Pages

Tuesday, March 31, 2026

Teringin Makan Manis²

Balik kerja tadi ibu singgah gerai untuk beli makanan buat buka puasa. Craving nak makan manis² huhu

Ibu beli pengat Pisang Nangka+sagu ni. Rasanya yang masam manis seimbang dengan manis kuah pengat tu.

Hari ni ada orang letak Kuih Lopes. Beli sebungkus sebab ibu tertarik dengan kaler Lopes tu guna pandan.

Sedapnya lahaiii... lembut je Lopes ni. Ibu makan 2 keping je, lagi 2 simpan. Kat rumah biasanya ibu dan Kak Widad suka kuih² gini, yang lain pandang je.

Petang tadi ayah beli lauk dan sayur dari kedai mamak. Takyah lah ibu masak untuk dinner.

Hari ni ibu puasa hari ke-6. 

Insyaallah esok sambung lagi.. pelan²lah habiskan. Lepas ni ada beberapa sesi makan² di ofis sempena Syawal.

25 comments:

  1. Makan buah buahan ..teringat kata kata ni. Tambahkan manis dalam senyuman..hehe happy hari raya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah memang ada makan tapi kadang-kadang teringin makan manis bila puasa 😁
      Selamat hari raya juga buat cikgu, maaf zahir dan batin.

      Delete
  2. Alahai kak, cinonetnya drumstick tu.. hihi... selamat hari raya kak, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. ayam dara kot..
      Selamat hari raya juga buat KM, maaf zahir dan batin.

      Delete

      Delete
  3. Alhamdulillah selesai dah puasa 6 ye Kak... Sy baru mula minggu ni ☺️
    Sedap lopes guna pandan asli gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak lagi ni huhu
      Selamat berpuasa PH..
      Nampak macam kaler pandan asli, tu yang tertarik.

      Delete
  4. sedapnya pengat pisang dan lopes tu. dedua sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. sedap... tapi awas.. jangan makan selalu 😁

      Delete
  5. Laju settle puasa 6 akak ye...SA insyaallah esok mula la..sampai next week...nasib baik SA x suka pengat pisang...kalau ada lopes, SA pilih la lopes tapi x leh makan banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setel 6, ada lagi 7 tu yang buat terus. Lambat-lambat karang liat dibuatnya.
      Selamat berpuasa SA.
      Takleh makan pulut banyak eh.

      Delete
  6. Pengat pisang dan sagu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. sedap.
      Makan sorang, jadi beli je, boleh makan terus 😁

      Delete
  7. Dulu saya tak suka lupis. Tiap mama beli pasti tak makan. Tp memang makin berusia, selera pun jadi berubah πŸ˜„. Sekarang malah sukaaa sangat kue2 tradisional begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... jenis kueh pun seiring dengan usia 😁

      Delete
  8. Replies
    1. Kot teringin beli je MT, lagi-lagi kalau sorang je yang makan.

      Delete
  9. ana pun nak selesaikan puasa 6 minggu ni & blh smbung beraya openhouse hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy... boleh sambung makan.. makan dan makan 😁

      Delete
  10. alhamdulillah...hari sabtu nanti la linda mula puasa 6..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini rare Linda, Sabtu orang nak pi beraya open house 😁

      Delete
    2. Emm, kita lone ranger..jrg dapat jemputan open house.. hahaha..nampak sangat takde kawan..

      Delete
  11. Saya habis dah puasa 6 hari khamis tu. Skrg tgh sambung puasa ganti pulak, baru kita rayaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajommm kita habiskan cepat-cepat.. akak selesai 9, ada lagi 4 hari huhu

      Delete
  12. Tengok pengat pisang tu teringin juga nak makan yang manis-manis!

    ReplyDelete