Pages

Monday, April 27, 2026

Cafe Hunting : Coffee Tyme

Lepas Zohor semalam ibu ayah attend jemputan kenduri kahwin rumah Nenek Eton dan Atuk Man. Sepupu ibu, Anang kahwin. Majlis untuk family. Kami pun tidak dipanggil untuk rewang, jadi datang makan je.

Nampak keluban/kerabu dan lauk kampung, auto rasa lapar padahal kat rumah dah sarapan nasi lemak. Nasi lemak 2 hari 1 malam🀣🀣. Nasi dan sambal semalamnya ada lagi jadi ibu tambah accessories je.

Goodie bag dapat bihun, sorang satu. 
Pertama kali ibu dapat bihun... biasa dapat beras, kicap atau sos.

Lepas makan ayah ajak ngopi dulu.. saje nak cari sejuk². Terus ke Eco Grandeur.. takde specific tempat pun nak pergi. Nampak kat sebelah The Coffee Bean & Tea Leaf ada kafe baru, Coffee Tyme. Jadi kita try sini lah.

Cuba cari info sama ada kafe ni franchise dari Indonesia tapi tak dapat banyak maklumat. Ada Halal Cert dari Majelis Ulama Indonesia.

Antara pastries dan desserts yang ada.

Ibu tertarik dengan tart.

Mereka ada bagi tester.. sedap kopi ni tapi ibu tak berani pesan. Semalam dah minum kopi. Sebotol ni RM16.90 dan kalau order nanti mereka bagi cawan dan ais.

Ibu order Amber Peach Tea manakala ayah pilih Coffee Latte.. tak boleh dah minum manis jadi sekarang minum yang pahit² je tak bergula .. uhuks

Lemon Tart

Cafe ni tak besar.. ada pelanggan 3 meja ramai². Bila mereka dah keluar baru rasa tenang🀭

Detim lah kununnya.
 

30 comments:

  1. sy kalau kedai nasi campur yg jual lauk kampung auto terus cedok nasik.. hehehe

    kak, jom jawab tag.. tgk kt blog sy.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lunch dapat lauk kampung memang seruuuuu
      Ok.. dah tengok... insyaallah nanti try 😊

      Delete
  2. Macam detim masa zaman student erk..hehehe...SA pun berkenan tengok tart tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa... zaman student kami tak berchentaaaa πŸ₯΄πŸ₯΄

      Delete
  3. Comel lemon tart tu. Macam2 jenama kedai kopi sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie.. kadang saje je nak cuba.
      Cafe-cafe hipster ni bukannya murah makanan dan minumannya. Sesekali boleh lah.

      Delete
  4. Replies
    1. Tu yang beli... nak rasa sebab topping dia cantik.

      Delete
  5. Cantik pulak tengok lemon tart tu,
    Saya pernah dapat goodie beg dalamnya bihun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dapat goodie bag berisi makanan auto happy kan..

      Delete
  6. Cuya pon pernah dapat goodies bag bihun. Tapi kat rumah tak biasa masak bihun jadi beri pada abang

    Air kopi tu nampak sedap. Lemon tart tu cantik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodie bag makanan kering boleh simpan. Haa better beri kepada yang makan kan... dipanjangkan rezeki.
      Air kopi tu pahit lah Cuya sebab takde gula. Akak pun sekarang dah terikut asben minum takde gula.

      Delete
  7. Wah sekarang payah dah jumpa keluban dimana2 kalu kepingin kena buat sendiriπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa memang kena ambil kan... buat sendiri pun sedap... bubuh pucuk meranti lagi terangkat ada rasa pahit-pahit sikit. Tapi pucuk meranti kadang susah nak dapat.

      Delete
  8. Sy pun kalau nampak lauk kampung, mmg akan ambil. Ratah @ rasa sikit pun jadi la

    Seronok goodies sekarang, dapat barang² dapur. I like hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat praktikal kan.. lagi-lagi kalau dapat yang kering.

      Delete
  9. Replies
    1. kihkih... detim cara orang tua.. takde apa nak buat kat rumah 😁

      Delete
  10. Sebagai orang jakarta, yg suka eksplor banyak kafe kopi di sini, kenapa saya tak tahu kopi iniiiii πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Saya langsung google kak, ternyata kafe utamanya di Tebet, lalu ada cabang di Gili Trawangan (lombok). Jadi penasaran kan. Okelah nanti kalau sempat kesana saya nak coba yg di Tebet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya baru juga di sana. Coffee Tyme ni satu-satu nya ada di sini.
      Kalau Kenangan Coffee lama juga establish dan banyak branch.

      Delete
  11. Pergh!! Menu kenduri tu mengancam..
    First time tengok orang bagi bihun..
    Tart tu nampak mengancam sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri kat kampung gitu ler. Tu lah.. akak pun pertama kali dapat bihun dalam goodie bag.

      Delete
  12. Lemon tart lama nya bertahun tak makan.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya, menu kampung jugak yang best. πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul... kalau pergi kenduri yang katering. biasanya set nasi sama je kat mana-mana.

      Delete
  14. Lauk-lauk kampung memang ngam betul kan?Banyak pilihan desserts di cafe itu bisa buat rambang mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak sangat akhirnya pilih yang biasa makan je.

      Delete
  15. Lawa2 tart dia. Oo ni kafe dari indonesia rupanya.. saya belum pernah jumpa kt tmpt lain lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu²nya kat Malaysia... akak pun tak sure ia franchise ke bukan sebab tak banyak info. Perasan ada logo halal dari Majelis Ulama Indonesia, tu yang cari info.

      Delete