Cerita semalam Sabtu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ibu ayah akan bawa anak-anak untuk datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Tahun ini Ambang Kemerdekaan jatuh pada hari Sabtu tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pada hari bekerja.
Selepas beli barang Wafi di AEON Mall Shah Alam, terus ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Ayah dapat beberapa kerusi di bahagian khemah penonton.
Anak bujang ibu. Masa ni Wafi dah bentang tikar depan khemah. Nak duduk situ dengan adik-adik sepupu bila mereka sampai nanti.
ehh.. sempatlah pula mereka bermesej.
ehhh.. banyak skrin gergasi di padang. Ramai berpiknik kat padang.
Bersorak-sorak semuanya.
Juga bila kontingen dari Tourism Selangor lalu. Macam-macam maskot ada.
Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
Dina menangis sebab Bami jelir lidah kat dia.. dah lah baru bangun, Bami pulak kacau.
Geng duduk tepi pagar.
Pertama kali family Cik Baya join.
Cik Ami dari Kajang pun sampai tapi tak jumpa juga. Mereka balik awal sebab esoknya nak uruskan Nana balik ke MRSM.
Diorang nak tengok Hattan dan Bunkface.
Tapi tak tengok sampai habis Bunkface tu sebab dah lewat sangat. Jam 2 pagi dah tu. Bami kata nak tunggu lagu Evolusi. Dapat dengar masa nak ke parkir kereta.
Tak join mereka makan kat mamak sebab Wafi nak kena tidur dah.. paginya nak bangun awal dan ibu kena siapkan bekal untuknya.
Fly high ππ
Terbaiklah Akk dan keluarga π²πΎπ²πΎπ²πΎ
ReplyDeleteTahniah Cik Wada dan selamat bertugas.
Event Merdeka gini sebenarnya dapat suntik rasa cinta pada negara kan.
Ada masa lapang dapatlah kami join.
DeleteLagipun anak-anak enjoy saksikan parade dan nampak semangat bila sama-sama nyanyikan lagu patriotik.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan! Moga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah selalu. ππ²πΎ
ReplyDeleteAamiin YRA.... semoga Malaysia terus aman dan makmur.
DeleteMeriah sambutan ambang Merdeka dekat Selangor..
ReplyDeleteKali ni nampak lebih meriah sebab jatuh pada hari cuti Sueann.
Deletewahh semangatnya tengok bunga api malam2. saya tidur dah jam 12 tu hahaha
ReplyDeletepagi tu pun tengok sambutan kemerdekaan live kat tv je
Bunga api tu dah biasa tengok kan... tak perlu tunggu detik 12 malam.
DeleteLive kat tv akak dapat tengok sikit je sebab uruskan Wafi balik pagi tu.
Tahniah Cik Wada.
ReplyDeleteMeriahnya suasana, lebih meriah keluarga dapat berkumpul.
Bila ada anak² kecik seronoklah nak berkumpul di acara begini.
DeleteTahniah Cik Wada..wah gigih akak erk..kalau SA x tau la...hahahaa...
ReplyDeleteHehe.... sementara diorang masih suka join xtiviti gini layankan je. Pada masa sama boleh kumpul dengan cousins.
Delete