Salam Aidil Adha🥰
Cik Elis share gambar ni.. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor bersolat di Masjid Shah Alam juga. Cantiknya Permaisuri.
Kat rumah masak biasa je. Makan lepas solat. Ayam MLCA ibu masak sebelum ke masjid. Balik solat ibu tumis sayur dan goreng keladi. Ketupat palas ibu rebus malam tadi. Potluck bawa rumah nenek.
Kat rumah nenek, adik beradik semua potluck. Jadi meriah lah meja makan. Nenek masak lontong dan sambal tahun. Mostly menu ayam... goreng, rendang, kicap, merah... itu yang ibu buat MLCA. Ada juga rendang daging, paru balado dan udang sambal. Cik Elis buat nasi Khomok.
Masjid sembelih lembu hari Sabtu nanti. Satu lagi bahagian buat di Mesir, Abang Muhammad uruskan. Nanti bahagian nenek, Intan ambil.
Qurban tahun ni ibu ayah buat atas nama Kak Widad. Lembu no. 24. Kali ni under Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Al-Furqan di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Peserta dapat 5 kg daging & 2 kg tulang. Ibu serahkan semua kepada pelajar tahfiz.
Aktiviti hari raya haji gini lah... makan... makan.. makan..
Ni sambil makan kami bincang aktiviti Family Day hari sabtu ni.
Takleh tido pulak.. dok kecoh kumpul duit raya. Adik² ipar lelaki bagi duit raya. Dah beberapa hari mereka kongsi rezeki.
Tekan awal 0.01
Tekan lambat dah habis.
Baca doa makan.
Baca Bismillah.
Alhamdulillah... kumpul² boleh lah beli 2-3 ketoi kopi ZUS😅


















Dulu rajin jugak la mengumpul ewallet tu. Sekarang ni jarang dah. Seronok jugak potluck macam2 menu ada. Mantap nenek bonceng cucu.
ReplyDeleteHehe.. berebut² mak² sedara dan anak² sedara kumpul ewallet🤣. Nak memeriahkan keadaan. Yang memberi pun seronok nengok masing² berebut😅
DeleteCucu lambat lagi nak pandai naik motor. Setakat ni Abang Aqil je kadang² bawak nenek naik motor. Biasa nenek bawak sendiri ke mana².area kampung tapi dekat2 rumah je.
selamat hari raya aidiladha ibu rawiwa sekeluarga. hehe suka tengok makanan bersusun-susun atas meja tu
ReplyDeleteTukang masak & tukang makan ramai😅
Deletesalam aidil adha..penuh menu kt meja tu.....sronok dpt claim ewallet tu
ReplyDeleteEwallet tu saje suka².. boleh lah buat topup touch n go😅
DeleteAlhamdulillah..rezeki tu..
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha
Alhamdulillah atas nikmatNya.
Delete