunggu sebab depa nak kena cari kedai yang buka.
Bawa lah Axia dulu cari sarapan.
Masa ayah takde kat rumah lerrr bateri lemah 😫
Suspen je bila tokey buka bonet kereta. Mujur bersih huhu... ibu hanya cuci bonet kereta di service centre, kiranya 6 bulan sekali. Kalau monthly wash tu, cuci body dan dalam sahaja.
Tokey beritahu bateri dah 2 tahun.
ooo.. ada tulis eh 😅
ooo.. ada tulis eh 😅
Diorang guna multimeter untuk check bateri dan alternator.
Memang sah bateri.... nak habislah jangka hayatnya.
Ambil bateri Yokohama, RM215Warranty 1 tahun.
Kedai jual 2 jenis bateri je, Yokohama & Hero.
Ibu ada tanya berapa lama bateri kereta ni tahan, tokey beritahu kalau bateri tak hidup kurang satu tahun, itu masalah bateri.
Kalau tahan 2, 3, 4 tahun, itu REZEKI
😍😍😍
Penting dashcam ni... Sebab sekarang macam macam perangai manusia bawak kenderaan.
ReplyDeleteItulah MT.... ni bila anak² bawak kereta tetaplah risau.
DeleteHarga Shopee memang jauh beza la. Kedai ni ambik upah mahal & kos2 lain sekali.
ReplyDeleteKitorang ni pulak jenis buta pasal kenderaan.... itu yang turut je apa yang kedai sarankan. Nak beli sendiri takut tak kena atau sesuai.
Deletecik merah bertambah comei 😊😊dashcam penting skrg, ramai org gila atas jalan huhuhuhu
ReplyDeleteBubuh mekap sikit nak cantik-cantik 😅
DeleteBila kita dah berhati-hati.. orang lain careless jadi masalah juga.
Kamera kereta sekarang ni penting. Kalau terkena pemandu yang tak beretika....kita ada bukti.
ReplyDeleteKita ikhtiarkan.. bukan nak perkara tak elok berlaku. Mungkin dapat menolong orang lain juga.
DeleteSA ok pun nak pasang dashcam kat keta Nia...
ReplyDeleteHaaaa... kalau asben SA boleh pasang sendiri, boleh je beli online. Nampak macam wayar dalam tu selit-selit je. Tapi kalau tak nak hassle pi kedai je. Setel.
DeleteCikXia kita dulu.. memang siap spoiler...sebab suami beli yang gearUp punya pakej...sebulan rm375 je..sebab Linda yg bayar,Linda Soh dia cari yang bawah rm400 je bulan²...hihihi...rindunya cikXia kita..bijak asyik la hanta reminder utk insurance kete tu,padahal kita tak guna dah..
ReplyDeleteooo dah trade in eh..
DeleteRindu nak cilok2 la tu pake kereta mini 😅
Ada kereta yang takde spoiler memang dah cantik.. tapi Axia ni togel betul atasnya tu bila kosong.
Nak keluarkan babyRuz ritu,kita letgo lah...sebab memang limitkan 2 kete je...banyak² pun tak berpakai,nak buat apa..hihihi
DeleteWak pakai Honda juga
ReplyDeleteTapi Honda ex5 aje
ekeke.. tahan lasak tu wak.
DeleteHonda bawak gi kebun.
Bagus ada dashcam ni. Boleh jadi bahan bukti jika ada apa-apa berlaku. Comel bila dah ditambah spoiler tu. Kalau ikutkan lelaki macam-macam nak ditambahnya accesories tu. Baru juga ganti bateri bulan lepas. Mujur teringat macam dah 2 tahun bateri tu. Biasa pakai 2 tahun lebih sikit macam tu. 3 tahun tak pernah lagi. Asal bunyi dah lain masa nak start enjin tu dah tahu dah tanda-tanda kena tukar bateri.
ReplyDeleteSekarang senang bila guna bateri jenis kering je. Dulu masa awal² bawa kereta guna bateri yang jenis kena isi air. Masa tu kena rajin buka boot.
Delete