Pages

Friday, April 3, 2026

Buka Puasa Di My Mom's Chicken Rice

Khamis petang balik dari ofis ibu singgah Lotus Setia Alam. Cadangnya nak cari kasut. Tak jumpa pula yang berkenan.

Masuk My Mom's Chicken Rice (owner Linda Onn) sebab waktu berbuka sudah hampir. Belek² menu susah juga nak memilih. Taknak makan ayam sebab hari sebelumnya dah makan.

Sirap Bandung Soda.

Mee Bandung Muar.
Accessories banyak tapi tak nampak sebab tertutup dengan kuah.

Macam ni isinya.

Lama tak masuk Lotus Setia Alam. Kedai kasut dah pindah level atas. Dulu Cik Wada kerja sini masa tunggu result SPM.

Ada rupanya Romantika kat sini.

Lawa langsir² dia.
Nanti bolehlah tengok² lagi.



Kaler kegemaran ibu ni.


Saje lah tengok² gubahan bunga, cari idea.

Ingat nak beli bunga hiasan tukar yang kat rumah. 

Dah tak dapat kasut, benda lain pun tak beli. Dapat makan je lah sorang².
 

12 comments:

  1. Ada menu lain juga selain nasi ayam. Tak pernah makan kat kedai Linda Onn ni. Cantik2 la bunga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak second time pergi tapi ini pertama kali pertama di Setia Alam sebab baru buka. Bagus gak banyak pilihan cuma jadi lambatlah order sampai sebab kena masak. Kalau ambil nasi ayam mesti cepat.

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap kak... tapi takleh lawan yang kat Muar rasanya hehe

      Delete
  3. Sirap bandung soda tu, mcm extra joss anggur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. pucat je kalernya... mujur rasa soda dan bandung dia kuat. Akak tak pernah minum extra joss jadi tak tau rasa cemana.

      Delete
  4. Pernah makan kedai nasi ayam Linda Onn ni dekat Lotus Rawang..Linda ambil soto tak silap masa tu, tapi sup berempah sangat..Linda kurang sikit sup rempah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak best sangat kalau soto terlalu berempah. Ritu akak beli paste, sama gak, berempah.

      Delete
  5. Belum pernah lagi sampai sini.
    Syoknya cuci mata di Romantika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ritu tengok depan je kak, tak abes tengok bahagian dalam.
      Kena pelan-pelan masuk Romantika.

      Delete