Pages

Thursday, May 14, 2026

Lunch Di Rest. Mohd Chan, Sungai Buloh

Sabtu lepas solat Zohor ibu hantar ayah ke KTM. ETS ayah jam 4 jadi adalah masa nak lunch kat luar sama². Ayah ajak makan di resto Mohd Chan, Sungai Buloh yang berdekatan dengan stesen KTM.

Jus Epal Asam Boi & Ais Kosong

_
Masa tunggu menu yang dipesan, staff hulurkan dessert ni sempena Hari Ibu.
Auchh... comel je.

Hari Ibu namun anak³ jauh di mata😔

Daging Black Pepper

Nasi Kapitan Fillet Fish

Order dua dish ni je, makan berdua minta extra pinggan.

Ibu tak sure samada setiap cawangan restoren ada menu berlainan atau menu sekarang sudah ditukar. Ibu pun dah lama tak masuk resto MC. Biasa pergi kat Klang Sentral.

Tengok menu tak nampak Nasi Ayam atau Itik Panggang yang menjadi Signature Dish sebelum ni. 
 

18 comments:

  1. cantiknya dessert hari ibu...
    selamat hari ibu juga untuk akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Afzan🥰
      Macam biasa rasa kek tu, macam jajan dipotong pastu hias.

      Delete
  2. selamat hari ibu buat kak faizah

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Ibu buat semua ibu semuga crmerlang di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. wah sronok dpt dessert sempena hari ibu....kalo ke mohd chan menu fav ikan stim limau mkn share ngan bff...menu single set kdg2 ada order juga

    ReplyDelete
  5. Selamat hari ibu...kita x sambut pun hari ibu tahun ni..masak laksa je sempena hari ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA🥰
      Sama.. takde sambut pun... anak² pun takde kat rumah. Akak bawa mak je gi minum ritu.

      Delete
  6. Selamat Hari Ibu, Ibu 🌹
    Sy dah lama sangat tak masuk restoran MC ni, tak pastilah apa menunya sekarang.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih PH🥰
    Sama gak lama tak masuk, tu yang tercari² menu lama yang biasa makan.

    ReplyDelete
  8. Cantik dessert hari ibu.
    Pernah sekali makan di MC, tak silap di Gombak atau pun Selayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Klang Sentral ada kak tapi so-so je rasanya. Tempat pun dah tak berapa menarik. Awal² dulu suka makan kat situ.

      Delete
  9. wahh sweetnya dapat dessert free!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je tapi sebab diorang plating cantik² tu yang nampak menarik.

      Delete
  10. Owh..ada yang dekat dengan stesen KTM je ye? Boleh walking distance tak kak?? Next, boleh try makan kat sini juga..sementara nk tunggu waktu gate buka...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketibas juga tu kalau nak jalan... 1km lebih. Takyah lah hehe
      Kat bawah tu je ada satu cafe tu pun cepat betul tutupnya. Weekend lagi lah tak buka.

      Delete