Lepas makan takde dah sakit.. pagi ni pun elok je. Tapi memikirkan akan datang mungkin datang lagi sakit better jumpa dentist. Takut tu memang ada lagi² jumpa doktor gigi.
Bila dentist check ada lubang pada belakang geraham kecil. Dari depan memang tak nampak cuma. Doc kata ada perubahan warna gigi dan lubang tu kat belakang. Gusi tak bengkak jadi tiada masalah pada saraf gigi. Doc buat rawatan tampalan. Memang ngeri lah rasanya tapi Alhamdulillah takde rasa sakit atau nyilu.
Doc advise kalau selepas seminggu atau dua masih ada rasa sakit, datang semula ke klinik. Rawatan seterusnya samada cabut atau buat rawatan akar. Uishhh... sayang gigi... takkan nak rompong huhu.. kalau masih boleh dirawat kita usahakan. Rawatan akar kos dalam RM800 dan akan dilakukan dalam 3 kali jadi bolehlah split kos tu setiap kali datang.
Be good ya gigi🤑
Takmo macam²...
Total visit hari ni RM170.
Jam 11.30 sampai rumah. Ayah kebetulan baru balik dari appoinment kat Hospital Uitm ajak lunch. Pergi kedai makan dekat dengan rumah. Makan berdua RM14, air kosong free.
Masuk kereta perasan ada love letter kat wiper... arghh.. sudah...
Patutlah masa kat klinik masa ibu nak bayar parking ada popup mesej dalam apps Smart Selangor Parking. Ada saman tertunggak. Ibu terus bayar RM10, tak tengok date, ingatkan saman sebelum² ni. Rupanya hari ni punya.
Ibu bayar parking 9.58 am, saman tu 9.55 am.
Dah sampai klinik baru teringat nak bayar parking. Maklumlah... hari bekerja mana ada keluar². Parking ofis pun free.
Bayar parking tadi ambil 2 jam terus RM1.27.. aishh... kalau check awal² patut tak payah bayar parking sebab dah kena kompoun kan🤭🤭
Sebab tak masuk dah kerja, rasa bolehlah hari ni update blog lebih sket... tapi otak soh sambung The Art Of Sarah😁




Dapat surat cinta tu yang grrr je kan padahal bukan lama pun beza masanya.
ReplyDeleteMajlis buat kerja pantas dan tangkas😆
DeleteAduii saman beberapa minit. Kalau pasal sakit gigi ni, tiba2 terus ngilu seram. Moga dah tak sakit.
ReplyDeleteCekap kerja depa padahal dekat 15 mins saya tunggu dalam kereta tunggu klinik buka. Masa tu taknak ronda pulak🤭
DeleteAlhamdulillah setakat sekarang tak sakit. Pain killer doktor bekalkan sebab tak sakit tak perlu makan lagi.
Penah kene sakit gigi geraham 2nd last.. bila sakit datang tu mmg takleh tdo. Nekad jumpa doctor and kene cabut gigi sbb lubang dia besar belah dalam. ingat boleh diselamatkan tp takleh gak. bye2 la gigi kekal..
ReplyDeleteKalau dah sakit denyut² dan tarik ke kepala memang takleh simpan. Kena jumpa doktor juga kan.
DeleteAda masqla bila takleh selamatkan say good bye je😆
risau betul bab2 gigi ni...tapi, nak jumpa doktor gigi takut
ReplyDeletePadahal keje kat hospital tu.. dengan doc gigi pun takut juga ya... bayangkan kami² ni rakyat luar... menggeletar😁
Deleteperghhh... the Art of Sarah pula... hahaha... linda tak tengok lagi tu... mood tengah nak tengok cerita2 raja je.. yang lama2 punya... hahaha
ReplyDeleteSetel dah.. bila sampai ep 6 dah bosan sebab banyak cakap... terus jump ep 8 final, itu pun tengok last 20 mins.
DeleteCerita raja Joseon kat Netflix rasa semua dah cover sebab suka gak.. Drama Cina tak minat sangat buat masa ni.
kalau dah sakit gigi memang rasa time tu juga nak cabut,sakit gigi ni sakit yang tak boleh sabar
ReplyDeleteHaa betul... masa sakit nak terus jumpa.. bila dah ok boleh tangguh² dulu. Lepastu bila sakit balik menyesal kenapa tak pergi awal²😆
Delete