Tadi lepas Maghrib ibu temankan Kak Widad ke Lotus Puncak Alam. Tujuannya nak beli barang dan redeem MySARA. Minggu depan dah duduk Terengganu jadi better beli siap² barangan keperluan.
Kebanyakan barang dah beli jadi topuplah sikit lagi. Jenuh juga nak mencukupkan RM100. Taknaklah beli barang yang sudah ada, nanti nak kena simpan pula kat rumah sewa. Makanan kering Kak Widad taknak beli lagi sebab nak tengok keadaan kat rumah sewa cemana.
Disebabkan tak tahu nak beli apa lagi dan masih ada baki, Kak Widad cadangkan ambil apa yang ibu nak. Jadi ibu ambil lah beras Basmathi Cap Lily. Teringat Cie ada cerita dalam blog pasal beras ni, itu yang ibu ambil. Harga beras 5kg tu RM29.50. Rasanya harga beras Basmathi paling murah yang ibu perasan.
Jumlah semua RM101.02
Jadi ibu topupkan RM1 sahaja.
Kak Widad downloadkan juga MyKasih dalam HP ibu. Lainkali bila ibu nak beli barang boleh check dulu. Tadi tengok kat rak ada label Sumbangan MyKASIH jadi bolehlah ambil barangan tersebut. Bila ke rak beras dan minyak masak takde pulak label Sumbangan MyKASIH. Lepastu scan kat barcode depan rak. Takkan not eligible 2 produk ni.
Rupa²nya kena scan kat barcode produk itu sendiri.
Malam orang pun kurang jadi tenang² je lah membayar. Rasanya semua tempat pun sama, system dan pengurusan MySARA telah stabil.
Bulan depan lah kot baru redeem ibu dan ayah punya. Bami plak ibu tak tanya lagi nak beli kat sini atau kat Kuala Terengganu nanti. Minggu depan dah kena balik sana.
satu negeri Bami dengan Kawi...
ReplyDeletelinda punya sampai terlebih RM6o.. kikiki
Negeri sama cuma kampus lain-lain.
DeleteBami kat KT, Kawi di Besut.
Yang lebih tu pun memang nak kena beli juga kan walau takde mysara 😁
tk redeem lg...tp ank punya ic aritu die dh beli skit keperluan utk bw blk asrama ..masih ada baki lg
ReplyDeleteBoleh je kan tinggalkan baki bila-bila nak beli nanti. Ni Widad karang kot terlupa, sibuk dengan study burn pulak. Alang-alang habiskan je lah.
DeleteUntung juga dapat bantuan dapat beli barang keperluan tanpa keluar duit sendiri.
ReplyDeleteSenang ada apps tu nak scan dan check balance. Seronok juga main scan-scan haritu masa membeli.
Kadang ada error, kena scan 2 kali. Mula tu not eligible, lepas tu eligible pulak.
Eh, semua akan berpindah ke Terengganu ke tu?
Ritu sebab teruja nak scan-scan saje lah pi scan makanan kucing hehehe
DeleteTakde pindah Terengganu... Kawi masuk balik Unisza kampus Besut bila masuk Tahun 3. Tahun 2 ritu kelas online. Abang dia masuk sem 7, Unisza Kampus Kuala Terengganu.
Oo macam tu. Sama Unisza beza kampus je. Faham faham.
DeleteBeras tu termasuk MYSara jugak ke....pernah ada yang cakap beras jenis biasa je boleh beli. Ni tak redeem lagi ni.
ReplyDeleteTengok kebanyakan beras ritu boleh redeem. Mungkin makanan ruji dan ada orang tak boleh makan beras biasa kena makan beras basmathi. Itu yang masuk dalam mysara juga.
Deletesaya baru guna rm20 haritu...baki nanti nak guna lagi sekali pulak.
ReplyDeletehttps://syazwantahir.blogspot.com/
Banyak lagi tu Syazwan. Sayang nak guna eh... ada 3 bulan lagi boleh guna.
Deletesaya pun macam cadang nak beli beras basmathi guna SARA ni. jarang makan beras tu kann
ReplyDeleteAlang-alang boleh redeem beli yang mahal hehe
DeleteSA pun dh settle redeem..mala nak simpan2..beli barang sekali stoksebulan..combine ngan husband..dpt banyak la jugak...
ReplyDelete200 tu banyak juga boleh dapat.
DeleteAsben akak soh guna dia punya tapi kan nak kena bawak IC dan orangnya. Kena pergi sama-sama lah gayanya tu.
Waaah senangnyaaa kalau 1 rumah yg eligible ada beberapa yaaa 😄. Jadi banyak juga. Di sini ada bantuan begini, tapi sudah pasti hanya Orang2 yg terdata dan dianggab berhak yg dapat. Hanya saja kebanyakan bantuan untuk pendidikan kak . Bukan untuk beli barang pokok begini
ReplyDeleteKalau untuk anak² ikutlah apa yang mereka perlukan untuk kelangsungan hidup masa belajar.
Deleteammi dah selamat dah guna mysara. menggelabah gak masa nak bayar tu, rupanya bagi je kat cashier ic kita.
ReplyDelete