Khamis petang balik dari ofis ibu singgah Lotus Setia Alam. Cadangnya nak cari kasut. Tak jumpa pula yang berkenan.
Masuk My Mom's Chicken Rice (owner Linda Onn) sebab waktu berbuka sudah hampir. Belek² menu susah juga nak memilih. Taknak makan ayam sebab hari sebelumnya dah makan.
Accessories banyak tapi tak nampak sebab tertutup dengan kuah.
Macam ni isinya.
Lawa langsir² dia.
Nanti bolehlah tengok² lagi.
Ingat nak beli bunga hiasan tukar yang kat rumah.
Dah tak dapat kasut, benda lain pun tak beli. Dapat makan je lah sorang².










Ada menu lain juga selain nasi ayam. Tak pernah makan kat kedai Linda Onn ni. Cantik2 la bunga tu.
ReplyDeleteAkak second time pergi tapi ini pertama kali pertama di Setia Alam sebab baru buka. Bagus gak banyak pilihan cuma jadi lambatlah order sampai sebab kena masak. Kalau ambil nasi ayam mesti cepat.
Deletecuci mata jangan tak cuci mata
ReplyDeleteekeke... cuci mata je... janji 😁
DeleteSedapnya mee bandung tu.
ReplyDeleteSedap kak... tapi takleh lawan yang kat Muar rasanya hehe
DeleteSirap bandung soda tu, mcm extra joss anggur pulak.
ReplyDeleteKan.. pucat je kalernya... mujur rasa soda dan bandung dia kuat. Akak tak pernah minum extra joss jadi tak tau rasa cemana.
DeletePernah makan kedai nasi ayam Linda Onn ni dekat Lotus Rawang..Linda ambil soto tak silap masa tu, tapi sup berempah sangat..Linda kurang sikit sup rempah ni
ReplyDeleteTak best sangat kalau soto terlalu berempah. Ritu akak beli paste, sama gak, berempah.
DeleteBelum pernah lagi sampai sini.
ReplyDeleteSyoknya cuci mata di Romantika.
Ritu tengok depan je kak, tak abes tengok bahagian dalam.
DeleteKena pelan-pelan masuk Romantika.