Pages

Tuesday, June 30, 2026

All The Best Kimah!

Semalam hari terakhir bekerja buat Hakimah salah seorang officemate ibu setelah berkhidmat selama 3 tahun 4 bulan.

Rabu lepas kita ada farewell lunch untuknya di Secret Recipe.

20 orang staff dari Finance, Admin dan IT. 2 orang staff IT masuk department kami sebab dok implement ERP.


Kimah ni kawan sekolah Abang Imi.
Dah macam ibu dan anakπŸ˜†

Ibu, Kimah & Cik As.

Tak cukup quorum sebab ada yang half day.

Bos minta ambil gambar pakai selipar.. supaya nampak macam kat rumah.
Adehhh... layan je lah πŸ˜…
Selipar tu pakai untuk ambil wuduk.

Style ni pun bos yang requestπŸ˜…

Terima kasih Kimah atas tanda hati kepada kami semua.

Muda² ni elok lah cari peluang yang lebih baik dengan pengalaman yang ada. Walau masa belajar bukan ambil jurusan accounting tapi bila ada kemahuan belajar dengan senior, insyaallah semua akan lancar.

Semoga terus sukses di mana jua.

24 comments:

  1. betul..kadang2 tu kemahuan nak belajar tu yang bagus..insyaAllah, banyak lagi peluang Kimah di luar sana...good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul... banyak peluang di luar dan paling penting nak belajar.

      Delete
  2. kawan sekolah abang imi rupanyaa. semoga sukses di tempat baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 orang kawan sekolah Bami dalam department akak hehe

      Delete
  3. Alahai comel betul bos request bergambar pakai selipar, sporting habis! πŸ˜„ Terus nampak vibes macam kat rumah sendiri ya. Apa-apa pun, all the best Kimah! Semoga terus cemerlang dalam kerjaya baru nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos tu kadang-kadang sukar dijangka 😁

      Delete
  4. boss GenZ ke kak...ada la pelbagai gambar nak tengok kan,kalau kita ni tau ambil gambar tegak berdiri je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul... kita style tegak je lah kalau takde orang yang suruh buat aksi. Budak-budak ni pun segan-segan lah juga nak bergambar bila ada bos 😁

      Delete
  5. Sukanya vibes opis gini.. All the best buat Kimah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali vibes gini muncul.. kalau tak sendu je hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Bos sporting tapi anak buah kadang-kadang krik. krik.. 😁

      Delete
  7. Sporting betul bosnya...
    All the best Kimah 🀲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bos join anak buah macam-macam yang diminta hehe

      Delete
  8. All the best Kimah. Semoga terus sukses di tempat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. itu yang diharapkan.. walau sedih bila ada yang pergi tapi ini peluang terbaik buatnya.

      Delete
  9. mmg rare bos soh posing pki slipar tu...all the best utk kimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... selipar dalam bilik tu je tak leh bawak keluar 😁

      Delete
  10. Semoga sukses di tempat barunya utk kimah. Kalau masih muda memang masih masa mencari apa yg terbaik. Sama macam suami saya, berpindah2, sampai akhirnya dah betah settled di company skr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah sampai masa untuk settled down bila tiba masanya. Mesti Raka sudah selesa dengan tempat sekarang.

      Delete
  11. All the best di tempat baru. Seronok ramai2 berfoto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ramai² berfoto tapi yang tak seronoknya bila grup foto pasti ada yang resign huhu

      Delete