Pages

Saturday, May 23, 2026

Kelam Kabut

Minggu lepas tak jumpa si kura².. agaknya masa ibu lalu tengah berenang²... awal dia berjemur pagi ni. Nampak partner dia ada dalam air.


Hari ni 2 kali je pusing tasik sebab rushing balik. Nak kena prepare breakfast Wafi sebab jam 9 ada kelas online.

Ibu gorengkan keladi favourite Wafi. Cicah sambal kicap.

Ada balance nasi semalam dan beberapa hari lepas, ibu goreng juga. Pakai sambal belacan tapi ibu gorengkan dulu bawang dihiris dadu juga carrot. Tambah telur.

Buat nasi goreng biasanya ibu tak guna garam, hanya letak sos ikan atau sotong juga secukup rasa.
 

22 comments:

  1. Keladi apa yang akak guna? Macam ubi keledek tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. akak pun tak tau nama ubi keladi ni.. ada jual kat pasar atau pasaraya. Mak pun ada tanam, batang/pelepah boleh buat sayur.

      Delete
  2. walaupun rushing sempat juga masak tu...kalo saya beli je breakfast tapau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut hati memang nak beli je. Hari Jumaat dah tapau sebelum gi kerja.. Wafi komplen bihun tak sedap. Nasi lemak beli pulak dia kurang gemar. Lebih baik lah ibu buat goreng-goreng je untuk dia.

      Delete
  3. waahh rushing pon ibu sempat juga bersilat sediakan dua jenis hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yang senang-senang je Ana. Nasi goreng tu Wafi tak makan pun sebab dia lagi suka keladi.

      Delete
  4. Rushing pun sempat beriadah dan masuk dapur, terbaiklah ibu πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah plan nak masak apa itu yang sempat buat... lagipun yang senang-senang je πŸ˜…

      Delete
  5. keladi goreng tu buat makan petang2 sedap!

    ReplyDelete
  6. Biasanya kalau ada kura-kura memang ada partner dia.
    Sedapnya keladi goreng tu.... teringat keladi banten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo camtu.. macam angsa pulak.
      Alamak.. saya jenis-jenis keladi pun tak berapa tau kak.. baru search ada nama banten dan minyak.

      Delete
  7. Waaah ada kura2 di tasiknya 😍😍. Semoga bisa berkembang biak mereka yaaa.

    Sedaap tuh kak, goreng keladi makan dengan sambal kecap 😍😍

    ReplyDelete
  8. Bila la SA nak briskwalk....seronok tgok akak briskwalk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sekali je pun dapat BW huhu... SA dok rumah taman lagi senang kan kalau nak BW.. ada taman tepi rumah. Akak leceh sikit sebab kena drive.. nak BW kat area rumah jalan kampung takde bahu jalan.

      Delete
  9. Nasi goreng stail suami Linda mcm tu la .letak sos tiram bagai..
    Kita tak reti, suka plain gitu je..ketuk cili padi 2,3 ketul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak buat NG pun style kampung juga... takde sos tiram atau kicap.

      Delete