Kawan² kutip RM5 seorang. Total yang mereka kumpul RM145.00
Kawan² minta Wafi belikan. Kalau kat Kedah mereka kena pergi ke Alor Setar atau Penang untuk beli.
Kedai ni tak besar pun tapi nampak ramai pelanggan.Wafi ambil Montigo Ace Bottle 950mlSebiji tu RM109.90
Pilihan lain.Pilihan tapak dan penutup yang ada. Harga setiap satu RM25.Dengan setiap pembelian botol, boleh beli botol kedua dengan harga diskaun.
Disebabkan Wafi sudah ada tumbler jadi ibu belikan untuk Kak Widad pula. Ambil tumbler berharga RM109.90 dengan harga RM65 sahaja. Kak Widad tak add on tapak atau engrave nama.
Engrave nama atas botol.Tulisan yang dipilih. Sweet je kaler ni. Wafi kata sensei suka pink colour.Total semua untuk hadiah cikgu RM150.40
Botol RM109.90
Tapak RM25
Engrave nama RM15
Paper bag RM0.50
Kad beli di Objet.
Mana yang kurang tu ibu tambahlah duit.








cantik warna tumbler tu. soft pink memang sesuai dgn kaler lavendar :D
ReplyDeleteCuma tapaknya tak banyak pilihan yang boleh match. Last² ambil blue soft tu. Ada yang sesuai tapi design berlubang² pulak.
DeleteAunty setuju warna tu wafi...mesti sensei lembutaje orgnya kan...
ReplyDeleteAgaknya laa.. ibu pun belum jumpa lagi... Sensei tak ajar Wafi walau guru kelas sebab dia kan ambil Bahasa Jerman. Tak sure pulak subjek lain yang sensei ajar.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteLawa warnanya, sedap mata memandang.
ReplyDeleteSupaya cikgu pun tenang je mengajar bila nampak botol ni☺️
DeleteSweet ja warnanya..sempena hari guru atau birthday sensei ni.
ReplyDeleteIngat dulu, nk minta kelas Jepun, dapat kelas bahasa Arab..hihi..
Sempena birthday sensei... ehh ye lah... akak tak mention dalam entry. Nak kena edit lah ni.. tq Linda.
DeleteOoo ambik BA... terer.. terer
ma ismuki😁
ismi linda...
Deleteehhh gitu... hahaha
happy la sensei dapat botol montigo.
ReplyDeleteTanda kasih anak murid🤗
DeleteBoleh tahan harga montigo ni.
ReplyDeleteMesti berkualiti kan sebab ramai yg minat.
Cuya je tak terjebak dgn tumblr lagi.
Kalau terjebak memang buat collections la haha
Tahan poket je ni Cuya.
DeleteAkak tengok tumbler biasa banyak yang sama macam Montigo dengan harga yang berpatutan. Biasalah budak² ni... FOMO😅
Jangan terjebak Cuya... nanti menyesal tak sudah🤪
Nice combination; pink & purple. Mesti Sensei suka
ReplyDeleteKan... tu pun Wafi VC salah seorang kawan dia dulu tanya pendapat.
Deleteohhh cikgu bahasa jepun dipanggil sensei ye.. selalu kalau gi kedai ubat cina kita panggil dorang sensei..
ReplyDeleteBetullah.. kat pekan tempat akak ada satu kedai ubat cina.. kami pun panggil sensei.
DeleteNi akak google 👇
Sensei (先生) ialah perkataan Jepun yang bermaksud “guru” atau “cikgu”.
Namun penggunaannya lebih luas, bukan hanya di sekolah. Ia juga digunakan untuk menghormati seseorang yang pakar atau berilmu, contohnya:
Guru sekolah
Pensyarah
Doktor
Peguam
Jurulatih (contohnya dalam seni bela diri seperti karate, judo)
Secara ringkas:
👉 Sensei = orang yang mengajar atau seseorang yang dihormati kerana ilmu/pengalaman
Manis warna tumbler itu. Sekarang memang macam trend bagi tumbler Montigo ni ye. Masa boss berpindah keluar team KSarie bagi Montigo juga. Molek ye tumber ni?
ReplyDeletePadahal takde tulis perkataan Montigo pun kat botol tu.. ada logo kecik je kat bahagian bawah. Tu kalau letak tapak tak nampak dah logo tu.
DeleteTumbler takde jenama pun banyak yang lawa.. tapi budak² ni kan FOMO😆
Peminat pink mesti suka sgt ni.. kalau sy pink pilihan terakhir... hihi.. kt tiktok ada jugak brand sebijik montigo ni, kaler² pn byk pilihan jugak mcm montigo tp nk buat hadiah xpelah beli yg branded, biar sensei terharu.. hihi
ReplyDeleteBetul.... kat TT macam² ada.. yang kosong... bercorak... munge².. akak tengok ramai officemate ada. Akak je takde hahahha
DeleteBila collect sorang RM5 tak terasa lah mahal Montigo tu... anak murid pun rasa seronok hadiahkan kat cikgu sebab brand tu.
Montigo ini warna2nya sweet sangat. Memang menarik bagi penyuka warna pastel. 👍. Di sini pun ada, anak saya yg suka Tumbler begini
ReplyDeletehaa betul lah.. semua pastel colour.. budak-budak sekolah kalau dapat pakai brand ni memang suka sangat lah.
DeleteSweet betul warna tumbler tu.. Tulisan yang dipilih pun comel ja..
ReplyDeleteMujur mereka ada bagi sample font jadi bolehlah pilih.
Delete