Pages

Wednesday, March 25, 2026

Rehat & Kembali Ke Klang

Raya kedua Ahad, kat rumah tokwan. Tak ke mana-mana pun. Pagi ibu hantar ayah ke klinik. Malam sampai rumah tokwan tu, check BP ayah sebab beberapa hari asyik nak pitam. Masa tu 79/53. Makngah kata rendah sangat. Pagi bila check kat klinik dah naik sikit BP dan doktor bagi referral letter. Tapi tak perlu terus ke hospital. Nanti balik rumah baru ayah ke HASA. Bila BP rendah takde ubat berbanding BP tinggi, melainkan kontrol pergerakan, tak boleh tergesa-gesa.

Tengahari ibu buatkan sup sayur bayam+cendawan dan telur dadar. Kat rumah tokwan ada lagi ketupat palas dan ayam masak merah. Nasi minyak dan sambal udang yang ibu bawa pun masih berbaki. Tapi tekak nak makan yang ringan-ringan je.

Ole-ole dari China, Paksu Syafiq bawa.

Petang jam 4.30 pm, ibu, Abang Imi dan Wafi gerak balik ke Klang. Tak sampai 24 jam pun kat Kulim. Abang Imi ada plan dengan abang sepupu. Lagipun kalau balik raya ke-3 jalan mesti jammed sebab public holiday 3 hari je. Raya-4 orang dah mula kerja.

Selasa ibu dan Abang Imi dah kerja, jadi adalah sehari rehat di rumah.

Ayah dan Kak Widad stay lagi kat rumah tokwan sampai hari Rabu. Tunggu makngah Shila balik dari Kelantan. Khamis pagi balik sini naik ETS. Dalam pada masa sama boleh lah Kak Widad tengok-tengok kan ayah. Alhamdulillah 2-3 hari ni keadaan ayah bertambah baik.

Sepanjang jalan dari Kulim smooth je, waze bawa jalan dalam. Keluar kat Bandar Baharu. Ibu tidur sepanjang jalan, letih sangat rasanya. Terjaga kat Tapah. Sampai RnR Ulu Bernam, solat dan dinner. Lepas tu baru ibu drive. Jammed sampai ke Rawang Utara. Masuk Rawang Selatan ke LATAR trafik lancar.

Sampai rumah jam 12.30 pagi.
 

18 comments:

  1. Semoga BP ayah kembali normal. Bawa-bawalah berehat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap gitulah.. mungkin juga puasa ritu.. kurang minum air.

      Delete
  2. Rendah sangat tu. Semoga cepat sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... terkejut gak masa tu. Alhamdulillah skrg better.

      Delete
  3. Perjalanan musim raya banyak ngadap jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak... itu yang balik rumah lebih awal.

      Delete
  4. Semoga baik² belaka utk suami Akk 🤲🏻
    Semalam berborak dgn biras, dia pun darah rendah. Bila pening cepat² baring katanya. Ubat mmg takde kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... takde ubat. Kena cukup rehat dan kontrol pergerakan.

      Delete
  5. rendah btul BP tu..smoga baik2 aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendah sgt kan... few days ni getting better.

      Delete
  6. semoga ayah diberikan kesihatan yg baik.
    raya ke-4 dah masuk kerja lah ye. igt apply lagi cuti extra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... takleh cuti lagi Maz, tengah audit. Nanti²lah cuti betul².

      Delete
  7. Semoga tiada yang memudaratkan dan diberikan kesembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. harapnya gitulah.. insyaallah 2-3 hari ni bertambah baik.

      Delete
  8. Rendah tu tekanan BP.. insyallah banyak kan berehat... Musim panas pun bg peranan juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo cuaca panas pun sama eh... camni takleh selalu keluar rumah dulu buat masa ni.

      Delete
  9. Moga BP ayah kembali normal....kalau area utara memang panas juga sekarang ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bertambah elok...
      tu yang risau juga sebab esok wafi nak balik dah.

      Delete