Pages

Saturday, May 9, 2026

Sabtu Yang Sejuk

Hujan seharian sehingga ke malam, sampai pagi ni terasa sejuk. Semalam niat pagi ni nak briskwalk... nampaknya tinggal niat je๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Lebih Subuh lebih seronok ngelekar atas katil. Tapi sekejap je lah sebab mikirkan rumah tak bersapu dah seminggu. Sambil siapkan sarapan, jemur kain, bersihkan diri, jam 9 baru sarapan.

Ibu goreng kentang dan karipap je, bancuh kopi coklat Zus.

Plan nak rehat je hari ni & esok sambil cari drama apa nak tengok.

One the Woman mengisahkan seorang pendakwa raya korup yang hilang ingatan selepas kemalangan. Dia tersalah dianggap sebagai menantu keluarga kaya yang mirip wajahnya. Dalam usaha mencari identiti sebenar, dia membongkar rahsia keluarga, konflik kuasa dan cinta, sambil memaparkan watak wanita berani, lucu serta penuh karisma dalam kehidupan penuh cabaran.
 

26 comments:

  1. Selamat hujung minggu Rawiwa.. Seremban dah start mendung, harap hujan lewat petang nanti.. Best jalan cerita drama One The Woman, sesuai layan hujung minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann....asal petang je hujan.. sama lah sini.. Semoga hujan pun sampai ke bumi Kelantan dan Kedah. Adik & Wafi kata panas sana.

      Delete
  2. Cuya pon tak rajin nak sapu rumah hari2...tapi ibu bising lak. Hahaha
    Kadang mood sampai baru ler sapu time tengah free kan.

    Nak rajin hari2 herm tak larat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak hari kerja balik nak rehat² je hehe..

      Delete
  3. Hujan² mmg best duduk depan tv :)

    ReplyDelete
  4. One the woman tu best.. Sha dah tengok sampai habis..
    Semalam kat tempat Sha pun hujan tapi petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. best... ingat boleh habis hari ni tapi mata cam tak bagi kerjasama.. ada lagi 5 ep huhu..

      Delete
  5. Hujung minggu memang best bermalasan tapi kena jugak la bangun kan banyak je benda nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Cie... otak ni dok fikir macam² tapi badan cam nak rehat je.

      Delete
  6. Rest well! Esok nak kerja pulak kan.

    ReplyDelete
  7. syok btul kalo ujan sbb sejuk nak plak di ari minggu so mmg bermalasan je la kt umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cuaca sejuk.. otak pun cam beku.. malas je rasanya nak buat pa pe.

      Delete
  8. Hahah citer ni kelakar pun iya.. best²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi 5 episod ni.. rasa cam tak mampu nak abeskan... mata pun naj kena sayang๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
  9. Tak pernah tengok lagi cerita ni. Kalau best nak tengok jugak lah nanti.

    ReplyDelete
  10. Best cerita tu .Linda dah tengok..nk spoiler tak siapa perempuan tu sebenarnya?? Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan... jangan๐Ÿ˜…... ada lagi 3 episod ni... mata dah rabak, esok nak keja. esok malamlah sambung ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

      Delete
  11. Saya dah nonton Drakor di atas. Memang kelakar lah. Paling suka kalau lee hanee dah main. Dia memang lucuu sangat ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  12. Best juga sesekali sejuk sejak panas berpanjangan ni. Huiii panas sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila panas tu rasa nak baring atas lantai je.

      Delete
  13. weeknd lepas memang sejuk..hujan je sepanjang hari..sedap golek2

    ReplyDelete