Hari Sabtu 11/4/2026 seusai solat Subuh, ibu dan Abang Imi bertolak ke Kuantan. Ayah tak join sebab ada program jamuan hari raya ASAS.
Sebelum Tol Gombak... cantik view pagi. Cuaca pun elok.
Lepas Tol Karak, Bami minta ibu take over sebab dia rasa mengantuk. Katanya jam 1 am baru tidur walau ibu dah pesan tidur awal😬.
Berhenti kat RnR Temerloh, nak cari sarapan dulu. Ambil makanan berat terus jadi tengahari tak perlu makan.
Pinggan Bami.
Macam dah jadi kewajipan, berhenti sini mesti nak ambil Patin Tempoyak. Pilihan ibu Gerai No. 12 dan kali ini rasanya memuaskan. Pernah sekali terasa lebih masam dan masin.
Ibu dapati harganya sudah naik. Harga² sebelum ini RM10 naik ke RM15. Sekarang sudah naik RM18 seketul.
Kopi ais buat hilang mengantuk huhu.
Masa ni game pertama mereka sudah selesai.
Hari tu sekolah ada jamuan hari raya, rezeki anak² selepas game dijemput memeriahkan majlis.
Ehhh... hp ibu kan... sukahati lah😃
Nanti kalau ibu cakap... kalau ibu takde nanti, Bami boleh tengok gambar kita berdua...
Haaa... ayat ni dia cukup pantang 🤭🤭🤭, terus jadi sentap 😁.
Dalam mall, saje jalan²... cari Watson sebab Wafa kirim barang.
Masalahnya masuk Watson, bukan beli seketoii je... berketoi² barang ibu.. Bami juga ambil kesempatan.
Ibu belikan Wafi & kawan² Tealive juga sushi AEON.
Bami nak juga cari cable handphone... singgah MrDIY otw ke SEMSAS. Kat Kuantan pulak lah nak cari cable. Bagusnya MrDiy ni banyak cawangan, sangat² memudahkan.
.jpg)



.jpg)


seronok la Wafi erk....last week akak kat Kuantan...SA plak this week..hehehehe....
ReplyDeleteBest laaa gi Kuantan healing-healing... akak tak sempat lah berjalan-jalan santai.
Deletebanyak cerita pasal kak faiz hari ni.. hihihi...
ReplyDeleteekeke.. ni mesti Afzan & BK nya entry.. saje je diorang tu publish hari yang sama😁
DeleteDah naik harga ek jadi rm18.. saya sempat merasa masa harga dia rm10 tu. Murah dan sedap
ReplyDeleteSenang makan kat situ je.. tak payah masuk pekan cari restoren yang viral unless kalau memang dah aim nak ke sana.
Deleteecm tu pergi awal ok lagi kak,kalau hala ke petang mau jem melekat nak cari parking pun susah..
ReplyDeleteoo.. agaknya sebab mall paling besar kot kat Kuantan
DeleteLama pulak tak makan patin tempoyak ni. Saya suka....
ReplyDeleteSedap kan... lagi-lagi terus makan, takyah masak-masak 😅
DeleteApabila matahari bangkit dari tempat tidurnya maka berubahlah warna alam, langit yang kelam nenjadi jingga.
ReplyDeletePuitis nya kak... ini lah jiwa penulis bila sudah mula berbicara 🥰
Deletepatin sangkar pun dah mahal sekarang sekilo rm20+ dah rasanya. dulu2 rm17-18 je sekilo.
ReplyDeleteoo tu laa kot sebabnya... belum lagi patin sungai.
DeleteAkak rasa sebelum ni kat gerai ada tulis patin sangkar dan patin sungai diorang jual asing. Patin sungai mahal sikit. Ritu pergi ada satu patin je.
Alaaa bami ni bagi lah can ibu posing bersama time jalan2
ReplyDeleteBudak laki kak hehehe... mana mau nya kena ambik² gambar, malu ngalahkan anak dara😬
Delete