Sepanjang cuti 4 hari ni nak kata tak kemana pun tak juga... keluar rumah juga untuk gathering adik beradik. Ayah sudah book kan homestay yang ada kolam mandi khas buat anak² buah. Bercuti jugalah walau tak jauh dari rumah dalam 20-30 minit. Homestay uncle Wak Sir di Bandar Tasik Puteri.
Owner dari syurga, walaupun book 1 malam Sabtu/Ahad tapi Jumaat petang dah boleh masuk. Manakala check out Ahad malam. Disebabkan anak² buah Jumaat sekolah sampai petang, Jumaat malam lah baru masuk homestay.
Sabtu Ibu dan Wafi sampai jam 6 petang. Ibu tunggu Wafi buat homework dulu tapi ada banyak lagi yang tak buat. Sebelum tu kan ibu bawa nenek pergi kenduri. Balik rumah sementara tunggu Wafi dapatlah ibu lelapkan mata.
Adik beradik lain potluck makanan bawa ke HS. Cik Cha siap² masak kat sana je.
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Lepas solat Maghrib tu buat tahlil keluarga dibimbing oleh Ustaz Abang Muhammad.
Alhamdulillah 10 dari 11 adik beradik dapat berkumpul. Cik Fatin je tidak dapat balik sebab mak mertua datang JB.
Cucu sulong (Ustaz Abang Muhammad) dan cucu bongsu (Auni) yang ke 34 buat masa ini. Walaupun baru berusia 5 bulan tapi Auni dah jadi makcik bila Abang Muhammad ada baby.
Cik Nora bawa ala D'laksa, ummi bawa rendang itik. Manakala Cik Ana bawa sup kambing + kuayteow. Cik Ami seperti biasa bawa ayam golek Bakers Cottage.
Seronok menginap di Bandar Tasik Puteri ni sebab banyak gerai jual makanan dan pasaraya dan kedai yang banyak. Lengkap semuanya.
Ikutkan plan patutnya nak buat BBQ tapi memandangkan sudah terlalu banyak makanan ditangguhkan ke esok harinya.
Ni gambar pagi tadi sebelum ibu keluar untuk memenuhi jemputan kahwin. Budak² ni jam 7 pagi dah semangat masuk kolam. Haiii... kulit biawak ke diorang ni. Tak sejuk ke.
Ni gambar pagi tadi sebelum ibu keluar untuk memenuhi jemputan kahwin. Budak² ni jam 7 pagi dah semangat masuk kolam. Haiii... kulit biawak ke diorang ni. Tak sejuk ke.
Malam pun masih nak mandi tapi jam 10 memang kena masuk rumah lah.
Ada nasi putih, ayam bakar, ulam²an, sambal belacan dan buah tembikai. Masaklah adik beradik sama².
Memang enjoy betullah mereka. Entah berapa kali lah masuk keluar kolam. Mak ayah pun relax sangat berehat dalam rumah.
Kali ni Wafi tak join mandi sebab datang pun sekejap. Malam tadi balik rumah dengan kakak tidur rumah. Petang tadi lepas kenduri ibu singgah rumah sebab nak ambil Wafi pergi homestay semula.
Setakat ni, homestay sini paling memenuhi kehendak kami.
- Berdekatan rumah
- Kemudahan asas yang lengkap seperti kedai makan, pasaraya, klinik, 7E MrDIY, masjid dsb.
- Rumah besar dan lengkap (4 bilik tidur 4 bilik air) Bilik tidur tambahan di tingkat bawah memanjang jadi kami adik beradik perempuan akan monopoli tempat
- Dapur lengkap, tempat BBQ disediakan
- Kolam luas dan berbumbung. Ada bahagian kanak² dan dewasa. Kolam dewasa tu pun kedalamannya hanya 1.2m sahaja.
Disebabkan ayah kerap ajak anak buah datang homestay ini, jadi mereka panggi Kolam Pak Ngah.
Tadi gerak balik jam 8.30 malam. Ada juga yang sudah balik sebelah petang.
Habis dah percutian 2H2M.... yeayy... tak perlu harungi jammed. Amat bermakna bila dapat berkumpul semua keluarga.
Ada lagi cuti berbaki 2 hari.. boleh tak stop button masa😅
Alhamdulillah..murah rezeki pak ngah...puas hati juga, nampak luas homestay nya..owner pun baik juga..
ReplyDeleteHS ni paling sesuai buat family besar kami setakat ini.
DeleteSeronoknya dapat berkumpul ramai2. Tu la kalau dapat stop button cuti ni syoknya boleh panjangkan masa cuti lagi.
ReplyDeleteApa kan daya.. hidup perlu diteruskan huhu
DeleteAuni tu pipi dia, geram nya.
ReplyDeletePipi pau😆
DeleteDekat pun okay je dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Rindunya BTP, duduk lepas study pernah duduk sana rumah kakak saya. Tapi sekarang kakak saya pun dah pindah. Nampak macam dah banyak membangun kat sana.
ReplyDeleteDah berkumpul ni macam-macam aktiviti best boleh buat. Seronok kan.
Oo Fiza pernah duduk BTP. Aah.. macam² ada kat situ.
DeleteXtvt anak² mandi makan. Mak ayah duduk² je chit chat.
total ada 34 cucu ya, meriah sungguh!
ReplyDeletegeramnya tengok si auni tuuu
Meriah kan... auni tu tak sempat baring.. ada je yang nak pegang.
DeleteMeriahnya semua ya....ramai adik beradiknya. Saya 4 orang je.
ReplyDelete11 adik beradik dan 34 cucus.. memang meriah lah.. itu pun ada yang tak dapat join.
DeleteAlhamdulillah, dapat kumpul ramai-ramai.
ReplyDeleteSemoga erat silaturrahim.
Makanan pun macam-macam ada, enak belaka.
Aamiin YRA
DeleteBegitulah hendaknya.
Abg Muhammad nak ada baby ye..wahhh....seronoknya...bertambah2 cucu erk nanti...macam ni la best gathering ramai2
ReplyDelete