Ada satu content creator dari Indonesia ni ibu follow. Dia tunjuklah makan Mie Ayam. Aihhh.. teringin lah pulak nak rasa. Kebetulan hari yang nak pergi tu puasa jadi bolehlah buat berbuka.
Sampai kedai makan (Bakso Ali) tu nengok menu kemain banyak lagi... ada Bakso, Mie Ayam, Ayam Penyet, Ayam Geprek dan lain².
Rambang mata dibuatnya.
Ibu ambil yang biasa.
Nampak pulak ada sate kambing... teringin juga.. teruk nauu.. semua nak makan. Ibu suka sate kambing yang cicah kuah kicap.
Pertama kali makan Mie Ayam... sedappppp
Ibu kalau makanan yang kena campur² sos/sambal biasa takkan gaul semua. Taknak makanan tu jadi terlalu pedas atau masin.
Nampak pulak ada sate kambing... teringin juga.. teruk nauu.. semua nak makan. Ibu suka sate kambing yang cicah kuah kicap.
Cuma sate ni liat sket.
Itu yang bahaya bila cari makanan masa perut lapar😬😬
Sedap tauhu ni, ibu makan dalam kereta bila dah masuk waktu Maghrib.
Esoknya datang lagi kedai ni sebab ibu nak beli Ayam Geprek dan tauhu goreng lagi.





akak saje je kan...mana plak SA nak carik ha mie ayam kat Seremban ni
ReplyDeleteSeremban bandar besau 🫣
DeleteNi kedai² kampung je
pm alamat..nak pi umah akak..bawak SA MAKAN MIE AYAM...hahahaha...
DeleteTahu goreng rangup cecah sambal kicap sedap tu
ReplyDeletePakai tauhu yang rongga tu kak.. sedap.
DeleteSedap pulak nampak mi ayam tu. Macam takde kat sini. Bakso tu biasa dah.
ReplyDeleteAgaknya belum meluas penjualannya kat Malaysia berbanding bakso. Kedai yang akk pergi pun semua menu Indo tapi pelanggannya pelbagai sebab kawasan situ banyak kilang².
DeleteWah, repeat merepeat dah dia ye. Kalau sedap memang nak beli selalu kan.
ReplyDeleteDah bosan nanti baru cari yang lainðŸ¤
Deletesaya pun teringin nk makan mie ayam sebab nampak sedap betull. mcm megi tak rasa dia?
ReplyDeleteTak... mee dia agak lembut.. takde rasa megi sebab tak guna perencah megi. Real food ni.
DeleteTak pernah pula makan sate cicah sambal kicap
ReplyDeleteMungkin style Indonesia sebab ada gerai lain jual sate kambing gini. Perapan kambingnya pun tak sama, tak manis.
Delete