Pages

Saturday, September 13, 2025

Sarapan Bakwan @ Cucur Sayur

Selamat berhujung minggu semua.
4 hari cuti kan... pasti ramai yang sudah mempunyai perancangan utilise cuti yang panjang.

Pagi ni ibu buat sarapan Bakwan @ Cucur Sayur sahaja. Tinggal berdua dengan Wafi jadi masak pun ringkas.. ehhh.. biasa pun ringkas je😆

Resepi ni ibu google je.

● Tepung gandum ● bayam ● cauliflower ● carrot ● bawang ● cili padi ● bawang besar ● garam ● secukup rasa ● serbuk kunyit ● telur ● air ais

Sayur apa yang ada kat esbok. Tak ada letak apa² haiwan pun. 

Kalau nak bubuh udang atau bilis boleh je.

Satu kan je semua.. tepung tu boleh adjust... jangan pekat atau cair sangat.

Hidanglah dengan air kegemaran.

Sebab Wafi tak berapa minum kopi, ibu bancuh teh-o je.

Lembut di dalam dan crispy di luar.

Cicah sos cili je.

Sebelum makan Wafi tanya.. ada udang tak sebab dia tak gemar udang.

 Lepas ni nak gi kenduri pula. Baju kerja dah settle iron tadi sebelum buat breakfast. Kerja yang paling tak suka buat, terpaksalah buat dulu 😬😬

Baru lah boleh meronggeng 💃💃💃

15 comments:

  1. Sedap juga ni cicah sos thai, minum kopi. Ngam padu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kann... ada sos thai untuk cicah² lagi terangkat. Ni macam nak kena beli bila anak² ada kat rumah.

      Delete
  2. Nampak menarik cucur sayur atau bakwan. Makan panas-panas... memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaaa.... mujur siap masak tadi Wafi terus nak makan. Adalah kawan makan.

      Delete
  3. Rugilah Wafi tak gemar udang.... ahaks!

    ReplyDelete
  4. Sedap ni cicah lak sos cili. Krup krap krup krap makannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan mantap cuma kalau ada sos Lingham lagi terangkat.

      Delete
  5. Sedap niii! Kalau gi makan kedai indonesia selalu nampak bakwan sayur ni dalam menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ada ya... kena rasa style sana jugalah nanti.

      Delete
  6. Sedapnya, kaya dengan sayur mayur. Saya suka macam ni, tepung sikit je. Rangup bukan main. Kenyang makan pagi macam ni.
    Cuti ni tak kemana, bagi chance orang lain cuti lama dan cuti sekolah. Dengarnya semalam pun sesak sana sini. Malas nak menambahkan sesak lagi, duduk rumah jelah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza.. bubuh tepung sikit je. Akak buat sikit tu tapi bila dah goreng banyak juga rupanya.
      Kalau tak ada apa plan elok duduk rumah je lah rehat². Tau dah bila cuti berganda ni jalan raya cemana.

      Delete
  7. SA dh lama x buat bakwan...tiap kali nak buat rasa sedih...sebab bakwan mmg fav arwah mak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo feveret MP.. mesti teringat² kalau makan. akak 1st time buat ni.

      Delete
  8. Saya langsung nak buat bakwan sayur begini 😍😍😍😍. Memang sukaaa kak. Ini kalo makan bisa lupa dah habis banyak 🤣

    ReplyDelete