Pages

Tuesday, May 5, 2026

Shopping Barang Asrama

Disebabkan barang yang Wafi nak beli semua ada di Setia City Mall, jadi ibu susun mana nak pergi jadi tak adalah penat ke hulu ke hilir di tengah orang ramai. 1 Mei tu kemain ramai orang.. maklumlah public holiday.

Lepas keluar Montigo masuk Watson pula. Kan kedai wajib setiap kali outing😬

Masuk Miniso.

Bantal fluffy Popcorn ni Wafi nak hadiahkan kepada Pipah sempena hari jadi. 

Sebenarnya Wafi berkenan kat patung Snoopy pakai cap dan pegang bola baseball. Ibu cakap Snoopy tu kan anjing... takut Pipah tak suka pula.

Kemudian masuk Urban Fresh cari makanan nak bawa balik asrama. Ada yang tak jumpa nanti ibu keluar cari kat kedai biasa.

Sementara tunggu Wafi beli Ilao Iloa, ibu beli donut Big Apple dan Tealive.

Sebelum tu naik tingkat atas, masuk Bata sebab nak beli court shoes Wafi. Sepasang RM89.99

Pembelian seterusnya boleh dapat potongan 20% tapi ibu tak beli pun. Macam tak ada benda nak beli.

Kasut yang dibeli awal tahun patah tapaknya. Tak sangka pulak boleh patah gitu sebab ibu expect kasut akan renggang, itu yang ibu hantar cobbler untuk jahit keliling. Lain pukak masalahnya🫢

Ingatkan bolehlah tahan setahun... gagal!

Tapi bila tengok balik cam boleh tukar tapak.. nantilah ibu tanya kat cobbler dulu.

Hari Sabtu tengahari ibu ke Urban Fresh semula sebab nak bayar pewangi Wafi ni. Jumaat tu masa sampai kat rumah baru perasan kenapa Glade takde dalam bil. Mungkin masa nak bayar Wafi tak letak atas meja cashier, tak perasan sebab terselit antara shopping bag atas troli. 

Sekalilah ibu cari buku latihan Wafi di MPH. Alang² keluar cari barang dapur sikit kat pekan.

26 comments:

  1. Comelnyaa bantal popcorn.
    Kalau lagi besar lagi syok buat peluk!

    Lama Cuya tak pekena llao llao. Dulu zaman kerja mystep, suka beli. Favourite la sos pistachio dia. Sedappp

    Kasut Cuya pon tapak dah tercabut. Tak bawa baiki lagi pon. Entah la bila nak bawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat yang padat lagi best.. Wafi cakap nanti Pipah boleh bawa gi kelas prep bantal tu.
      Owhh.. sama sos pistachio yang Wafi pilih.
      Kadangkan tengok juga kasut tu berbaloi ke tidak ganti tapak. Tapak tu tak berapa nak murah😅

      Delete
  2. Penuh jadualnya. Comel betul bantal popcorn tu. Kasut sekarang adakah banyak yang spesies tidak tahan lama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali harung terus beli sebab Wafi ada sehari je nak jalan.
      Kadang tengok jenis kasut juga... sebelum ni tapak Bata ok tapi boleh nganga kat depan kasut. Ada pulak boleh terkoyak bahagian atas.

      Delete
  3. kalau anak perempuan yang balik asrama memang manjang adaaaa je tak cukup. bila yang lelaki nak balik semula ke asrama kita pulak yang risau sebab semua ada, tanya itu ada lagi, tanya ini ada lagi...ehhhh tak mandi ke agaknya budak ni. deodoran pun lama bethollll bertahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Ammi.. kadang yang pompuan ni nengok kawan pakai elok.. dia pun teringin nak try. Takpun depa buat barang awam.. sapa nak guna dipersilakan😅
      Yang lelaki ni kedekut... takpun memang mereka berjimat.

      Delete
  4. nasib baik takde berbunyi alarmnya...adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishhhh... seremmmmm.. tak terfikir pulak.
      Tapi kalau kat Watson memang ada alarm.. tu pun kadang alarm dia vengong😁.. kita tak wat ap pe.. tiba² dia bunyi😬😬

      Delete
  5. Rosak teruk juga kasutnya sampai patah. Kena juga ganti yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa beli tu akak tak tengok yang kat rumah, Wafi yang bagitau. Mula² dia kata takpe.. takyah beli, boleh pakai lagi.
      Aishhh... jangan nak cari pasal, karang tiba² nak beli, ibu juga yang susah nak kena cari.

      Delete
  6. Watsons tu mmg port wajib gegirls kan Kak 😁
    Adeh, patah riuk kasut Wafi 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali balik bercuti.. mesti nak kena pergi. Ada ajeeeee lah yang nak dibeli nya tu. Kadang jenama apa² ntah yang dicari.
      Dia kata nampak tak kita asyik berjalan je.
      Rasanya pertama kali beli kasut XES... selalunya beli Bata je tapi masa awal tahun, design kasut yang dia nak takde saiz, itu yang masuk XES. Ibu malas nak cari kat Bata lain.

      Delete
  7. BUdak² umur ni mmg pengepow tegar mak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... takpe... nanti diorang kerja mak² pulak ngepow 🤣

      Delete
  8. kasut cie pernah patah gitu brand bata. tak sampai setahun pakai. lepas tu dah tak beli bata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adehhh.. banyak berjalan gak eh.
      Akak kasut² pattern gini tak pakai gi ofis... pakai sport shoes je sebab senang nak lari sana sini. Itu yang kalau beli kasut yang feminine tahan lama sebab sesekali je pakai kalau ada event. Kadang sampai jemu pakai tak rosak²🤣

      Delete
  9. Comel bantal popcorn tu. Anak2 ni kalau betul2 pakainya ke sana sini, memang jarang tahan lama, kadang cara jalan kita, doktor kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul juga.. cara jalan.
      Wafi memang sentiasa kena pakai court shoes untuk ke kelas. Mujur waktu prep boleg pakai sandal. Tapi kadang pakai court shoes tu juga. Memang betul² utilise.

      Delete
  10. Bisa begitu pula patahnya yaa 😅. Tp biasanya tukang sol sepatu ini pandai repair sol yg rusak macam manapun 😄. Suami saya sering panggil ke rumah. Mana2 sepatu dia yg rusak sol, pasti JD bgs lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tapak panggil sol ya... kadang macam tu.. bahagian atas kasut tahan sebab material baik tapi tapaknya cepat haus/menipis.

      Delete
  11. alamak bantal popcorn tu buat saya tertarik pulak :p aduhh satgi mulalah nk pergi mencari kat miniso tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... akak takut rambang mata nengok yang lain 😂

      Delete
  12. Perempuan ni barangnya banyak jadi mesti ada yang perlu dibeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafsu membeli nya tu berlebih... ada je yang nak dibeli 😅

      Delete
  13. Comellah bantal tu.. Geram pula Sha tengok..
    1 Mei kan, semua orang keluar.. Memang sesaklah mana-mana tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantal² gitu memang buatkan kita gerammm... comel je.
      2 Mei Sabtu akak pergi lagi.. ehhh.... parking banyak pulak... gamaknya memang ramai yang keluar 1 Mei.

      Delete