Masa ibu buat entry ni sambil tunggu order kedai makan. Wafi baru sampai Sungai Buloh.
Wafi tunjuk Nasi Goreng Tomyam yang dibeli. ibu baru tau Santan dah masuk ETS bila ada laluan Padang Besar - JB. Sebelum ni hanya untuk perjalanan MySawasdee KL-Hatyai.
Kalau menu Santan yang ibu suka order :
* Pak Nasser’s Nasi Lemak
* Uncle Chin’s Chicken Rice
Wafi dan kawan² F4 buat persembahan Koir (girls) + Dikir Barat (boys). Tak tau lah cemana gayanya bila koir digabungkan dengan dikir barat. Wafi bagitau cikgu² terharu dan seronok menyaksikan persembahan mereka.
Dah macam budak kolej balik pakai baju kurung gini. Wafi kata tak sempat nak tukar baju batik sekolah sebab pakcik bas dah tunggu untuk bawa ke stesen KTM.
Nampaknya Wafi tak bawa balik Mr Crabby. Bila ditanya ada pada Ika, tak sempat nak ambil.
Wafi akan bercuti 2 minggu sehingga 6/6/2026
Seperti biasa ada pesanan mesra dari pentadbir.









Alhamdulillah. Lega n tentu seronok Wafi dah sampai rumah.. Selamat bercuti Wafi.. π₯°
ReplyDeleteSeronok lah dia.. dapat tidur.. dapat pegang HP π
Deleteyeay semua dah sampai rumah..anakdara saya tengah qada tidur walaupun homework dia bertimbun
ReplyDeleteStandard lah tu.. tidur cam takde hari esok hehe..
DeleteHomework kalau akak tanya nanti terus moody π¬ tu yang tak tanya lagi. So far tak pernah lah takde HW huhu.. kadang ibu yang tensi nak pastikan siap π
Alhamdulillah..dah sampai..semangat cikgunya siap ada kelas online lagi..
ReplyDeleteKelas sebelum raya haji je...minggu kedua relax sket.. bolehlah buat hw yang lain.
DeleteSeronok la maknya buah hati dah balik ni cuti lama.
ReplyDeleteNampaknya berasap lah dapur ibuπ
DeleteCuti pun ada kelas. π
ReplyDeleteMujur 3 hari je.. lepas tu baru boleh cuti. Itupun kerja sekolah ada juga.
DeleteSelamat bercuti wafi
ReplyDeleteTerima kasih uncle Wak.
DeleteWak tak jalan-jalan ke cuti skul π
seronok anak2 asrama dh blk...bdk2 skarang mmg suka send gmbr one time only
ReplyDeleteentah lah diorang tu MT... geram je dibuatnya.
Deletebudak sekolah asrama cuti awal daripada sekolah harian ye? saya ingatkan semua sekolah start cuti dri 23hb
ReplyDeleteWafi kan sekolah kat Kedah (Kumpulan A), jadi start cuti Jumaat 22hb. Sekolah Kumpulan B bermula 23hb.
DeleteSelamat bercuti Wafi.
ReplyDeleteNasi lemak Pak Nassier memang sedap terutama sambalnya tu.
haaa betul lah kak.. tapi kena makan di awan biru hehe
DeleteSaya biasanya kalau beli menu santan juga pilih nasi lemak. Tp kalau ada menu nasgor Tomyam, pastilah saya pilih ituuu ππ. Baru tahu ada menu itu. Baru agaknya ya? Tp memang saya dah lama tak naik airasia.
ReplyDeleteLama juga wifi bercuti. Enjoy liburan raya haji ya wafi π
Rasa nasgor tomyam tu dalam ETS je.. tak jumpa plak dalam AA, dah lama juga tak naikπ
DeleteYeayyy...dh balik..cuti lama ye...seronok la dia kan....
ReplyDeleteHaah.. 2 minggu.. harap puaslah dia dok rumah.
Delete